A Y D E N | 12 |

4.8K 204 1
                                    

Ayden sudah tiada di dalam bilik sebaik aku keluar dari bilik air. Aku cepat-cepat menukar pakaian dan mengeringkan rambut menggunakan hair dryer. Aku hanya memakai skinny legging bersama t shirt putih.

Dapur aku tuju sebaik mendengar bunyi air dan mummy aku lihat sedang mengupas bawang di sinki.

"Morning mummy." Sapaku sebelum duduk di meja. Tangan membuka tudung saji dan aku lihat terdapat nasi goreng kampung di dalam bekas.

"Bangun pun. Pergi ajak Ayden makan sama. Dia kat luar dengan baba tadi." Balas mummy sambil berpaling memandangku.

"Ok." Jawabku sepatah.

"Sha, tak elok tidur balik lepas subuh. Tambah-tambah dah ada suami ni. Duduk sini takpelah mummy boleh masak, bila kamu duduk sendiri nanti macam mana? Takkan nak suruh Eja datang rumah subuh-subuh lagi masakkan breakfast untuk Ayden?" Mummy mulai memulakan tazkirah paginya.

Aku sedar silap aku pagi ini tapi aku tak sengaja. Niat asal mahu lelap sekejap sahaja.

"Sha tahu sha tak patut tidur balik tadi." Balasku malas berbahas dengan mummy.

"Haa bagus Rina, macam tu lah sepatutnya. Manjakan lagi anak tu. Ikut saja apa yang dia nak. Dah besar macam ni apa pun tak reti buat. Apa yang dia buat balik rumah makan tidur je. Sekarang dah ada suami pun tak pandai nak jaga makan pakai." Sampuk satu suara yang membuatkan telinga aku berdesing. Dada aku berdebar mendengar sindiran tersebut. Wajah mummy aku lihat sekilas. Jelas menunjukkan dia sedang terasa hati.

Berbanding Zharif, aku lebih bencikan dia. Nenek aku sendiri.

Mummy bukan menantu pilihan opah, jadi setiap apa yang dilakukan mummy tidak pernah betul di mata opah. Aku turut mengalami nasib yang sama, tidak pernah merasa kasih sayang opah sedari kecil.

Wanita berusia lewat tujuh puluhan itu aku pandang dengan perasaan geram. Aku bangun dari kerusi dan berlalu melewatinya untuk ke ruang tamu. Tidak berminat mahu berlama-lama di situ.

Selama ini aku hanya mendiamkan diri dengan apa yang diperkatakan kepada aku dan mummy. Mummy awal-awal sudah berpesan kepada aku supaya diam sahaja meskipun opah berkata macam-macam. Opah cerewet, jadi dia memang suka mengomen.

Aku tahu mummy tipu. Berapa kali aku menyedapkan hati dengan pujukan mummy namun semakin aku membesar, semakin aku menyedari hakikat sebenar.

Opah yang penuh drama. Manusia bermuka-muka terutamanya di hadapan baba. Dia menjadi nenek contoh seantero dunia dalam melayanku. Namun aku bersyukur kerana meskipun mulutnya tidak pernah bercakap elok denganku, opah tidak pernah menyakitiku secara fizikal.

"Biadab!" Marah opah setelah aku melintasinya. Darah aku semakin mendidih dengan ayatnya.

"Dah tiga hari aku dekat sini, sepatah pun dia tak tegur aku. Macam ni ke kau ajar anak kau dengan orang tua Rina? Langsung tak ada adab." Marah opah kepada mummy.

Mummy hanya menunduk. Aku tahu dia sedih dengan kata-kata opah.

Muncul pula Zharif di ruang dapur sebaik mendengar kekcohan dan kelantangan bicara opah. Mummy segera dihampiri.

"Opah cakap apa dekat mummy?" Zharif menyoal tegas. Badan mummy sudah dipeluk erat olehnya.

