HUZAYL RYZARA | 41

3.9K 122 0
                                    

Luqman Fizham dan Azura Sofea berjalan ke sebuah cafe dimana pertama kali mereka berjumpa.

Mereka melabuhkan punggung pada kerusi masing masing. Selepas itu mereka memesan makanan dan minuman sebelum mereka menatap antara satu sama lain.

"So next plan?" kata Azura Sofea beku. Dia memandang suaminya itu tajam.

"Plan? Aku takda plan lagi buat masa ni. Tunggu Huzayl settlekan dulu semua masalah. Then war will start." balas Luqman Fizham dengan nada yang sama. Nada beku.

Sedang mereka berbual tiba tiba ada seorang perempuan tersungkur di sebelah Luqman Fizham. Lelaki itu hanya memandang tanpa perasaan sahaja. Lalu dia memandang Azura Sofea yang sedang terkejut itu.

Rambut pekerja perempuan itu terjuntai kebawah membuatkan mukanya tidak nampak oleh mereka berdua. Luqman Fizham hanya mengalihkan pandangan ke tempat lain.

Azura Sofea melihat tiada riak di wajah suaminya. Lalu dia turun dari kerusi menolong pekerja perempuan yang terjatuh itu.

"Kau ni takda perasaan nak tolong ke apa?" marah Azura Sofea kepada Luqman Fizham.

"Haram kalau aku nak sentuh, kau bolehla aku sentuh bagai" kata Luqman Fizham dengan tenang.

Azura Sofea memandang tidak percaya suaminya itu. Mamat ni aku pijak sat gi. Tapi ada betulnya jugak. Papelah!

"Awak okay?" tanya Azura Sofea cemas. Pekerja perempuan itu hanya mengangguk sambil cuba berdiri sambil ditolong oleh Azura Sofea.

"O-okay. Terima kasih" pekerja perempuan itu berjalan perlahan lahan pergi daripada situ.

Luqman Fizham hanya mengabaikan sahaja mereka berdua. Malas mahu buat drama di dalam cafe seperti ini. Sudahlah dirinya diperhati ramai orang kerana kekacakkan yang ada padanya.

"Kau ni teruk la. At least tolong la sikit tanya okay ke tak ke apa ke. Hati batu!" marah Azura Sofea.

"Kalau aku tolong dia kau tak jeles? Kau tak kesah aku tolong perempuan luar sana? Kau tak kesah kalau aku sentuh diorang? Kau sebagai isteri aku memang kau takkan kesah? Macam tu?" Luqman Fizham bertanya dengan nada tenang.

Azura Sofea mendiamkan diri memandang suaminya yang beku itu. Dia sudah lali dengan perangai si beku. Sejak awal perangai suaminya memang tidak romantik langsung baginya. Kasar dan kasar.

Disebalik dinding ada seseorang sedang mengalirkan air mata melihat pasangan suami isteri itu.

"Kenapa awak tinggalkan saya tanpa alasan Luqman.. Awak terus pergi macam tu je.. Sampai hati awak." rintih seseorang tersebut.

×××

Huzayl Qayyed memasuki ruang VVIP itu. Dia melihat wajah isterinya tenang sebelum memandang ke arah perut kempis perempuan itu.



"Maafkan abang sebab lambat datang jenguk sayang. Abang salah. Semua salah abang." kata Huzayl Qayyed sayu.

Perlahan lahan tanganya mengelus lembut rambut yang terjuntai di dahi isterinya itu. Tiba tiba mata perempuan itu terbuka dengan perlahan.

Anak mata perempuan itu memandang lelaki yang berada di depannya sekarang itu. Dia memandang lama sebelum air mata mengalir.

"Otak aku dah rosak agaknya asyik nampak orang yang dah mati banyak kali" kata Ryzara Nazeqqa perlahan sebelum dia memejamkan matanya kembali.

Huzayl Qayyed terkaku dengan ayat isterinya itu. Dia hanya memandang tanpa bicara. Sayu hatinya melihay keadaan isterinua yanh tidak teratur itu.

"Sayang.. Ni betul betul abang. Abang belum mati lagi sayang. Syed Huzayl Qayyed anak kepada Syed Ismail masih hidup. Dan dia berada di depan sayang sekarang ni." Huzayl Qayyed berkata dengan nada yang lembut. Panggilan juga sudah ditukar.

Ryzara Nazeqqa membuka matanya kembali. Dia memandang lelaki dihadapannya tidak percaya. Perlahan lahan dia cuba duduk.

Huzayl Qayyed mahu menolong tapi ditepis kuat oleh Ryzara Nazeqqa. Lelaki itu terkejut isterinya yang lembut sudah tidak ada lagi.

