16

114 16 9
                                    


" KIM DOYOUNG! "

Pap

Satu tamparan pedih mengenai pipi doyoung. Empat pasang mata memerhati gerangan yang datang

Mata doyoung membulat besar. Jantungnya berdegup kencang seolah baru sahaja marathon

" y-yuri aa "

Tangan yuri yang ingin dicapai ditepis  kuat oleh gadis itu

Kelakuan doyoung yang baru sahaja dilihat yuri telah membuatkan yuri hilang sabar. Matanya kali ini akan membuatnya tidak lagi mempercayai lelaki ini dan tidak akan sesekali bagi muka lagi

Orang-orang yang lalu lalang ditaman itu memerhati mereka

" you will never change kim doyoung. Saya baru tinggal sekejap beli air dan awak dekat sini berpeluk bagai dengan perempuan lain? bodoh betul saya sebab masih berharap yang awak berubah "

Kata yuri dengan botol digempal menahan marahnya. Dia tidak akan berkelakuan kasar ditempat umum ini dan tidak akan sesekali memalukan lelaki ini dikhalayak ramai apabila mereka telah menjadi tontonan orang disitu

Kata-kata yuri telah membuatkan doyoung cemas buat seketika

" No! Ni bukan apa yang awak fikirkan. trust me sayang "

Ucap doyoung sedaya upaya memutar belitkan keadaan. Memang itu sahaja jalan yang dia akan lakukan. Tipu dan tipu

Namun, kali ini yuri tidak akan terpedaya lagi. Melihat doyoung berpelukan dengan perempuan lain membuatkannya betul-betul tidak tahan lagi. Sudah banyak kali dia berharap agar doyoung berubah dan berubah. Namun tidak, doyoung tidak akan pernah berubah

Melihat mereka yang sudah menjadi tumpuan orang ramai, yuri memutuskan untuk beredar dari taman itu. Malas mahu mendengar apa-apa penjelasan doyoung lagi. Sudah muak dan muak mendengar penipuan nya

Doyoung mengikuti langkah yuri diikuti dami wanita yang bersamanya tadi

" Yuri stop! "

Pergelangan tangan yuri dipegang kuat oleh doyoung hinggan membuatkan wanita itu sedikit sakit

" apa ni doyoung lepaslah! " yuri sedaya upaya ingin melepaskan pegangan doyoung namun lelaki itu mengetatkannya lagi

" kau tampar aku? " yuri memandang wajah doyoung yang memandangnya tajam. Wajah doyoung memerah menahan marah

Pap!

Satu tamparan kuat hinggap dipipi yuri. Tamparan itu membuatkan birai bibir yuri luka dan mengeluarkan darah

" doyoung apani! " marah yuri tidak puas hati dengan tindakan doyoung 

" puas? Puas kau malukan aku depan orang ramai? Hah bodoh! " rambut yuri ditarik kebelakang membuatkan
Wanita itu merintih kesakitan

Dami yang melihatnya tersenyum senget. Gembira melihat kesakitan yuri yang dibencinya





                          ——————

Hiks hiks

Tangisan yuri menyinari ruangan sunyi didalam lorong gelap. Kakinya terus melangkah dan melangkah menuju pulang kerumahnya

" aku tidak akan lepaskan kau semudah itu. Jadikan ini sebagai pengajaran untuk kau "

Kata-kata yang doyoung lontarkan bermain main dalam fikirannya. Pipinya yang ditampar doyoung dipegang sakit

Sungguh dia tidak sangka doyoung berkelakuan sekasar itu terhadapnya. Tetapi ini bukanlah kali pertama doyoung berkelakuan kasar padanya namun malam ini doyoung memang sudah melampau sangat

Sudah ditampar yuri malah ditinggal gadis itu pulang sendirian dan lebih rela menghantar dami pulang daripada kekasihnya sendiri

[√] midnight couple • DOYOUNG TREASURE Where stories live. Discover now