CHAPTER 15

1.3K 94 4
                                    

Pak!!

Kuzaiqy memegang punggungnya sakit kerana sepakan yang diberikan Sara takdi.

"Kau-!"Kuzaiqy segera melarikan diri apabila Sara ingin memukulnya.

"Kau bawa balik gitar aku harini juga! Kalau tak aku pukul kau!!"jerit Sara. Dia memang betul betul naik angin apabila tahu yang Kuzaiqy tinggal gitarnya dipejabat. Dahlah lelaki tu ambilnya senyap senyap. Lagilah dia bertambah marah.

Sara menjawab panggilan telefonnya.

"Pahal?!"masih marah.

"Ara... kenapa ni? Janganlah marah papa. Papa nak ajak Ara keluar je..."takut jadinya tuan Ameer apabila mendengar suara Sara begitu.

"Hah karang Ara datang."

...

"Dah lebih 10 tahun dah saya kerja dengan diorang."Muzil menjawab pertanyaan yang ditanyakan oleh Sara itu.

"Jadi umur awak berapa tahun ni?"

"38 tahun puan."Sara terkejut tak percaya.

"Seriuslah. Awak nampak macam seumur dengan saya kot."tak sangka beza umur mereka 15 tahun.

"Haih takdelah puan-"

"Jadi saya patut hormat awaklah. Awak lagi tua. Haih jangan panggil saya puanlah lepas ni. Panggil je Sara. Okey?"

"Mana boleh puan. Saya mestilah kena hormat puan. Puan kan isteri bos saya."

"Hm kalau macam tu mulai harini kita kawan baiklah. Jangan anggap saya macam isteri Kuzaiqy. Anggap saja macam member. Okey?"Sara memang tak mengalah.

"Hm... yelah..."Sara tersenyum gembira.

"Hah abang Ujey berhenti kat sini."kata Sara sambil menunjuk dengan jarinya.

Muzil ketawa apabila dia digelar 'abang'.

"Yelah Sara."kereta berhenti di bas stop itu.

Sara mengambil begnya dan turun dari dalam kereta.

"Bye abang Ujey. Hati hati memandu."Sara melambai kepadanya. Muzil hanya mengangguk sambil tersenyum dan beredar meninggalkannya.

"Haih manalah papa ni."Sara berdiri dibawah cahaya matahari yang terik itu sambil menunggu tuan Ameer.

"Uihh!"beg tangannya dirompak.

"Woii!!"Sara segera mengejar pencuri itu.

Takguna dah lah panas ni kau paksa aku berlari. Bila aku dapat kau aku tumbuk muka kau!

"Mana kau nak lari takguna!!"Sara menendang kepalanya sehingga dia terjatuh.

"Eiii!"Sara mengambil begnya kembali.

"Jangan-!"pak! Sara menumbuk muka lelaki itu sehingga dia pengsan.

"Pagi pagi dah buat aku penat. HAish letih!"Sara beredar dari situ.

"Haihh penat ni... aku kat mana haduihh."stres betul hidupnya. Beg kena ragut lepastu sesat entah dekat mana.

Dari jauh Sara ternampak kasutnya. Sebabkan nak kejar perompak takdi, terpaksa dia tanggalkan kasut supaya larinya lebih laju.

My Perfect HusbandWo Geschichten leben. Entdecke jetzt