28

103 16 1
                                    


Hidup yuri sekarang ibarat puteri yang dilikungi putera daripada berlainan kerajaan. Dalam tidak sedar dia sudah menjalinkan hubungan dengan Doyoung,jihoon,bomin dan jeongwoo

Dia sudah tidak tahu mahu buat apa lagi. Jika ingin membuat pilihan dia tidak ingin muncul dihadapan mereka berempat terumanya doyoung. Dia cukup takut jika lelaki itu tahu akan apa yang dia buat dibelakangnya

" auch perlahan lah sikit "

Muka yuri berkerut menahan pedih luka yang dibuatnya sendiri. Lututnya luka berdarah kerana jatuh dari tangga

" Itu la lain kali jalan jangan berangan saja nasib tidak terjadi apa-apa yang serius " omel jihoon sambil tanggannya menampal plaster dilutut yuri bagi menutupi lukanya

Yuri yang mendengar omelan jihoon terus membuat memek nuka mengejek sampai tidak sedar jihoon perasan akan kelakuannya

" lihat lah sudah dapat sakit masih tidak ingin berterima kasih pada aku tapi menganjing aku pula " omel jihoon lagi terus menjentik dahi yuri geram

Yuri ketawa menampakkan giginya itu. Melihat gadis itu ketawa dengan omelannya jihoon turut sertai

Srekk

Bunyi pintu dibuka menghentikan mereka dari ketawa. Tubuh segak Bomin dipintu dipandang mereka

Wajah lelaki itu kelihatan seperti tidak puas hati sahaja

" keluar "

Arah Bomin pada jihoon. Yuri sudah memasang wajah berserah pada keadaan. Siapa suruh ada teman lelaki ramai kan sudah mendapat padahnya

Jihoon yang mendengar arahan bomin menjulingkan matanya keatas malas

" tidak mahu " kata jihoon menjeling bomin

" suka hati kau shibal "

Mata jihoon membulat dengar makian Bomin terhadapanya

Bomin mengorat langkah kearah yuri lalu duduk bersebelahan gadis itu. Lutut yuri yang sudah diletakkan plaster dipandangnya

" kau perlukan apa-apa? Kau belum makan lagi kan? " tanya Bomin prihatin dengan kekasihnya

" Tidak perlulah jeongwoo sudah belikan sebentar lagi dia sampai " celah jihoon tersenyum sinis

Tch padam muka lambat

" aku tidak bercakap dengan kau lah gila "

Sekali lagi Bomin memaki jihoon dengan selambanya. Memang mulutnya tidak lepas dari berkata kasar

" sudahlah aku mahu keluar sakit telinga dengar korang bertekak "

Yuri bangun dari duduknya ingin beredar namun dengan pantas kedua lelaki itu membatunya. Sampai berebut ingin menolong gadis itu

Belum sempat mereka bertiga keluar dari bilik rawatan mereka dikejutkan dengan kehadiran doyoung serim dan jaehyuk dimuka pintu bersama jeongwoo. Bomin dan jihoon menelan air liur dengan pandangan hangat dari doyoung

" Bomin? Sedang apa kau kesini? " soal doyoung

Tatapannya beralih pada jihoon yang masih elok memegang yuri

" e-eoh aku kesini mahu lihat yuri. Kau? Kenapa kesini? " soal Bomin kembali

Jihoon mengerutkan keningnya hairan. Soalan apa ni? Malas mahu menjawap pertanyaan Bomin terus doyoung menarik yuri kearahnya dengan kasar

Pegangan jihoon terlepas dari memegang yuri. Wajah Bomin jihoon dan jeongwoo jelas kelihatan begang dan geram dengan tindakan jihoon terhadap gadis mereka

" perlakukan dia dengan baik aku tidak mahu kau sakiti dia lagi " pesan jihoon menepuk bahu doyoung sebelum beredar pergi

" tolonglah sedar dengan apa yang kau buat kim doyoung " kata jeongwoo lalu turut pergi dari situ

Doyoung ketawa sinis dengan amaran yang diberi oleh dua lelaki bodoh itu

" huh bodoh. Apa kau terkebil-kebil saja kan mahu mencari perhatian " yuri dengan pantas menundukkan wajahnya.

Doyoung memegang pergelangan yuri sebelum diheret mengikutinya. Bomin yang melihat itu mulai sakit hati namun ditahan

[√] midnight couple • DOYOUNG TREASURE Where stories live. Discover now