𝐙𝐘𝐀𝐈𝐑𝐄 𝐙𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 𝐁𝐀𝐁 𝟑

473 31 0
                                    

Havard University

"When will you going back to Malaysia?" Tanya Danish. "Kau tak payah nak speaking bagai boleh?" Jawab Zyaire. Danish ni bila cakap english acah je lebih sebab maklumlah dia nampak awek lalu tadi haha.

"Eleh kau ni, cakap je tak pandai english" Gurau Danish. "Sukahati kau lah Danish" Jawab Zyaire dengan malas dan mendahului langkah meninggalkan Danish.

"Weyh! Kau belum jawab soalan aku lagi." Danish berlari mengejar langkah Zyaire.

"Aku balik lusa memandangkan exam pun dah habis." Jawab Zyaire.

"Ooo kalau macam tu aku ikut kau je lah." Jawab Danish sambil menayangkan senyuman bersama lesung pipit kanannya.

"Dah kenapa ikut aku? Suka aku ke?" Gurau Zyaire. "Haah aku suka kau, jom couple." Danish bertutur dengan lagak gentleman.

"Gila. Dahlah malas aku layan kau. Cau, lambat tinggal. Aku nak makan." Zyaire terus meluru masuk ke tempat pemanduan kereta.

"Sabarlahhh aku pun lapar".

Danish terkekeh mengejar langkah Zyaire dan membiarkan mata-mata yang memandang ke arah mereka itu. Lebih tepat ke arah Zyaire tadi. Ye lah kalau dah handsome sapa je tak nak tengok kan readers? Cuci-cuci mata sikit je ni.

Di KLIA

"Malaysia, I'm here!! " Kata Danish sambil mendepakan kedua belah tangan ke atas .

Krik krik krik krik

"Oh takde yang nak sambut aku eh." Danish menurunkan kedua tangannya dan menggosok lehernya. Awkward. Zyaire memerhati tingkah budak 10 tahun itu dengan kening sebelahnya yang terjongket.

"Kau ikut aku? or balik terus? " Tanya Zyaire kepada budak 10 tahun tadi. Mana tau nak dia ajar cara balik juga ke?

"Hehe aku balik terus. Rindu mummy." Jawab Danish. Ya dia rindu akan mummy nya itu. Korang mesti tertanya mana dad in law korang kan?

Ada je tapi dah lama lepak underground. Daddy Danish telah meninggalkan Danish sejak dia kecil lagi akibat cancer otak tahap 4 dan tidak dapat diselamatkan.

Lebih menyakitkan lagi, Danish tidak sempat melihat daddynya. Hal tersebut juga telah banyak memberi impak yang negatif kepada Danish kerana sering dibuli dan diejek tiada bapa.

Walau bagaimanapun, dia bersyukur kerana di zaman persekolahannya ada pelajar baharu yang ingin berkawan dengannya dan ya orang itu ialah Zyaire Zayden. Sahabatnya hingga kini.

Zyaire memandang wajah Danish dengan kehairanan. Dah kenapa budak tu sengih sorang-sorang?

Otak tertinggal dekat Cambridge ke? Zyaire pantas menjentik dahi Danish yang tersengih itu.

"Aduh mak ai!! " Dengan pantas Danish menggosok dahinya yang dijentik tadi. "Kau dah kenapa?!" Tanya Danish.

"Yang kau sengih sorang-sorang tu dah kenapa?" Tanya Zyaire dengan selamba.

"Sukahati aku lah. Saja tengah pikir kau tadi. Takut rindu kalau kau balik lepas ni" Gurau Danish.

Zyaire menjeling Danish yang macam sotong itu.

"Nak makan kaki?" Tanya Zyaire yang kegelian itu.

"Tak. Tak nak!" Jawab Danish sambil melambai lambaikan tangannya .

"Dahlah aku balik dulu. Bai. Apa-apa jangan roger. Assalamualaikum" Kata Zyaire smbil melangkah menuju ke teksi yang berada di hadapan matanya. Kenapa tak pakai grab? Dia malas nak buka phone order grab.

Danish yang memandang langkah Zyaire mencebik "Waalaikumsalam." Marah-marah pun masih jawab salam. Contohilah Danish kesayangan saya. Danish terus berlalu pergi dari situ.

𝐎𝐆|𝐙𝐘𝐀𝐈𝐑𝐄 𝐙𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 Where stories live. Discover now