CHAPTER 27

871 75 5
                                    

Pejam celik pejam celik, sudah dua minggu berlalu. Harini mereka akan pulang.

Mereka semua menyalam opah.

"Nanti raya kitorang datang tau. Opah jangan menangis pula rindu Ara."kata Sara.

Opah menjelingnya atas bawah. "Kalau kau tak datang pun takpe. Sebab aku risau. Kali ni tandas, nanti takut rumah aku ni pula yang terbakar."Sara ketawa apabila opah kata begitu.

"HAHAHAHA sorrylah tak sengaja pun!"

"BYE OPAH!"mereka melambai opah dari dalam kereta itu.

Kereta itu pun berlalu pergi meninggalkan kawasan perumahan opah.

...

Setelah tiba di rumah masing masing...

"Opah ada beri kau hadiah kan? Mana nya? Ce buka."kata Kuzaiqy.

"Oo haa. Jap."baru teringat.

"Nasib tak lupa, ni hadiah kau. Opah beri. Jangan buka sekarang, buka kat rumah nanti tau" -opah

Sara duduk disofa sebelah Kuzaiqy dengan membawa kotak hadiah yang diberi opah itu.

Kuzaiqy duduk rapat dengannya. Teruja nak tengok apa yang opah beri pada isterinya.

"Untunglah dapat hadiah. Aku tak dapat pun."kata Kuzaiqy sedih.

"Ofcourse lah. Cucu kesayangan kot."katanya bangga.

Sara rasa tak sabar sabar mahu membukanya. Kotak itu boleh tahan berat juga.

Dia menarik reben itu. Dan membukanya.

Luas terbuka kotak itu. Jelas mereka dapat melihat isi didalamnya.

"AAAAAA!!"dalam masa yang sama Sara menjerit terkejut dan membaling kotak itu. Dia dan Kuzaiqy sudah berdiri diatas sofa itu.

"SIALLAH BIAWAK!!"jerit Sara. Biawak itu tenang saja duduk ditepi kotak itu.

"Uih uih uih!!"mereka berdua gelabah. Biawak itu bergerak laju kehadapan. Siap keluar lidahnya lagi!!

"Aaaa!!!"

"OPAH!!!!!"

...

My Perfect HusbandDonde viven las historias. Descúbrelo ahora