HUZAYL RYZARA | 04

4.9K 149 5
                                    

Jam menunjukkan pukul 12 malam. Kereta minicooper dan motorsikal berkuasa tinggi langsung tidak kelihatan di kediaman rumah banglo 3 tingkat itu.

"Mana pulak la dua orang ni pergi. Dah pukul 12 malam pun tak balik balik lagi." Kata Huzayra Qayreen sambil berulang alik didalam rumah dihadapan cermin besar rumah banglo itu.

Telefon bimbit dicapai. Nombor Syed Huzayl Qayyed didail. Lalu dia menekapkan telefon ditelinganya.

"Nombor yang anda da-" Huzayra Qayreen mandail nombor Ryzara Nazeqqa pula. Tidak lama kemudian sesorang menjawab panggilan tersebut.

"Hello?" jawab seseorang bersuar garau di dalam panggilan telefon milik Huzayra Qayreen.

"Eh, Abang Huzayl? Kenapa telefon kak Ryzara dekat abang?" Tanya Huzayra Qayreen dalam keadaan risau.

"Ryzara hilang," jawab Huzayl Qayyed dengan nada yang agak perlahan. Risau dengan apa yang terjadi.

"Apa abang merepek ni. Takkan la kak Ryzara kena culik. Jangan main main la abang. " Kata Huzayra Qayreen cuba untuk menyedapkan hati sendiri.

"Kau nampak aku main main ke? Kalau aku main main dah lama la Ryzara tu balik!" tengking Huzayl Qayyed didalam talian.

Jantung Huzayra Qayreen berdegup kencang apabila mendengar berita itu. Tidak sangka malapetaka menimpa Ryzara Nazeqqa.

"Areen call mama. Mana boleh mama tak tahu hal ni. Lagi 2 hari mama dengan papa balik" Baru sahaja Huzayra Qayreen hendak menutup talian tiba tiba suara garau di dalam talian berbunyi lagi.

"Areen, jangan call mama. Aku akan selesaikan hal ni. Aku dengan Idzham akan cari dia. Reen duduk rumah kunci pintu pastu tidur. Jangan tunggu aku balik," Talian terus ditutup sebaik sahaja Huzayl Qayyed memberi pesan.

Huzayra Qayreen terus mengunci semua pintu di dalam rumah itu. Risau terhadap apa yang berlaku. Di dalam hati dia berdoa supaya tiada apa apa yang berlaku terhadap Ryzara Nazeqqa.

×××

"Hello Idz! Kau tolong aku sekejap! Kau pergi panggil budak budak Rosez's datang mansion aku. Ada hal penting aku nak bincang." Huzayl Qayyed terus mematikan talian.

Kunci kereta adiknya diambil lalu dikunci. Dengan pantas dia menuju mansionnya.

×××

"Asal ni bro?" tanya Idzham Shah apabila kelibat Huzayl Qayyed tiba memasuki mansion tersebut.

"Ryzara hilang masa pergi beli barang dapur." Kata Huzayl Qayyed lalu dia mencapai laptop milik Rosez's.

"Idzham, aku nak kau hack sistem. Cari lokasi Ryzara sampai jumpa. Kalau tak, kau faham faham lah. Yang lain siapkan diri aku akan panggil korang bila Idz dah jumpa lokasi Ryzara. Syabil kau ikut aku. Hud, Khai kau backup aku dengan Syabil nanti." Huzayl Qayyed dan Syabil Zafiy berlalu.

Idzham Shah mencapai laptop yang diberikan lalu dengan lincah dia menekan papan kekunci.

×××

Huzayl Qayyed dan Syabil Zafiy berhentikan motor mereka di kawasan berdekatan dengan pasar raya.

"Hud, kau hack sistem cctv pasar raya ni. Padam semua lampu. Kau hack cctv kat tempat ni dalam pukul 7-10 malam tadi. Khai kau awasi kami dengan baby kau tu." kata Huzayl Qayyed sambil menunjuk ke arah sniper di dalam kereta yang dinaiki oleh Idzham Shah.

HUZAYL RYZARA Where stories live. Discover now