32

96 12 1
                                    


Jari lentik milik bomin menekan remot bagi membuka televisyen. Setelah televisyen menyala. Telefon diatas meja diambilnya lalu satu nombor didailnya

Kemalangan yang telah meragut nyawa seorang gadis berumur sekitar 22 tahun telah terjadi di perumahan yeoyeongsan pada malam ini sekitar jam 11:30 malam. Mangsa disyaki mengejar seorang lelaki bermotosikal yang telah meragut beg kepunyaannya. Namun mangsa tidak bernasib baik setelah bertembung dengan sebuah kereta disimpan lorong perumahan. Mangsa tidak dapat diselamatkan dan kini berada di hospital Yeosang

Bomin mengalihkan pandangan ke skrin telefon apabila sudah 4kali nombor yuri yang didail langsung tiada sahutan

Matanya beralih pada kaca televisyen sesudah saja menaruh telefon dimeja

"yeoyeongsan? Itu kan berdekatan rumah yuri?"

Batin Bomin mula fokus dengan berita yang disiarkan. Setelah beberapa detik kemudian Bomin terkaku dengan wajah mangsa yang terpapar di televisyen

Jantungnya berdegup kencang, wajahnya mula cemas

" y-yuri aa "

Bomin berlari lantas kunci kereta diambil lalu dengan laju keretanya meluncur

Hatinya sudah tidak enak lagi. Perasaan takut mula mengawalnya

---

BUKKK!

Satu tolakan kuat dari Doyoung membuatkan Bomin jatuh tidak berdaya. Doyoung jeongwoo jihoon bergegas pulang ke korea apabila berita tersebut tersebar ke china.

Setelah mereka sampai, yuri telah dikebumikan dan mereka langsung tidak dapat bertemu dengan gadis itu buat kali terakhir

" Ini semua salah kau! Kau sudah berjanji ingin menjaga yuri! Dasar bodoh! "

Marah doyoung terus mencengkam kolar baju Bomin. Bomin tidak hanya berdiam diri dan tidak berdaya untuk berbuat apa-apa lagi

" a-aku minta maaf " ucap Bomin perlahan. Air matanya mulai mengalir keluar

Dirinya dipenuhi dengan penyesalan dan kebencian dari rakannya atas pemergian yuri

" maaf? Kau harus mati! "

Bukk

Tumbukan kuat dari doyoung mengenai pipi kanan bomin. Lelaki itu mula lemah dan darah mula keluar dari bibirnya

" sudah doyoung! Tiada guna kau belasah bomin sedangkan yuri sudah tiada " kata jihoon menarik lelaki itu menjauh dari bomin

Jeongwoo dan Heeseung hanya melihat dan tidak membantu bomin. Mereka juga turut marah dengan bomin kerana mungkir janji

" kau juga akan mati hari ini "

Kata doyoung terus mengambil kerusi lalu bila dia ingin saja memukul Bomin menggunakan kerusi itu dengan cepat Heeseung dan jeongwoo menarik Bomin menjauh

" doyoung bawa bersabar. Kitorang juga marah tapi kau harus tahu yuri tidak suka kita semua bersikap begini nanti dia sedih " ucap jihoon menenangkan doyoung

Kerusi yang dipegang doyoung terlepas dari pegangannya. Doyoung terduduk lemah

Air matanya mencurah keluar. Tangisannya hanya dibiarkan sahaja didengari mereka semua. Jeongwoo bomin heeseung dan jihoon turut sama mengeluarkan air mata

Jeongwoo bangun berdiri lalu beredar dari bilik pemakaman yuri. Air matanya hanya dibiar turun. Tujuannya hanya satu. Dia memutuskan untuk ke tempat dimana dia dan yuri terakhir pergi iaitu sungai han

Jihoon dan heeseung turut pergi dan meninggalkan doyoung dan Bomin

" sedang apa lagi kau disini? Kau tidak layak berada disini pergi pulang "

Dingin doyoung berkata. Perkuburan yuri dipandang tanpa memandang bomin. Gambar yuri yang berada diatas perkuburan dipandang lama dan tidak menghiraukan air matanya yang keluar

Setelah doyoung berkata begitu, bomin lantas bangun berdiri

" sekali lagi aku minta maaf atas kesalahan aku. Aku berjanji tidak akan muncul dihadapan kau lagi " kata bomin mengelap air matanya

 Aku berjanji tidak akan muncul dihadapan kau lagi " kata bomin mengelap air matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Doyoung memandang bomin dengan pandangan lemah

" bagus lah. jika begitu berambus aku tidak mahu melihat kau lagi " balas doyoung menghalau bomin pergi

Sebelum pergi bomin sempat menunduk maaf dan dengan hatinya yang masih berat untuk tinggalkan yuri terus beredar pergi

[√] midnight couple • DOYOUNG TREASURE Where stories live. Discover now