Opah hanya diam dan mempamerkan riak tidak bersalah seperti biasa. Huh drama queen.

"Arif tak suka lah setiap kali jumpa mesti macam ni. Ada je salah mummy dekat mata opah. Kita patutnya gembira berkumpul ramai-ramai untuk raikan Keisha, bukannya marah-marah macam ni. Arif penatlah opah. Mummy dengan adik tak buat salah apa pun tapi opah tetap tak habis-habis nak cari salah diorang." Ujar Zharif panjang mempertahankan aku dengan mummy.

Opah merengus perlahan. "Arif ni pun satu, haa backup lah mummy dengan adik kau tu." Balas opah sebelum berlalu meninggalkan kami bertiga di dapur.

Aku kembali menghampiri mummy yang sudah basah dengan airmata dan memeluknya dari sisi kiri memandangkan Zharif sudah memeluk mummy di sebelah kanan.

"Sha minta maaf mummy." Ucapku bersungguh-sungguh. Badannya aku peluk erat. "Kalau Sha tak bangun lambat tadi, mesti opah tak sindir mummy, cakap macam-macam dekat mummy."

"It's okay Sha. Bukan salah Sha. Mood opah je yang tak elok pagi ni." Pujuk mummy dalam sendu. Ahh. Sekali lagi mummy menipu untuk menyedapkan hati aku dan hatinya sendiri.

Pelukan aku leraikan. Baru teringat niat asalku ingin mengajak Ayden makan. "Sha pergi panggil Ayden dulu eh." Ujarku sebelim berlalu.

Ayden aku cari di luar rumah dan kelihatan dia yang duduk di kerusi berhampiran kolam ikan koi baba.

"Sayang jom breakfast. Mummy masak nasi goreng." Panggilku menyentak lamunan Ayden. Aku menunggu di anjung rumah di tempat kegemaran baba.

Dia berpaling dan menghadiahkan senyuman manis buatku. Hampir membuatkan aku cair meleleh di sini. Siapa sangka Ayden yang hanya mempamerkan muka masam kini lebih banyak tersenyum dan lagi mengejutkan apbila Ayden kini sudah menjadi suami aku.

Hebatnya kuasa Allah.

Sedar tidak sedar Ayden sudah berada di hadapan aku. "Really? Mummy masak sedap. bila I nak dapat makan yang you masak pula?" Soal Ayden dengan soalan cepucemas yang sudah aku duga.

Ok sebenarnya aku tak pandai masak. Bibir aku gigit perlahan sebelum menjawab.

"I.. Tak pandai masak sebenarnya." Jawabku sambil memandang tempat lain. Merasa malu dengan Ayden.

"Tak pandai boleh belajar. You can take your time. For the time being, kita cubalah semua restoran, cafe, mamak dan segala kedai makan dekat KL tu. Mana tahu sambil-sambil tu kita boleh jadi food vlogger ke apa. Mana tahu silap-silap hari bulan siap ada orang hire kita untuk bamuat food review." Balas Ayden dengan nada lawak.

Ayden nak buat semua tu? Aku berani kerat kuku kelingking lah. Macamlah dia ada masa.

Tapi.. Kan best kalau semua suami sporting macam ni. Ini tak, lelaki menganggap perempuan yang tak pandai masak tu bagaikan perempuan yang gagal dan tidak mampu membahagiakan suami.

"Baba mana?" Soalku pelik. Bukan tadi mummy kata Ayden dengan baba ke. Mata aku lihat ke arah garaj, kereta baba ada sahaja di situ.

"Kawan dia datang tadi ajak pergi rumah siapa I tak ingat. Dia pergi naik motor pakcik tu je. Ada lebih sepuluh minit dah dia keluar." Jawab Ayden.

Patutlah opah selamba sembut mummy dekat dapur tadi. Awal-awal lagi dia dah tahu yang baba takde.

AYDEN, My Kryptonite ♥️Where stories live. Discover now