𝗕𝗔𝗕 46

192 12 23
                                    

Tepat jam 8 malam , lahir la putera sulung mereka.

" Uwerk , uwerk "

Kedengaran tangisan bayi lelaki di labour room itu.

" Tahniah , Tengku. Tengku dapat anak lelaki. " Kata Doktor Aina.

" Alhamdullilah. " Kata Naqib tersenyum. Dia terus melakukan sujud syukur di situ.

" Terima kasih butterfly sebab dah bertarung nyawa untuk melahirkan anak kita. " Kata Naqib sambil mencium dahi isterinya.

Hana hanya tersenyum walaupun dia betul betul penat sekarang ini.

" Tengku , boleh keluar sekejap tak ? " Tanya nurse itu.

Naqib menangguk.

" Nanti saya panggil Tengku untuk azankan anak Tengku ya. " Kata nurse itu lagi.

" Baik. " Naqib menangguk. Dia terus berjalan keluar.

" Ha macam mana naqi ? " Laju Puan Sabrina bertanya.

" Haish awak ni sabar la sikit. " Kata Tengku Harraz. Kepalanya digelenggkan.

" Umi dengan baba dapat cucu lelaki " Jawab Naqib tersenyum.

" Alhamdullilah. " Kata Tengku Harraz dan Puan Sabrina tersenyum.

" Hana macam mana ? " Tanya Tengku Harraz.

" Okay je. Kejap lagi kot doktor pindahkan dia ke wad biasa. " Jawab Naqib menangguk.

Tengku Harraz menangguk.

" Ha kalau macam tu , lebih baik kita semua pergi solat dulu. Lagipun dah masuk waktu ni. " Kata Tengku Harraz.

" Tapi baba... " Kata Naqib.

" Solat dulu Naqib. Kita kena berterima kasih dekat Allah sebab dia dah permudahkan semuanya. " Kata Tengku Harraz. Tangannya menepuk bahu anak lelakinya itu.

" Baik baba. " Naqib menangguk.

Selepas selesai seorang nurse terus memanggil Naqib untuk pergi azankan anaknya itu.

" Assalamualaikum anak abi. " Kata Naqib tersenyum. Diusap perlahan pipi anaknya itu.

15 minit kemudian...

" Dah azan ? " Tanya Puan sabrina.

Naqib menangguk.

" Ha naqi , macam mana keadaan Hana ? " Laju Zafran bertanya apabila dia tiba di situ.

" Tadi lepas dia bersalin alhamdullilah okay je. Ni lepas naqi azankan baby tadi , doktor takde bagitahu apa apa la pulak. " Jawab Naqib.

" Kejap , naqi pergi jumpa doktor. " Kata Naqib.

" Aku ikut kau " kata Zafran.

Naqib menangguk.

TOK , TOK

" Masuk " kata Doktor Aina.

" Ya Tengku ? Ada apa yang saya boleh bantu ? " Tanya doktor Aina.

" Macam mana keadaan isteri saya ? Dia dah dipindahkan ke wad biasa ? " Tanya Naqib.

" Err... "

" Saya pun tak tahu nak bagitahu dekat Tengku macam mana sekarang ni. Tengku kena banyak banyak bersabar. " Kata Doktor Aina.

Naqib terkejut. Matanya mula berkaca.

" Doktor bagitahu je. Saya akan terima dengan hati yang terbuka. " Kata Naqib.

" Betul tu doktor. Bagitahu je keadaan Hana macam mana sekarang ni. " Kata Zafran pula.

" Keadaan Puan Hana selepas melahirkan tadi kurang stabi sedikit. Buat masa sekarang ni kamu terpaksa tahan dia di wad ICU. " Jawab Doktor Aina.

Her Perfect Husband Where stories live. Discover now