HUZAYL RYZARA | 85

650 40 11
                                    

15 TAHUN KEMUDIAN

"Sadaqallahulazim.." ucap beberapa orang di tanah perkuburan islam tersebut. Lelaki dewasa itu memandang ke arah kanan. Dia melihat ketiga tiga anaknya yang berada di sebelahnya itu.

"Rizkael, tolong ambik air yang kita dah bawak tadi. Rizyan ambik bunga yang abah letak dalam kereta. Rizya, pegang yasin ni." Kata Huzayl Qayyed sambil berdiri. Dia mencabut anak anak rumput supaya kubur kelihatan lebih kemas dan rapi.

Ku Rizya, Ku Rizyan dan Ku Rizkael hanya akur akan bapa mereka itu tanda faham. Setelah selesai membersihkan ke empat empat kubur tersebut, Huzayl Qayyed berjalan ke arah kubur pusara milik Ryzara Nazeqqa.

"Sayang.. harini dah 15 tahun sayang pergi tinggalkan abang dengan anak anak kita. Alhamdulillah abang jalankan tanggungjawab abang dengan baik. Abang akan berusaha tunaikan permintaan sayang sampai akhir nyawa abang." Ketiga tiga anak Huzayl Qayyed hanya memandang sepi.

"Abah.. Rizya rindukan mama.." kata Rizya Rose perlahan. Huzayl Qayyed menarik lembut anak perempuannya. Air mata sudah bertakung di tubir mata. Manakan tidak, makin dewasa wajah Ku Rizya itu sangat sebijik dengan wajah Ryzara Nazeqqa.

Ku Rizkael hanya memandang sepi sambil mengusap batu nisan arwah mamanya. Ku Rizyan pula hanya berdiri di sebelah Huzayl Qayyed.

"Abah pun rindukan mama. InsyaAllah lepas ni kita datang lagi sini melawat mama, tok ayah, tok mak dengan pakcik qayyum. Dah jom balik."

Huzayl Qayyed berjalan diikuti dengan pasangan kembar tiga tersebut. Hatinya sangat perih setiap kali dia datang ke tempat ini. Ini kerana tempat inilah terletaknya pusara orang orang kesayangan Huzayl Qayyed.

Air mata diseka. Dia tidak mahu anak anaknya melihat dirinya lemah walaupun sudah jelas lagi dan nyata dia memang lemah. Tetapi harus kuat demi membesarkan anak anaknya.

×××

"Abang dah balik? Maaf Areen tak boleh follow abang pergi melawat kubur arwah." Huzayra Qayreen tersenyum nipis. Kandungan berusia 8 bulan yang sudah sarat tersebut diusap perlahan.

Huzayl Qayyed hanya angguk perlahan. Dia melabuhkan punggung dan bersandar pada kerusi sofa yang berada di ruang tamu. Lengan tangan kanan naik menutup muka. Penat.

Kembar tiga tersebut sudah naik ke tingkat atas untuk membersihkan diri sendiri. Ku Rizyan hanya memandang Hariz Anaqi yang baru turun dari tingkat atas.

Huzayra Qayreen hanya menggeleng perlahan melihat sikap abang sulungnya itu. Tetapi dia faham.

Syabil Zafiy yang berada di dapur juga hanya memandang Huzayl Qayyed. Dia meletakkan pinggan lalu disusun diatas meja.

"Ibu masak ape harini?" Kata Hariz Anaqi merangkap kepada anak Syabil Zafiy dan Huzayra Qayreen sambil duduk di kerusi dapur.

"Ibu masak simple je harini. Tomyam, telur dadar je. Ibu dah tak larat nak berdiri lama lama la sayang." Balas Huzayra Qayreen sambil mengusap ubun ubun Hariz Anaqi.

"Mana adik Hani?" Tanya Syabil Zafiy kepada anak lelakinya itu.

"Entahla dia, Hariz dah panggil dah dia tadi. Kejap lagi dia turun la tu. Tah buat ape tah dalam bilik lama lama. Tantah dah ade boyfriend kot." Kata Hariz Anaqi.

"Mana boleh Hani ade boyfriend! Ayah tak benarkan!" Syabil Zafiy membulatkan matanya. Huzayra Qayreen hanya ketawa sambil melabukan punggungnya pada kerusi sebelah anaknya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 08, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HUZAYL RYZARA Where stories live. Discover now