CHAPTER 24

878 80 14
                                    

SARA dan Meera memandang suami mereka yang hanya diam ketika makan. Selalunya mereka tak begini.

Ini semua sebab kejadian mereka dikurungkan didalam stor itu. Mereka merajuk.

"Bi nanti-"

"Aki jom mandi sungai lepasni."Kuzaiqy terus memotong apabila Sara membuka mulut untuk bercakap dengannya.

"Hm bolehlah aku sejukkan hati aku yang tengah panas ni. Eh badan aku yang tengah panas ni."kata Zaki. Sempat dia menjeling kepada Meera dihadapannya.

"Sayang-"

"Jom lah aku dah habis makan ni."Zaki juga terus memotong apabila Meera hendak bercakap dengannya.

"Jom."mereka berdua membawa pinggan dan beredar dari situ.

Sara dan Meera memandang satu sama lain.

"Diorang yang mula dulu kot asal diorang pula yang merajuk."

...

Dua orang isteri itu hanya melihat suami mereka dari jauh. Mereka nampak gembira berenang didalam air itu.

"Ara... ni bukan salah kita kan?"tanya Meera. Dia rasa sedih pula apabila suaminya tak bercakap dengannya sepanjang hari ini.

"Hm kau rasa?"Sara juga turut bersedih.

Mereka memandang satu sama lain. Mata dah nak berair tapi tahan sahaja.

"Kita buat je macam biasa Meera. Ni... ni memang bukan salah kita. Diorang yang mula dulu kan. Takpe... takpe."Sara cuba tenangkan diri sendiri. Be positif.

"Takpe ke kita tak cakap ngan diorang?"tanya Zaki perlahan. Mereka memandang isteri mereka dari jauh.

"Takpe. Diorang yang melampau kan. Kita baling mercun je. Patutnya diorang baling jelah mercun balik takpayah lah nak biawak, katak, lipas belaka tu."kata Kuzaiqy. Dia yakin dengan dirinya sendiri.

"Hm betul juga. Dahlah biawak tu gigit aku. Sakit."

...

"Weh diorang mana?"baru sedar yang isteri mereka tiada disitu.

Terus gelabah memandang sekeliling. Baru ingat bini.

"andai dapat...ku undurkan putaran dunia...inginku ubah semula..."

My Perfect HusbandWhere stories live. Discover now