𝐙𝐘𝐀𝐈𝐑𝐄 𝐙𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 𝐁𝐀𝐁 𝟕

301 28 0
                                    

"Ariana!!!!!"

Zayra yang turun setelah tamat sesi bergambar berlari ke arah Ariana sambil mendepakan tangan. Ariana tergelak lalu pantas memeluk Zayra yang sudah datang ke arahnya. Erat. Walaupun baru beberapa kali berjumpa, mereka masing-masing selesa.

"Macam mana kau boleh ada kat sini? Apa kau buat kat sini? Kau datang dengan siapa? Kenapa tak bagitau aku yang kau datang?" Tanya Zayra dengan soalan nya yang banyak. Ariana mengelipkan mata setelah mendengar soalan Zayra .

"Eh eh eh, banyak betul soalan cuba lain kali tanya satu -satu. Nasib aku ni cepat tangkap." Bebel Ariana. Zayra tergelak.

"Aku kat sini sebab Puan Humairah tu makcik aku. Sepatutnya ayah aku yang datang tapi dia sibuk jadi tak dapat. Jadi akhirnya aku dengan abang aku kat sini." Jawab Ariana. Zayra mengangguk lalu memandang ke belakang untuk cari kelibat abang yang disebut Ariana tadi.

Ariana perasan akan pandangan Zayra yang mencari abang yang disebutnya tadi. "Oh abang aku takde kat sini lah. Dia halimunan entah ke mana." Kata Ariana. Abang dia tu macam budak-budak je. "Oooo" Jawab Zayra

"Aku pun tak sangka kau rupanya model sebaya dengan aku tu. Muda-muda dah jadi model eh?" Tanya Ariana. Dia tau yang Zayra ni memang cantik. Tinggi pulak tu. Lain lah patik yang pendek ini. Cemburu lah juga sebab Zayra muda-muda dah ada kerjaya. Aku bila lagi? Oh lupa tengah on the way.

"Aku dari kecil memang nak jadi model. Tapi kena lah halal way and look, here i am jadi model tudung . Insyaallah jadi model yang berjaya" ujar Zayra. "Aamiin" Sambung Ariana sambil tersenyum. "Jom kita duduk dulu" ajak Ariana lalu melabuhkan punggung di meja mereka tadi.

"Eh Ariana, kau datang? Nak tengok aku ke?" Suara yang menegur mengejutkan Ariana yang baru hendak bersandar di kerusi. Zayra yang duduk disebelahnya hanya memandang ke arah suara itu. Shazlyn. Zyaire hanya memerhati.

Dah datang pulak nenek kebayan ni. Ariana tersenyum dan action!

"Lah, kau ada ke dekat atas pentas tu tadi?" Ujar Ariana sambil meletakkan tangan kanannya ke mulut. Pura-pura terkejut katakan. " Ya Allah tak perasan pulak aku. Sorry lah tengah fokus dekat Zayra je tadi. Cantik!" Ujar Ariana sambil tersenyum.

Shazlyn membuat muka lalu memandang sekeliling. Matanya terkaku. Baru dia perasan akan kewujudan lelaki yang duduk di hadapannya. Zyaire. Shazlyn memandang Zyaire atas bawah. Dari segi pemakaian mesti dia ni orang kaya! kata Shazlyn di dalam hati.

Shazlyn menuju ke arah kerusi kosong yang berada di sebelah kiri Zyaire lalu duduk di situ dan menongkatkan dagunya sambil memandang Zyaire. "Hai you! Nama you sapa ya? Tanya Shazlyn.

"For?" Jawab Zyaire dingin. Matanya hanya tertumpu ke arah tetamu yang datang dan gelak ketawa. Kalau boleh dia malas nak datang. Tapi disebabkan mama yang suruh teman Zayra, kita ikutkan je. Kalau tak berdosa. Sila catat ye? Nanti confirm masuk exam.

"To get to know you more lah. Apa lagi? Bagitau lah nama you." Tanya Shazlyn dengan tak malunya. Ariana mengangkat sebelah keningnya, manakala Zayra ternganga tengok cara Shazlyn yang cuba tackle Zyaire. Dah lah pakai skirt pendek belah tengah. Kalau bongkok sikit confirm nampak.

Nampak apa? Korang pikir lah sendiri. Dah besar kan?

"What if aku taknak?" Tanya Zyaire lalu menoleh ke arah Shazlyn.Annoyed betul aku dengan perempuan ni. Tak cukup obvious ke muka aku ni? Ke nak aku cakap depan-depan juga?

Shazlyn tersentak dengan soalan itu. "Takkan lah taknak? Are you sure? But that's okay." Kata Shazlyn yang sedang menaikkan sedikit tinggi skirt nya itu.

"If you ubah pikiran you can contact me okay?" Bisik Shazlyn lalu memberi satu kad yang berisikan nombor telefon. Shazlyn terus berdiri dari kerusi dan melangkah keluar dari situ.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 03 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐎𝐆|𝐙𝐘𝐀𝐈𝐑𝐄 𝐙𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 Where stories live. Discover now