18

110 18 1
                                    


Sapuan ubat diletakkan ditangan yuri yang lebam. Aduan kecil yuri jelas mengatakan yang dia sakit

" macam mana boleh jatuh ni? Kamu ni jalan pandang atas ke " bebel Ibu menggelengkan kepalanya sambil tangan tidak alih dari menyapu ubat ditangan anaknya

Yuri yang tersemyum kecil dengan pembohongannya. Dia tidak mahu mengatakan hal yang sebenar takut makin besar pula masalah

Sudahlah doyoung itu orang kuat. Ayahnya Dato ibunya Datin abanya pula peguam. Kalau keluarga yuri buat aduan sudah pasti tidak ada sesiapa percaya katanya

" betul ke kau jatuh? Macam kena pukul orang saja aku lihat " celah jaemin iaitu abang kepadanya

" betul lah tadi aku jatuh tangga " tipu yuri lagi. Air liur ditelan menahan tipuannya. Jaemin memasang wajah tidak percaya dengan kata-kata adiknya

Jatuh? Macam tipu saja. Lebam yang kelihatan pun memanjang macam kena pukul dengan sesuatu

" sekolah kau hari ni memang semua bernasib malang ke? " soal jaemin

" apa maksud kau? " tanya yuri bingung

" tiada lah petang tadi aku ke rumah jungwoo lepastu aku tengok adik dia si jeongwoo tu berbalut kepala katanya dia pun jatuh " kata jaemin langsung mengejutkan yuri

Habis penipuannya

" t-tak tahu mana aku tahu " bohong yuri ingin mematikan perbualan mereka. Yuri memutuskan untuk masuk tidur walaupun ia hanya ingin lari dari pertanyaan abangnya

Syukurlah jeongwoo tidak membocorkan kejadian itu

                     ———————

Helain kertas yang bertaburan milik abangnya diatas meja dipandang doyoung lama. Dongyoung ( doyoung nct ) memandang adiknya hairan

" kenapa? " tanya dongyoung tanpa memandang doyoung dan tanggannya fokus menaip kerjanya di laptop

" kau pernah tak terlibat dengan kes pukul " dongyoung berhenti menaip apabila mendengar sahaja pertanyaan adiknya

Wajah hairan dipasang kening dikerutkan

" kenapa tiba-tiba tanya? Kau ada pukul orang ke? " soal dongyoung kembali

Pelik betul. Tidak pernah-pernah adiknya bertanyakan soalan berkaitan kerjanya dan mereka pun jarang sekali bercakap

" Saja. Aku nak tahu apa hukuman dengan perbuatan tu " kata doyoung selamba sambil menunggu jawapan dari abangnya

" kalau pukul tak melibatkan rogol tiada tindakan melainkan sekolah kau Membelakangi orang yang dipukul tu. Tapi setahu aku sekolah kau kalau bab pukul jarang ada kes sebab pengetua kau nak jaga nama baik sekolah an "

Doyoung yang mendengarnya ketawa senang. Keluarga yuri tu apalah sangat kalau buat laporan pun siapa saja yang nak sokong.

Dongyoung menggeleng memandang doyoung. Gila agaknya tiba-tiba saja ketawa

" alang-alang kau kat sini bila mahu bawa yuri datang? Sudah lama kau tak bawa dia datang kerumah kita "

Doyoung berhenti ketawa lalu tersenyum kearah abangnya

" Esok. Pesan dekat mommy daddy esok yuri datang " kata doyoung tersenyum

Dongyoung yang menaganggukkan kepalanya. Pelik betul perangai adiknya malam ini

Hairan

[√] midnight couple • DOYOUNG TREASURE Where stories live. Discover now