𝐙𝐘𝐀𝐈𝐑𝐄 𝐙𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 𝐁𝐀𝐁 𝟏

1.2K 43 4
                                    

Ariana Aafiya yang sedang membuat rondaan di kawasan sekolah terdengar jeritan suara pelajar yang mengganggu ketenteraman para pelajar lain yang sedang menikmati waktu rehat mereka.

Pantas dia berlari untuk ke bangunan sekolah yang bertempatkan pelajar menengah rendah dan suara jeritan itu tadi. Dah macam pontianak dah kalau di dengar.

Selepas menjumpai asal suara tersebut, Ariana mengeluh selepas melihat dua orang pelajar yang sedang bergaduh.

Alangkah tidak terkejut Ariana setelah memandang ke arah pelajar yang bergaduh tadi.

Kenapa? Mereka memang badut sekolah yang terlepas. Ni bukan perkara yang luar biasa bagi Ariana, malah perkara yang hari-hari berlaku.

"Ya Allah. Kenapa banyak sangat orang tengok ni? Diorang ingat ni action movie ke?" Gumam Ariana dalam hati.

Ingat sabar itu separuh daripada iman. *sikirinshot sikirinshot*

Ariana pantas menghalang dua pelajar yang sedang bergaduh tadi. Nasib lah sekolah perempuan semua kan? Kalau tak? Apa jadi? Cuba komen sikit.

"Korang dah kenapa ni!!" Ariana bersuara dengan tegas. Suasana tiba- tiba senyap. Malangnya dua pelajar tadi hanya berhenti seketika dan sambung menjerit dan menarik rambut satu sama lain.

Tadi berhenti mungkin tarik nafas dulu? Ni lah perempuan, tarik-tarik rambut. Takde tarik lain ke? Tangan ke? Kaki ke? Boyfriend orang ke? Macam takde kena mengena tapi takpe. Tolong gelak ya? Penat saya buat lawak.

Ariana mengetap giginya. Sabar Ariana, sabar. Ariana terus menghalang pergaduhan tersebut kerana takut perkara yang tak diingini terjadi.

Tersentak dia akibat terasa ada tumbukan yang kasar di tulang pipi nya. Kan dah bagitau tak diingini terjadi tapi dah terjadi?

Suasana tiba-tiba senyap mengalahkan kubur. Semua mata memandang ke arah Ariana.

"Ya Allah, Ariana!!" Sharifah yang baru datang laju berlari ke arah Ariana yang terkaku akibat tumbukan tadi.

"Kau okay ke tak ni? Astaghfirullah" Sharifah risau lalu menjeling ke arah dua pelajar tadi. Ya dia kenal dua badut ni, Maisarah dan Ales.

"Apa masalah korang ni? Nak gaduh? Gaduh lah ke tempat yang berfaedah sikit tak boleh ke? Gaduh dekat balai polis ke? Dekat MMA ke? Dapat juga duit kalau menang. Gaduh dekat sekolah apa pakai? Nak tunjuk hebat? "

Dua pelajar tersebut menjeling Sharifah yang mulai membebel. "Apa jeling-jeling? Nak aku cucuk biji mata tu?" Sambung Sharifah.

Ya pelajar di sekolah lebih takutkan Sharifah berbanding Ariana kerana sifatnya yang kuat membebel manakala Ariana lebih mempunyai sifat yang sedikit lembut. "Dahlah tu Sha" Ariana berbunyi.

"Maisarah! Ales!" Semua menoleh ke arah suara tersebut. Cikgu Saiful. Apa? Ingat sekolah perempuan takde cikgu laki ke? Pelajar je perempuan tapi cikgu campur . Okay? Paham anak-anak?

"Sharifah, bawa Ariana ke bilik sakit" Sambung Cikgu Saiful. "Baik cikgu" Sharifah membalas, lalu menarik Ariana bersama ke bilik sakit.

"Yang korang semua berkumpul ni dah kenapa? Takde kelas ke?" Pelajar terus beredar ke kelas masing-masing.

Cikgu disiplin dah mengamuk. "Apa nak jadi budak zaman sekarang" Cikgu Saiful menggeleng kepalanya.

𝐎𝐆|𝐙𝐘𝐀𝐈𝐑𝐄 𝐙𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 Where stories live. Discover now