HUZAYL RYZARA | 20

4.5K 137 1
                                    

"Korang dah kat airport ke? Tunggu aku kat sana. Aku nak gerak dah dari rumah." kata Huzayl Qayyed lalu dia membawa beg bagasi kecil miliknya. Panggilan dimatikan.

"Hati hati kat sana. Saya sayang awak" Huzayl Qayyed terkaku mendengar ayat daripada isterinya. Terharu ada juga apabila ayat begitu keluar dari mulut perempuan itu.

"Amboi jangan buat drama pagi pagi buta ni" Huzayra Qayreen turun daripada tangga dengan senyuman mabis terukir dibibirnya.

Huzayl Qayyed menayangkan muka dingin. Ryzara Nazeqqa pula hanya mendiamkan diri. Terasa perkataan sayangnya tidak terbalas. Dia tahu lelaki itu mana pernah nak sayang akan dirinya. Keluhan dilepaskan.

Tiba tiba bunyi loceng rumah menandakan ada orang menekan suis loceng tersebut.

Huzayl Qayyed terus membuka pintu sambil membawa begnya. Dia melihat Syabil Zafiy dan juga Hud Riezmir berada di depan pagar rumah banglo tiga tingkat tersebut.

"Aku harap korang jaga diorang dengan baik. Jangan sampai musuh serang diorang berdua. Kalau tak. Korang aku campak dekat loji." Huzayl Qayyed memasuki kereta drivernya. Pak Amin bergerak keluar dari perkarangan rumah.

"Boleh saya tahu nama awak apa?" tanya Ryzara Nazeqqa sambil tersenyum ke arah lelaki yang berada di sebelah Hud Riezmir itu.

"Nama aku Tengku Syabil Zafiy. Panggil Abil or Syabil je." balas Syabil Zafiy. Matanya terus memandang perempuan disebelah Ryzara Nazeqqa. Senyuman dihadiahkan kepada Huzayra Qayreen.

"Awak pulak saya dah tahu? Hud erm Hud Izmer?" Ryzara Nazeqqa memandang Hud Riezmir. Lelaki itu hanya memandang Ryzara Nazeqqa tanpa menjawab soalan gadis itu.

Tiba tiba Syabil Zafiy mengetuk kepala Hud Riezmir daripada belakang.

"Aduh! Sakitlah lembu!" Hud Riezmir menggosok sedikit belakang kepalanya.

"Bini Zeyl tu woi. Kau pandang macam nak terkeluar biji mata kau. Ha Ryzara nama dia Hud Riezmir." balas Syabil Zafiy. Huzayra Qayreen ketawa kecil.

"Takda la weh. Ryzara ni lawa gila siot. Macam orang cina. Masa dia kahwin dengan Zeyl haritu aku dapat tengok dari jauh je. Ni dekat weh ahahah. Lawa doh" puji Hud Riezmir.

"Takda la, biasa je. Okay kita harini kena keluar sama sama sebab Huzayl suruh. Jom lets go!" dengan semangat Ryzara Nazeqqa memasuki ke dalam kereta.

"Happynya kakak ipar kau Areen" Syabil Zafiy memandang Ryzara Nazeqqa yang tersenyum senyum di dalam kereta mewah tersebut.

"Biasalah. Dia dah lama tak keluar rumah. Keluar pun pergi kerja. Dah jom la. Aku nak tengok wayang harini. Frozen 2 keluar." Huzayra Qayreen membuka pintu penumpang belakang. Dia duduk disebelah Ryzara Nazeqqa. Pintu ditutup.

"Jom la, kita happykan anak anak kita. Baby drive harini. " Hud Riezmir memasuki tempat penumpang disebelah tempat pemandu.

"Dasar gay betul. Tahu la alone takda partner" Syabil Zafiy memasuki ke tempat pemandu. Shopping Mall dituju.

×××

"Zeyl! Kenapa minah ni ada sekali? Habis la hidup aku!" jerit Khairil Izfar di KLIA2 itu.

"Eh Khai. Kau diam jela. Kita perlukan seseorang untuk menyamar. Lagipun dia ni reti bahasa Itali. So aku kena la bawak ahli kita yang ni" Huzayl Qayyed memandang Khairil Izfar dengan sengihan.

"Antara ramai ramai musuh kita. Dia ni musuh nombor satu aku kau tahu tak. Aku benci dia sejak dia malukan aku kat Starbucks haritu. Tahu la aku tak reti beli air kat starbucks tu. Aku akan ingat tau!" dia melihat sekelilingnya sudah tidak ada sahabatnya. Mereka semua sudah berjalan dahulu. Malas mahu mendengar bebelan daripada abangkai ni.

HUZAYL RYZARA Where stories live. Discover now