CHAPTER 1

2.9K 122 1
                                    

"ISH SEMAK AKU!"Sara membaling kuat telefon itu ke lantai. Sehingga hancur.

Meera yang baru muncul dengan membawa segelas air itu terkejut kerana telefon yang Sara baling tu telefon dia!

"Weiii-"sungguh tak percaya dengan apa yang dia lihat.

"Apahal fyp kau penuh dengan muka laki tu je?!"dia marah pada Meera.

"Kau ni-"Sara memandangnya pelik. Pahal pulak perempuan ni?

Meera membaling cawan yang berisi air sejuk itu kepadanya dan terus berlalu mengambil telefonnya kembali.

"Sejuk sejuk sejuk!"Sara berdiri dan mengibas gibas bajunya.

"KAU-"

"ARA!!!"terkejut Sara apabila dia menjerit dan menangis.

"Pa...pahal? Kau... sakit... ke?"Meera memandangnya tajam. Dia tersentak.

"PECAH FON AKU NI! KAU GANTI SEKARANG JUGAK!!!!"jerit Meera.

"Lah-"

"Lah?"

"Telefon je pun. Kau kan banyak duit, beli je baru. Beli iphone erk."selamba betul dia bercakap.

Dahlah dalam telefon Meera tu banyak menda penting. Nombor nombor, gambar gambar yang berharga baginya.

"DIA NI-"Meera merampas telefon Sara yang berada didalam genggamannya.

"Fon aku-"tak! Meera baling kuat telefon Sara ke lantai seperti yang dia buat takdi.

"What-?"terkejut, tak percaya apabila Meera buat begitu.

"HAHAHAHA PADAN MUKA! Lepasni, kau dah takboleh tengok anime, drama korea, drama cina, tiktok dan semuanya sekali!!"Meera ketawa jahat. Puas dapat balas apa yang Sara buat kepadanya.

"Ah lentaklah bukan penting pun."Sara merebahkan badannya keatas sofa itu.

"Tidur jap."Sara menutup matanya. Meera sungguh tak percaya. Kenapa dia tak marah ataupun sedih!?

"Ara..."

"Hm?"

"AKU TAK KISAHLAH KAU NAK TIDUR KE APE, SEKARANG GANTI BALIK FON AKU!!!"

...

"Puas?"tanya Sara. Nampaknya Meera sangat gembira lepas dapat iPhone 14 tu.

"Ara-san, arigatogozaimasu!!"katanya dengan ceria sekali.

Sara hanya mengangguk sambil tangannya sibuk menutup mulut kerana menguap.

"Jom ah balik. Aku mengantuk."dia menguap lagi.

"Okey!"dia berjalan didepan Sara.

My Perfect HusbandWhere stories live. Discover now