HUZAYL RYZARA | 53

3.5K 131 14
                                    

"Kau sebenarnya ikhlas ke tak dengan aku lepas kau dapat tahu perkara ni?" kata Huzayl Qayyed sambil duduk di birai katil.

"Kenapa awak cakap macam tu?" balas Ryzara Nazeqqa. Perempuan itu berlajan perlahan menghampiri Huzayl Qayyed.

"Ek? Aku tanya kau, kau tanya aku balik? Answer me first." Huzayl Qayyed memandang redup isterinya itu.

"Saya ikhlas awak, saya kena redha dengan ketentuan ilahi. Walaupun jodoh saya bukan Huzeyn tapi DIA dah gantikan Huzeyn dengan awak Huzayl. Dah tertulis dekat suratan takdir hidup saya yang saya bersama dengan awak. Saya kena terima takdir." balas Ryzara Nazeqqa sambil tersenyum manis.

Huzayl Qayyed terpana. Dia tidak sangka ini jawapan daripada perempuan yang berada di hadapannya ini.

"Kau yakin? Okay.. So.. Kau masih sayangkan Huzeyn?" tanya Huzayl Qayyed lagi. Matanya memandang Ryzara Nazeqqa dengan penuh berharap.

"Mestilah saya sayangkan dia Huzayl.. Waktu saya sampai negara ni. Dialah orang pertama yang nak berkawan dengan saya masa saya kat sekolah. Walaupun saya miskin dia tak pernah pandang latar belakang saya."

"Wait what? Sampai negara ni? Kau.. Tak lahir dekat sini?" tanya Huzayl Qayyed pelik. Eh minah ni dari mana China?

"Tak, saya tak lahir dekat sini Huzayl. Saya lahir dekat Korea. Mama saya orang Korea abah saya orang Malaysia." Jelas nampak riak terkejut dari wajah kacak itu.

"Apa? Jangan la buat muka macam tu macam tak pernah nampak orang. Selama ni awak ingat saya ni orang apa? Cina?" kata Ryzara Nazeqqa sambil ketawa kecil melihat riak suaminya itu.

"Yela aku ingat kau ada keturunan cina. Aku nak kau cerita pasal diri kau boleh tak? Aku taknak kita ada apa apa rahsia lagi dah. Dan lepas kau jujur semua benda. Aku akan bagi tahu kau rahsia besar aku sampai aku terpaksa pergi Itali dan hampir mati waktu tu." kata Huzayl Qayyed kembali serius.

Ryzara Nazeqqa terkedu. Ya! Ini lah yang dia tunggu. Dia ingin bertanya kepada suaminya apa terjadi pada lelaki itu sehingga ibu bapanya dan dia terpaksa ke Itali. Ryzara Nazeqqa menarik nafas sebelum mula bercerita.

×××

"Abah, kenapa kita kenapa kita datang sini? Kenapa tak stay dekat korea?" kata seorang remaja berumur 13 tahun itu.

"Eqqa, abah lahir dekat sini. So abah datang nak jenguk atuk nenek kamu then kita akan balik semula ke korea bila dah tiba masanya." kata seorang lelaki muda yang berumur dalam 30-an

"Mama, Eqqa lapar. Nak makan." kata budak kecil bernama Eqqa itu. Perempuan muda itu memandang anaknya sambil tersenyum.

"Ya sayang, sebelum daftar sekolah kamu kita pergi makan ya dengan abah" Eqqa hanya menggangguk sambil tersenyum girang.

Selepas bersarapan keluarga kecil itu hadir ke sebuah sekolah untuk mendaftar sekolah menengah anak mereka.

Selepas mereka masuk ke dalam kawasan sekolah lelaki berumur 30-an itu berhenti daripada terus berjalan.

"Kenapa ni abang?" tanya isterinya sambil memandang lelaki itu. Tangan kanan erat memegang tangan Eqqa.

"Abang tak tahu pejabat dekat mana." kata lelaki tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

HUZAYL RYZARA Where stories live. Discover now