𝗛𝗔𝗤𝗜𝗕 💌

514 33 31
                                    

Hari yang ditunggu tunggu oleh Puan Nadhirah dan Puan Sabrina.

Jam 6 pagi.

RING RING !!!

Hana terkejut dari lenanya itu apabila terdengar alarm yang dipasang darinya itu berbunyi. Dia terus bergegas bangun untuk pergi membersihkan dirinya terlebih dahulu sebelum menunaikan solat subuh bersama sama.

Harini status sebagai seorang gadis akan bertukar menjadi isteri kepada seorang jejaka yang baru sahaja dia kenali itu.

Selepas selesai mereka semua menunaikan solat subuh bersama sama itu , Hana hanya duduk di luar balkoni biliknya itu seketika.

Jam 8:30 pagi.

TOK , TOK

" Hana turun breakfast kejap " kata Zafran.

" Ha okay. " Jawab Hana menangguk. Dia terus bergegas untuk pergi turun ke bawah.

" Semua persiapan dah siap kan ? " Tanya Puan Nadhirah.

" Dah semalam mama. " Hana menangguk.

" Lega mama dengar. Kalau tak pagi ni dah kelam kabut ni kita nak siapkan tau. " Kata Puan Nadhirah tersenyum.

" Semalam Hana tidur pukul berapa ? " Tanya Puan Nadhirah lagi.

" Err dalam nak dekat pukul 11 macam tu baru Hana tidur mama. Kenapa ? " Jawab Hana tersengih.

" Ha nasib baik la Hana tidur awal. Kalau Hana bagitahu tidur pukul 12 tadi , memang kena la dengan mama. Bakal pengantin tak elok tidur lewat lewat tau. " Balas Puan Nadhirah.

Selepas selesai mereka semua bersarapan pagi , Hana hanya duduk di ruang tamu sahaja. Dia masih tetap santai sahaja lagi walaupun majlis akad nikahnya itu akan bermula pada petang ini.

" Mak cu !!! " Panggil Asyraf..

" Ya ucup ? Nak apa ? " Tanya Hana.

" Lepas ni mak cu dah tak duduk dekat rumah tok pa ke ? " Tanya Asyraf.

" Erm tak tahu lagi la ucup. Kenapa ucup tanya ? " Jawab Hana. Tangannya mengusap perlahan kepala anak buahnya itu.

" Nanti kalau mak cu dah kahwin , susah la kalau ucup nak jumpa mak cu. Ucup boleh jumpa mak cu dekat rumah tok pa je. " Kata Asyraf.

" Kalau ucup rindu dekat mak cu nanti , suruh la bonda call mak cu okay. Mak cu sayang ucup sangat sangat. " Jawab Hana. Dia terus memeluk satu satunya anak buahnya itu.

" Ucup pun sayangkan mak cu. " Balas Asyraf tersenyum.

Majlis akad nikah harini hanya dibuat di masjid sahaja. Untuk majlis ini hanya dibuat kecil kecilan sahaja. Hanya dipanggil ahli keluarga dan rakan rakan yang terdekat sahaja.

Jam 5  petang.

" Hana dah bersedia ? " Tanya Zafran.

" Bersedia apa nya ??? Orang takut la " marah Hana. Tangganya menepuk bahu abangnya itu.

" Relax okay. Yang nak salam dengan tok kadi tu Naqib bukannya kau dik. Selamat pengantin baru adik abang Zaf. Abang Zaf tumpang gembira tau. " Kata Zafran. Dia terus memeluk adik perempuannya itu.

" Dah jom lah tak payah nak berdrama sangat la " kata Nik Khairil.

Zafran dan Hana menangguk serentak.

" Mika dengar apa yang mama nak cakap ni. Walaupun Hana dengan Zafran nanti dah kahwin , Mika jaga lah diaorang tu dari jauh. Ingat ni pesan mama. Mana tahu la nanti mama dah takde. Ajal maut kan kita tak tahu bila. " Kata Puan Nadhirah.

Her Perfect Husband Where stories live. Discover now