A Y D E N | 4 3 |

367 36 0
                                    

Ayden tiada di rumah sewaktu aku sampai kira-kira 7 malam. Nombornya aku cuba untuk hubungi beberapa kali namun hanya masuk ke voicemail.

Mesej pendek aku tinggalkan buat Ayden.

Me:
Sayang, I dah sampai rumah. Sayang balik pukul berapa? Nak makan anything for dinner?

Tidak sabar menunggu kepulangan Ayden, aku mengambil pregnancy test kit yang aku bawa dari kampung dan aku letakkan di dalam kotak hadiah. Kononnya nak buat suprise dekat Ayden.

Ayden mesti teruja kan? Sedangkan aku sendiri masih tidak dapat mempercayai apa yang aku lihat pagi tadi.

Aku bergolek di atas katil dengan memakai telekung sementara menunggu azan isyak. Aku lihat mesejku kepada Ayden masih single tick menandakan internet dia tidak aktif.

Sekali lagi nombor Ayden aku hubungi, kedengaran deringan sebelum talian bersambung.

"Hello sayang." Sapaku teruja.

"Hello." Balas Ayden kedengaran putus-putus.

"Sayang kat mana?" Aku tanya ingin tahu.

"I call you back." Ujar Ayden senada sebelum mematikan talian.

Aku mengeluh perlahan. Sedikit sebanyak aku risau sekiranya sesuatu terjadi kepada Ayden.

Me:
Sayang kat mana? Are you okay? I miss you.

Aku hantar mesej WhatsApp kepada Ayden sekali lagi. Benar aku sangat rindukan dia.

Kali ini mesejku sudah masuk ke telefonnya dan tidak lama kemudian Ayden membaca pesananku.

Husbaby:
Just order food for yourself. I'll be home late. Baby sleep first. Love you.

Aku baca mesej Ayden dengan perasaan berbaur. Soalanku langsung tidak dijawab.

Me:
Nak sayang 😔
Lambat pukul berapa? I can wait.

Aku segera membalas mesej Ayden. Sengaja mahu dia segera pulang. Namun sekali lagi mesejku cuma satu tick.

Ayden kat mana sebenarnya ni?

✨✨✨✨✨

Aku terkejut dengan alarm dari telefonku. Laju sahaja aku mematikan penggera yang membingitkan itu.

Terasa berat di dadaku. Rupanya Ayden yang meletakkan kepalanya di situ.

Aku usap rambut Ayden lembut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku usap rambut Ayden lembut.

"Sayang.." Panggilku.

"Hmm." Terdengar Ayden menggumam perlahan.

"Bangun subuh. Sayang masuk office tak harini?" Tanganku beralih ke pipi Ayden pula. Rindunya dengan suami kesayanganku.

AYDEN, My Kryptonite ♥️Where stories live. Discover now