24

88 16 5
                                    


Empat mata yang saling berpandangan itu seolah-olah sedang dilamun cinta

Luahan jihoon sebentar tadi telah mengkelukan lidah yuri

" siapa takut yang penting aku suka kau "

Mata yuri membuntang luas terkejut dengan omongan dari jihoon. Jihoon hanya beriak biasa dan menanti apa yang akan dibalas oleh gadis dihadapanya

" mengarutlah jihoon jangan cari sakit nanti doyoung tahu habis kau dia kerjakan "

Yuri mengelengkan kepalanya malas mahu melayan jihoon. Lelaki itu sudah gila agaknya walhal dia sudah tahu apa yang akan dibuat doyoung jika dia berbuat begitu

Sungguh mencari penyakit

Pergelangan tangan yuri dipegang jihoon agar gadis itu tidak kemana-mana dan mendengar luahannya lagi. Mereka saling berpadangan

" siapa kata aku mengarut? Aku serius sekarang ni yuri. Aku suka kau, aku sayang kau, aku cintakan kau " luah jihoon dan kali ini tangannya memegang kedua belah tangan yuri

" aku juga serius jihoon. Kau tidak sepatutnya mencari sakit dan kau juga tahu doyoung tidak akan lepaskan aku. Hapus sahaja perasaan suka kau pada aku "

Kata yuri dengan wajah agar jihoon mengerti dengan apa yang dikatanya. Setelah melihat jeongwoo dan sunghoon dipukul teruk oleh doyoung ,kali ini tiada siapa lagi yang akan dipukul dan biar dia sahaja menanggungnya

" siapa kata doyoung perlu lepaskan kau? " balas jihoon dengan senyuman

" maksud kau? "

" doyoung memang tidak akan lepaskan kau tapi kau yang perlu lepaskan dia dan bersama aku. Aku janji aku akan jaga kau. Percayakan aku ya? "

Yuri menghela nafas berat. Jihoon ini baik orangnya tidak seperti doyoung. Dia tidak mahu jihoon dipukul dan ditumbuk oleh doyoung

" tapi ini bahaya jihoon. Apa kau tidak ingat apa yang jeongwoo dan sunghoon lalui? Kau mahu seperti mereka? Lupakan sahaja jihoon dan cari orang lain ya ? "

Jihoon mengeleng tidak mahu. Dia berkeras mahukan yuri dan ingin menjaga yuri dan membawa gadis ini jauh dari doyoung si kejam itu

" tidak. Aku akan tetap dengan keputusan aku. Kau terima aku ya? Percayakan aku yuri. Tolonggg " rayuan jihoon sudah membuat yuri meletakkan harapan yang tinggi padanya

Yuri mengangguk setuju dan dengan gembiranya jihoon memeluk gadis itu. Ini adalah hajat yang sudah lama dia pendamkan

Sungguh berat hatinya ingin menerima jihoon dan suatu hari nanti pasti jihoon akan dipukul oleh doyoung

Lihat sahaja

                       ———————

Sebelum berangkat pulang, doyoung meninggalkan pesanan untuk yuri dan memberi amaran yang keras jika gadis itu tidak mengikutinya

Doyoung shibal 💔 2 mesej belum dibaca

Pulang dengan serim dan bomin
3:30 petang

Jangan cari masalah dengan aku
3:30 petang

Mesej yang dihantar oleh doyoung hanya dibuka lalu satu keluhan malas dilepaskan. Malas betul mahu pulang dengan dua ekor tu

Sudah la suka membuli dan sekarang ni tidak pasal mereka menyuruh yuri membawa beg sekolah mereka

Memang malang

" oiii cepat lah sikit jalan lembab betul bebal pula tu hahahah "

Kata-kata dari lelaki yang bernama choi Bomin diiringi dengan ketawa bersama serim

Namun setelah mereka puas menertawakan yuri, mereka berdua saling memandang lalu satu senyuman nakal terukir dibibir mereka sebelum mengundur langkah kearah yuri

" hei yuri "

Yuri memandang serim yang memanggilnya. Lelaki itu dengan selambar meletakkan tangganya keatas mahu yuri. Bomin yang menanti perbuatan serim selanjutnya tertawa halus

" kau ni terkadang cantik juga ya? "

" kalau doyoung dapat tahu kau bercinta dengan jihoon agak-agak muka cantik kau ni cacat ke? "

Yuri yang mendengar kata-kata yang keluar dari mulut serim terus menjauhkan dirinya dari lelaki itu

Bomin yang melihatnya sudah tersenyum lebar termasuk serim sekali.

" aku dah agak! Kau bercinta dengan Park Jihoon " kata bomin terus menertawakan yuri

Yuri sudah cuak. Macam mana mereka berdua boleh tahu? Bukankah mereka tiada di bilik? Arhhhhh

Lidah yuri kelu. Tidak tahu lagi untuk berkata apa-apa setelah rahsianya bocor sekelip mata saja

" kasihan kau ni. Tapi kau jangan risau aku akan siapkan batu nisan untuk kau dengan segera "

" aku setuju dengan Bomin. Patutkah kita tempah dua? Satu untuk kau dan satu untuk kekasih gelap kau itu "

Bomin dan serim ketawa puas. Puas hati mereka mengenakan gadis malang itu

[√] midnight couple • DOYOUNG TREASURE Where stories live. Discover now