"Macam mana kau boleh hidup? Bukannya kau dah mati masa pergi Itali? Apa yang kau buat ni Huzayl?" tanya Ryzara Nazeqqa beku.

Sekali lagi Huzayl Qayyed terkejut dengan isterinya itu. Panggilan lembut yang selalu dia dapat juga sudah tidak ada lagi. Dia memandang Ryzara Nazeqqa lembut.

"Maafkan abang, Ryzara. Abang tahu abang salah pergi tinggalkan sayang dengan keadaan terkontang kanting sambil bawak anak kita selama dua bulan abang-" belum sempat lelaki itu menghambiskan ayatnya. Malah dipotong oleh Ryzara Nazeqqa.

"Anak kau? Sorry correction! Dia anak aku! Dan disebabkan aku tertekan yang melampau aku hilang anak aku! Semua sebab kau Huzayl! SEMUA SEBAB KAU!" jerit Ryzara Nazeqqa lantang.

"Abang tahu ni semua salah abang. Then im sorry. Abang nak tebus kesalahan abang. Abang akan buat apa apa sahaja yang sayang nak." balas Huzayl Qayyed tenang walaupun dirinya sudah tidak tenang.

"Tebus?! Tebus kau cakap?! Kau ingat senang ke nak dapat anak? Kau ingat petik jari anak tu terus ada? Kau pergi mana masa aku perlukan kau Huzayl. Kau mana? Aku sangat sangat perlukan kau masa tu tapi kau takda. Kau selalu takda masa aku perlukan kau. Kau selalu hilang masa aku perlukan kau. Kau memang suami tak guna Huzayl. Sekarang aku menyesal tunaikan permintaan mama suruh kahwin dengan kau. Aku menyesal kahwin dengan lelaki yang takda hati perut. Yang kau tahu hanya lepaskan nafsu dekat aku! Kenapa lah semua lelaki yang aku kenal semua tak guna! Bodoh! Aku benci hidup aku!" jerit Ryzara Nazeqqa. Air mata sudah berjurai jurai jatuh ke pipi.

Huzayl Qayyed cuba bertenang. Dia perlu memahami perasaan seorang perempuan yang baru kehilangan anak. Dia juga emosi kerana anaknya sudah tiada apalagi Ryzara Nazeqqa semestinya lagi emosi daripada dirinya.

"Yes, abang tahu abang salah. Abang takda masa sayang perlukan abang. Dan abang bukannya lepaskan nafsu! Tapi abang buat macam tu sebab abang sayangkan Zara! Abang sayang Ku Ryzara Nazeqqa! Isteri abang! Bukan sebab abang saja saja lepas nafsu! Abang pun nak ada anak sendiri dengan sayang! Abang mengaku abang pernah cakap abang taknak ada anak keturunan daripada sayang. Tapi suami mana dalam dunia ni taknak anak?! Suami mana dalam dunia ni taknak ada anak dengan isteri yang dia cinta?! Jujur abang cakap abang terasa bila sayang sebut nama John waktu abang try jalankan tanggungjawab batin pertama kali! Abang cuba faham keadaan sayang yang masih trauma waktu tu. Dan ini yang abang dapat?!" lantang Huzayl Qayyed bersuara. Dia cuba memahami. Tapi dia juga beremosi apabila dirinya dituduh melepaskan nafsu.

Ryzara Nazeqqa memandang suaminya itu. Dia terkejut dengan luahan suaminya. Tidak sangka itu yang dipendam suaminya selama ini.

Ryzara Nazeqqa memeluk suaminya itu sambil menangis teresak esak. Tapi lelaki itu sepeti tiang lampu langsung tidak membalas pelukan isterinya.

"Maafkan Zara, abang. Maafkan Zara. Zara terlalu marahkan abang sebab tinggalkan Zara macam tu je. Maafkan Zara" pelukan semakin kuat.

"Janji dengan abang jangan sakit sakit macam ni lagi." Perlahan lahan Huzayl Qayyed membalas pelukan isterinya itu. Dia menepuk nepuk perlahan belakang Ryzara Nazeqqa. Hati lelaki mana yang tidak runtuh apabila seseorang perempuan yang bergelar isteri menangis sambil memelum erat badan mereka?

Ryzara Nazeqqa hanya menangis tanpa menghiraukan kata kata suaminya itu. Huzayl Qayyed pula sudah mengeluh perlahan. Dia terasa bahunya sudah basah. Sah sah la air mata isterinya. Dibiarkan sahaja isterinya menangis dibahunya. Dia tahu isterinya banyak melalui takdir yang memeritkan.

×××

VOTE AND SUPPORT TILL END!

HUZAYL RYZARA Where stories live. Discover now