CHAPTER 11

1.3K 98 6
                                    

"ISHH!!"Meera bangun dari tidurnya kerana rimas dengan telefon yang tak henti henti berbunyi

4:15 a.m.!

"Ish laki ni-!"tertera nama 'MUHAMMAD ZAKI ABQORI' di skrin itu.

"PAHAL KAU?!"marah Meera setelah menjawab panggilan itu.

"Meera..."panggil Zaki.

"Pahal kau? Aku tengah tidur kau duk call call."geram betul.

"Aku takleh tidur. Aku lapar."TOLONG BERSABAR MEERA!!

"Jadi apa kena mengena dengan aku?!!"marahnya. Memang menyakitkan hati call pukul 4 pagi ni semata mata cakap dia takleh tidur sebab lapar.

"Aku nak makan lempeng yang kau masak. Aku otw gi rumah kau ni. Masakan aku lempeng ye."tit. Dia menamatkan panggilan.

Meera mengenggam kuat telefonnya itu.

"Aki takguna!!"

...

Meera memandang tak puas hati lelaki didepannya yang makan dengan sangat berselera. Macam tak nampak seminggu.

"Kau masak memang sedap lah Meera!"pujinya.

Meera cuba bersabar.

"Hm biasalah."jawabnya tahan marah.

"Pergi basuh pinggan kau. Dah habis makan kan. Lepastu balik. Aku nak sambung tidur."pesan Meera lalu dia beredar masuk kedalam biliknya. Sambung tidur.

...

Dia berasa semak, rimas yang amat. Dia terbangun dari tidurnya lagi sekali kerana mendengar bunyi tv yang sangat kuat.

4:35 a.m.!

Baru 20 minit dia melelapkan mata...

"A...aki!"jelas dia melihat lelaki itu duduk menonton tv.

"Oh Meera. Kenapa kau bangun? Kau lapar?"tanya Zaki. Dia ni memang-!!

"Macam mana aku nak tidur kalau kau pasang tv kuat kuat. Lagi satu... kenapa kau tak balik lagi?"geram Meera.

"Takkan kau nak aku balik. Kul 4 pagi ni? Bahaya tahu tak."kata Zaki.

Erkkk! Dah takdi kau datang sini pukul berapa?!!!

"Dahlah jangan marah marah lagi. Meh sini duduk dekat aku."panggilnya.

Sabar Meera sabar.

Meera menghembus nafas panjang. Dia berjalan duduk disofa berlainan dengan Zaki.

Zaki memperlahankan suara di tv.

"Meera, aku nak dengar cita pasal Ara. Ce cite."mintanya. Dia sudah menutup tv iyu dan memusing kepada Meera.

My Perfect HusbandWhere stories live. Discover now