33

144 16 5
                                    


Malam yang sepi menjadikan 5 lelaki yang baru sahaja kehilangan insan tersayang saling berjauhan diantara mereka

Hari ini adalah hari yang paling sunyi sepanjang mereka hidup. Malam yang sudah tiada penghuni dihati

" yuri aa apa kau baik-baik saja disana? Disana tidak sejuk? Aku rindukan kau yuri...aku tidak dapat terima dengan pemergian kau. Lihatlah aku telah berubah yuri aa. Kau tahu aku bercadang sebaik sahaja aku pulang ke korea aku mahu bertemu dengan kau dan aku mahu meluangkan masa sebanyak mungkin bersama kau. Yuri aa apa kau masih ingat tentang sesuatu yang aku ingin berikan? Aku cukup malu ingin katakan setelah apa yang aku lakukan terhadap kau dahulu. Yuri aa aku ingin memberikan cincin pada kau. Cincin ini aku sudah lama belikan tapi dahulu aku terlalu egois dan melepaskan peluang begitu sahaja. Yuri aa aku berjanji aku tidak akan ponteng jadual makan aku dan aku akan rehat dengan secukupnya. Yuri aa terima kasih telah hadir dalam hidup aku dan telah merubah sikap aku ini. Aku sayangkan kau sayang...tunggu aku disana ya. I love you sayang "

Hari ini hari dimana air mata doyoung tidak berhenti mengalir. Dirinya sudah kelelahan dan lemah. Gadis yang ia sayang telah pergi tanpa dipamit

 Gadis yang ia sayang telah pergi tanpa dipamit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


----

" yuri? Apa kau baik-baik disana? Aku tahu disana sejuk tapi kau harus kuat ya. Aku disini selalu merindukan kau. Aku tidak akan pernah melupakan kau yuri aa. Jika kita dapat bertemu dalam keadaan yang berbeza, aku ingin terus bersama kau. Aku tidak akan meninggalkan kau berseorangan. Yuri aa sebernanya ada sesuatu yang ingin aku katakan pada kau. Sejujurnya aku masih menyimpan buku nota barbie yang kau berikan semasa ulang tahun aku. Aku tahu ini agak melucukan tapi aku akan menyimpannya dan menganggap itu sebagai hadiah ulang tahun aku disetiap tahun dari kau. Yuri aa kau terlalu banyak dugaan dan cabaran semasa hidup...kini kau telah bebas sayang. Bergembiralah disana bersama appa omma dan hyung jaemin ya. Aku disini sentiasa mendoakan kau. Aku sayang kau "

 Aku sayang kau "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

---

Angin malam yang begitu kuat menyapa wajah jeongwoo. Ombak bergulung besar itu direnungnya lama. Tanpa dia sedari air matanya sekali lagi mencurah keluar

" tidurlah sayang kau telah mencapai impian yang kau inginkan. Kau tidak perlu risau lagi, kau sudah dapat tidur yang nyenyak setiap malam. Namun, yuri aa apa kau tahu aku selalu ingin berterima kasih pada kau atas pertolongan yang kau berikan padaku. Aku tahu ucapan terima kasih yang aku berikan sangat mudah untuk diucapkan namun dengan itu sahaja aku dapat beri pada kau. Yuri aa kau dan keluarga banyak membantu aku. Dengan pertolongan kau sekeluarga, aku dapat menjalani hidup keluarga yang lengkap dan atas pertolongan kau juga penyakit ibu aku telah sembuh. Yuri aa berehatlah dengan tenang ya...aku akan selalu melawat kau. Aku berjanji hanya engkau sahaja berada dalam hati kecil aku ini. Berehatlah sayang selamat tinggal "

 Berehatlah sayang selamat tinggal "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


-----

Langit malam yang disinari bintang indah menjadi tatapan dan saksi bahawa itu kali pertama air mata lelakinya tumpah hanya kerana seorang gadis

Matanya sudah sembab mengingatkan pemergian mengejut yuri

" langit, izinkan aku meluahkan setiap isi hati aku ini padamu. Sungguh aku tidak dapat terima dengan pemergiannya. Pemergiannya menjadi kehidupan aku ini sunyi sepi. Aku tahu kita ini bukan rapat seperti rakan kau yang lain namun sejak awal aku mengenal kau, banyak yang aku pelajari tentang kesabaran. Mungkin ini susah terlambat untuk aku katakan sesuatu namun yuri aa...apa kau masih ingat sesuatu yang aku ingin sampaikan pada kau? Aku tahu ini sudah terlambat namun dengan meluahkan ini aku dapat menyenangkan hati aku sendiri bukan? Yuri aa sejujurnya aku sudah lama ingin meluahkan rasa suka dan cinta aku terhadap kau. Kalau diikutkan esok kita sudah mahu berjumpa dan aku senang dengan itu. Kau jangan risau ya...esok aku akan pergi kerumah baru kau dan kita berjumpa disana ya. Yuri aaa tenang disana ya berlarilah ditaman syurga bersama keluarga kau....."

Sepanjang kehidupan kita harus tahu bahawa setiap yang datang tidak selalunya bersama kita sepanjang masa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sepanjang kehidupan kita harus tahu bahawa setiap yang datang tidak selalunya bersama kita sepanjang masa. Setiap pemergian harus menjadikannya sebagai pengajaran

Hargailah dia jika dia masih hidup dan janganlah merasakan penyesalan jika suatu hari nanti dia pergi tanpa memamitkan diri...


   


                            THE END

[√] midnight couple • DOYOUNG TREASURE Where stories live. Discover now