29

92 17 0
                                    


2 TAHUN KEMUDIAN

Ombak yang melibas batu-batu disungai Han menjadi tatapan dan renungan buat Jeongwoo dan Yuri. Pada Malam itu Mereka berdua keluar bersiar-siar sebagai pasangan kekasih

Syukurlah malam itu tidak terlalu ramai orang yang menyinggah ditaman Han

" aku dengar jihoon dan kau mengambil  audition "

Jeongwoo memandang wajah yuri lalu mengangguk benar

" tepat sekali. Ohh kau mahu tahu doyoung juga mengambil audition dan dia kumpulan bersama kami " kata jeongwoo lantas mengeluh

" bagus juga tidaklah kamu bertiga bergaduh sahaja kan? "

" ahhh aku malas sekali bertemu dengan lelaki berlagak itu. Sudahlah sombong "

Yuri yang mendengar keluhan jeongwoo tertawa lucu. Geli hatinya apabila mendapat tahu mereka bertiga bersatu dan akan menjadi ahli yang akan bekerjasama suatu hari nanti

Jeongwoo yang melihat yuri ketawa itu turut menyertainya. Gadis itu kelihatan manis sahaja walaupun dari sisi. Jika dia ketawa atau senyum makin bertambah seri kecantikan yang dimilikinya

Senyumannya seolah-olah tiada langsung masalah dalam dirinya walhal dialah yang paling banyak menanggung masalah. Dibuli,dipukul,dimaki

" Yuri aa bolehkah aku bertanya sesuatu? "

Lamunan yuri terhenti takkala mendapat teguran dari jeongwoo. Kini dia sudah menghadap kearah lelaki itu

" aduhai tanya sahaja jeongwoo aa tidak perlu meminta izin "

Balas yuri ketawa halus

" apa impian kau? "

" apa maksud kau? Aku tidak faham "

Jeongwoo menghela nafas berat. Berat sekali ingin menanyakan soalan ini pada yuri. Entah mengapa dia merasakan tidak enak jika bertanya begitu pada gadis malang ini

" tiadalah aku cuma ingin tahu impian kau. Aku lihat rakan-rakan kita semua sudah mencapai impian mereka " kata jeongwoo

Yuri tersenyum lalu mengalihkan pandanganya kesungai

" aku punya impian dan harapan kecil. Aku ingin tidur dengan nyenyak di malam hari " jelas yuri tanpa dia sedar dia sudah menitiskan air matanya

Jeongwoo mulai merasa sebak mengenangkan nasib yang dihadapi gadis dihadapannya

Setelah ibu bapa termasuk abang gadis itu meniggal akibat kemalangan, hidupnya seperti tiada hala tuju dan dengan peristiwa itu yuri makin sering dibuli hingga kini.

Nasibnya tidak begitu baik semenjak keluarganya pergi meninggalkan dia berseorangan

Jeongwoo termasuk yang lain sering mengunjungi dan melawat gadis namun mereka hanya mengunjungi pada malam hari

" yuri aaa "

Panggilan lembut dari jeongwoo terus sahaja yuri mengelap air matanya. Bibirnya terukir senyuman sebaik saja memandang jeongwoo

" ada apa jeongwoo? " tanya yuri sambil bibirnya mengukirkan senyuman

" aku ingin meminta sesuatu " kata jeongwoo

" apa itu? "

" aku ingin memeluk kau. Bolehkan yuri? "

Yuri tertawa lucu lalu terus mendepakan kedua belah tangannya mengizinkan jeongwoo memeluknya

Jeongwoo gembira lalu pantas sahaja memeluk gadis itu erat. Bau harum yuri membuatnya rindu tanpa sebab

" kau kuat yuri. Kau Jangan tinggalkan aku ya "

" yaa aku tidak akan tinggalkan kau aku berjanji jeongwoo aa "

Jeongwoo mengeratkan lagi pelukan mereka. Sempat dia mencium dahi yuri lama sebelum menyambung memeluk gadis itu

Sesayang itu dia pada yuri walaupun dia tahu yuri bukan miliknya seorang

" esok aku sudah mahu bertolak ke China. Aku doyoung dan jihoon ada  initial training disana "

Kata jeongwoo sebaik sahaja dia melepaskan pelukan namun diambil kedua belah tangan yuri lalu digenggam nya

" kalau begitu jaga diri ya. Jangan lupa makan dan tidur secukupnya " pesan yuri

" kau juga yuri aa. Kalau ada apa-apa yang terjadi beritahu aku "

Yuri mengangguk mengerti. Jeongwoo memeluk yuri erat buat kali terakhir sebelum mereka pulang

Jika diikutkan dia tidak mahu pulang dan masih ingin bersama gadis itu namun takdir tidak menentukan. Dia harus bersiap menyimpan barang yang akan dibawa esok ke china

[√] midnight couple • DOYOUNG TREASURE Where stories live. Discover now