A Y D E N | 5 |

6K 283 8
                                    

Sudah setengah jam aku berlari perlahan di atas tredmill tanpa henti dengan heaphone di telinga memainkan lagu korea dari aplikasi Joox.

Tak boleh lari lahu-laju macam biasa sebab pinggang aku masih belum sihat sepenuhnya.

"Did I really say yes?" Sekali lagi aku menyoal diri sendiri.

Segala yang berlaku bagaikan mimpi ngeri. Fikiran aku benar-benar bercelaru saat ini.

Ayden tak suka aku, tapi dia lamar aku. Aku tak suka Ayden, tapi aku terima lamaran dia. Depan orang ramai pula tu!

Sah aku dah berjangkit dengan gila Ayden ni.

Sudah seminggu aku tidak berjumpa dengannya. Itu lebih baik. Aku boleh menganggap lamarannya itu semata-mata atas dasar mahu menjadi tumpuan pada malam tersebut. Tidak lebih dari itu.

Lenguh berlari, aku mengambil keputusan untuk menamatkan sesi bersenam dan pulang ke rumah. Jam sudah menunjukkan hampir lapan malam. Sudah sejam lebih aku di sini rupanya.

Aku keluar dari gyn dan menekan lif untuk naik ke apartment milikku. Air kosong di dalam tumbler aku minum rakus sambil menunggu pintu lif terbuka.

Tangan kanan menggagau ke dalam backpack untuk mencari kunci rumah namun tidak aku jumpai. Backpack aku bawa ke depan untuk memudahkan pencarian. Bahagian depan aku selongkar dan kunci aku jumpai.

"Jumpa pun." Aku mengangkat wajah dengan ceria namun ubun-ubun aku terhantuk benda keras. Mata aku kini memandang dada bidang seorang lelaki.

"Oh my god. Sorry. I tak sengaja." Ujarku kalut sambil mengundur ke belakang. Tangan kanan menggosok kepala yang terasa senak.

Aku langgar apa tadi? Dagu dia ke?

Lelaki di hadapan aku sudah menyilangkan tangannya. Wajah aku dongak perlahan untuk melihat tuan punya badan.

Ayden?!

"Yo.. You buat apa dekat sini?" Aku menyoal pantas. Tidak menyangka untuk berjumpa Ayden hari ini.

Ayden sudah menilik badanku atas bawah. Nasib baiklah backpack aku masih berada di perut. Kalau tak, mesti si pervert ni seronok jamu mata.

Pakaian pergi gym, seksi sikit tu normal lah kan?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pakaian pergi gym, seksi sikit tu normal lah kan?

"Mata tu letak mana kalau jalan? Patutlah bawa kereta main keluar je tak tengok side mirror. Yang you tengok I macam tengok hantu dah kenapa?" Semburnya lantang.

Aku memilih untuk tidak menjawab. Buat sakit hati adalah.

"Keisha, you tiba-tiba jadi bisu ke apa lepas nampak I ni?" Tanya Ayden lagi. Sengaja mahu menyakitkan hati. Aku tahu.

Pintu gril aku buka dan sewaktu ingin menutup gril, Ayden sudah memegang kemas. Menghalang aku daripada menutupnya.

"Lepaslah!" Marahku kasar.

AYDEN, My Kryptonite ♥️Where stories live. Discover now