𝐙𝐘𝐀𝐈𝐑𝐄 𝐙𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 𝐁𝐀𝐁 𝟐

641 34 3
                                    

Selepas usai solat Zohor, Ariana baring kepenatan di atas katil lalu pantas menutup mata. Ya,dia penat selepas dibebel oleh Sharifah pagi tadi dan sekarang ibu nya. Dia terpaksa menceritakan dari A sampai Z.

Ariana bangun dari katil dan menuju ke arah cermin yang berdekatan dengan meja nya. "Teruk juga eh lebam dekat muka aku ni. Nasib masih cantik!! Kalau tak, aku belasah dua beruk tu balik. Habis muka aku. " Bebel Ariana perlahan

Telefon berbunyi menandakan mesej masuk. Ariana menoleh ke arah telefon tersebut dan mengambilnya. Ariana melihat mesej dari akaun yang tak dikenali dari aplikasi Instagram itu.

011*******
Hai, Ariana ke?

"Siapa pulak mamat ni?" Tanya Ariana kehairanan.

Ariana
Waalaikumsalam, ya saya.
Siapa ni?

011********
Tepat menusuk kalbu
Btw saya Ikmal
Ni adik Hisham ke?

Ariana
Hm bukan. Encik salah orang kot

Ikmal
Ooo yeke? Takpelah
Kalau macam tu kita berkenalan boleh?

"Apa mamat ni?" Tanya Ariana yang merasa hairan

Ariana
Err tak boleh.
Lagipun encik bukan cari saya.

Ikmal
Takpe. Mana tau jodoh?

"Oh tidak. Ini bukan jodoh, ni bodoh"

"Eh astaghfirullah tak baik mencarut." Gumam Ariana perlahan selepas tersedar dengan kesilapan dia tadi. Dengar tu anak-anak? Tak baik mencarut berdosa tau.

Ariana
Terpulanglah pada encik ikmal
Ada apa-apa lagi? Saya nak rehat

Ikmal
Oh okay takde.
Kalau macam tu awak rehat lah dulu.

seen

"Siapa pulak budak tu? Famous sangat ke aku ni?" Pikir Ariana.

"Apa apalah yang penting aku nak tido" Bebel Ariana yang cakap seorang diri. Siapa yang tak pernah cakap sorang, memang tak normal.

Ariana yang baru selesai solat maghrib terus menuruni tangga untuk mencari makanan dan tepat sekali dia menjumpai makanan yang terhidang cantik di atas meja makan.

Ariana pantas ke dapur dan melihat susuk tubuh ibunya yang sedang membasuh bekas periuk yang digunakan tadi.

Ariana tersenyum jahat.

Dia berjalan ke arah ibunya dengan pergerakan yang berhati-hati tanpa menciptakan bunyi dan

"BAAA!!!"

"Oooo periuk kuali terbalik!!" Puan Aisyah mengurut dadanya yang terkejut tadi. Hampir nak meletup jantung.

"HAHAHAHA" Puan Aisyah memandang anak perempuan nya itu dengan jelingan maut.

"Bertuah punya budak. Kalau ibu sakit jantung macam mana tadi? " Marah Puan Aisyah "HAHAHA yelah sorry sorry janji tak buat lagi" Kata Ariana sambil mengangkat tangan kanan nya seperti berikrar.

"Ibu masak apa tu?" Tanya Ariana. Perutnya yang mula menjerit dipegang. Puan Aisyah yang perasan akan tingkah anak bungsu nya itu tersenyum.

"Ibu masak ayam masak merah dan daging masak kicap kesukaan Ariana." Puan Aisyah menjawab.

𝐎𝐆|𝐙𝐘𝐀𝐈𝐑𝐄 𝐙𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 Where stories live. Discover now