A Y D E N | 17 |

4.4K 216 4
                                    

"You pergi mana?"

Soalan Ayden mengejutkan aku yang baru masuk ke dalam rumah. Dia berdiri tidak jauh dari sofa di ruang tamu sambil memandang skrin telefon.

Jaket aku buka dan kini aku hanya memakai legging dan sports bra sebelum berlalu ke dapur untuk meminum air di mesin penapis air.

Soalan Ayden aku biarkan berlalu tanpa jawapan.

Kedengaran derap langkah Ayden kini menghampiri aku di dapur. Bauan minyak wanginya turut berbau semerbak di dapur.

"Keisha. I ni invisible ke apa sampai I tanya pun you tak jawab." Sindir Ayden pula. Dia sudah berada hampir denganku. Terasa hembusan bafasnya di telingaku.

Wajahnya aku pandang sekilas.

"I pakai macam ni. Pergi gym lah kan." Balasku endah tak endah.

"Habis tu I tanya, tak boleh nak jawab?" Sindir Ayden lagi. Terbias riak bengang di wajahnya.

Aku menjulingkan mata dengan jawapannya. Ayden ni memang tak habis-habis nak cari pasal dengan aku.

Aku cuma berlalu ke bilik dengan melaluinya. Sempat lengan aku disambar Ayden.

"Pergi mana-mana tak bagitahu suami, berdosa tau." Ujar Ayden perlahan namun cukup untuk membuatkan aku terasa.

Wajahnya aku pandang tunak. "Habis tu you tidur dengan perempuan tu tak berdosa ke? Zina tu dosa besar kalau you nak tahu." Aku memulangkan paku buah keras.

"Boring."

"Huh?" Aku jongketkan kening terhadap Ayden.

"You keep on saying that. You keep on hurting me Keisha." Ujarnya dengan bibir yang diketap.

Sekali lagi aku terasa tersentap dengan kata-kata Ayden. Pandangan aku larikan daei terus memandangnya.

"Sayang, I need some space. I tak boleh. I betul-betul sakit hati everytime I teringat yang you dah pernah tidur dengan ramai perempuan. It hurts me." Balasku dengan nada yang mulai perlahan.

"It was my past. For once. You boleh faham tak yang semua tu masa silam I?!" Balas Ayden dengan sedikit membentak. Bahu aku yang terdedah dipegang dengan kedua belah tangannya. Matanya mulai merenungku tajam.

"That was my past baby. Berapa kali I nak kena ulang benda sama ni?" Ujarnya dengan gigi yang diketap.

Wajah Ayden aku pandang dengan mata yang mulai berkaca. "Sebab tu I nak you bagi I ruang. I need to clear my thinking." Ujarku sekali lagi mengulangi permintaan yang sama.

Ayden memandang aku lama. Dia menundukkan wajahnya dan mengucup dahi serta pipi aku.

"Sure baby." Bisiknya perlahan seraya memeluk aku erat.

Tiba-tiba aku kehilangan kata. Diri lebih memilih untuk terus dipeluk Ayden kerana sesikit sebanyak pelukannya mampu mendaikan hatiku yang bergolak.

"You wanted space. I'm giving you now." Sambungnya lagi sebelum kembali mengucup dahi aku.

Pelukannya dileraikan perlahan. Ayden mulai melangkah menjauhi aku dan kakinya menghala keluar dari rumah dan meninggalkan aku tercengang di hadapan pintu.

"Sayang." Panggilku panik. Kaki mulai melangkah menghampiri Ayden. Lengannya aku sambar dan peluk erat namun pandangan tajam yang dihadiahkan olehnya membuatkan aku berhenti melangkah.

"Keisha sayang, jangan macam ni please. I don't wanna hurt you anymore. You were the one who's asking for this." Ujarnya lembut seraya menolak genggaman tanganku. Ibu jarinya mulai menyeka airmata aku.

AYDEN, My Kryptonite ♥️Where stories live. Discover now