HUZAYL RYZARA | 62

3K 132 17
                                    

"Syabil! Qayreen!" panggil Huzayl Qayyed dari bawah. Ryzara Nazeqqa pelik melihat suaminya yang seperti kelang kabut itu.

Tidak lama kemudian Syabil Zafiy dan Huzayra Qayreen turun sambil membawa beg.

"Korang dah siap? Okay boleh gerak dulu pergi sana. Nanti aku dengan Ryzara gerak." Pasangan muda itu hanya mengangguk sahaja dari situ lalu terus melangkah pergi.

"Diorang nak pergi mana? Kita nak pergi mana?" tanya Ryzara Nazeqqa yang polos itu.

"You know kan Ryslanez aku cerita haritu. Dia dah sampai sini sayang. Untuk ketatkan lagi keselamatan kita semua akan berkumpul satu rumah." jawab Huzayl Qayyed sambil memegang kedua dua bahu Ryzara Nazeqqa.

"Satu rumah? Maksud awak dengan kawan kawan mafia awak tu? So wife diorang pun ada la semua? Alissa ada?" tanya Ryzara Nazeqqa lagi tidak percaya.

"Ye sayang, semua ada kat sana nanti. Areen pun on the way pergi sana juga. So jangan risau sangat lah. Ini demi keselamatan kita juga." kata Huzayl Qayyed sambil tersenyum manis. Ryzara Nazeqqa terkaku. Ini kali pertama dia melihat Huzayl Qayyed senyum seperti itu.

Senyuman itu nampak manis dimata Ryzara Nazeqqa. Tapi bagi Huzayl Qayyed itu adalah senyuman paling pahit untuk dia ukir. Dia tersenyum begitu untuk menyedapkan hati kesayangannya sahaja.

Selepas itu mereka berdua bersiap siap untum ke mansiom mewah milik Huzayl Qayyed. Semasa perjalanan ke mansion.

Huzayl Qayyed melihat kereta yang amat dikenalinya sedang berada di tepi jalan. Jalan itu paling sunyi. Kiri kanan hanya hutan sahaja. Untuk menyedapkan hati Huzayl Qayyed hanya mengabaikan.

"Awak, tu bukan kereta Syabil dengan Areen ke? Laborghini merah. Kenapa diorang stop sini?" kata kata Ryzara membuatkan hati Huzayl Qayyed berdegup kencang. Dia memandang isterinya tidak percaya. Takkan diorang....

"Kau call Areen!" Tangan terus laju menelefon Syabil. Ryzara Nazeqqa pula cepat cepat menelefon adik iparnya.

Dua dua tidak angkat telefon mereka. Huzayl Qayyed menumbuk kuat stereng kereta. Shit! Nombor Idzham Shah pula didail.

"Helo?! Idz korang semua dah sampai mansion ke belum?" tanya Huzayl Qayyed tegas. Ryzara Nazeqqa hanya diam. Takut untuk menyampuk. Kang dia sekali terkena tempias.

"Kitorang dah sampai, Hud je belum ada. Tadi dia kata dah nak sampai dah. Kejap lagi sampai la tu." jawab Idzham Shah.

"Fakof! Kau cakap kat dia masa lalu jalan bengkang bengkok macam ular tu bawak laju laju. Jangan slow kereta!" tambah Huzayl Qayyed lagi.

"Apa jadi bodoh?! Asal kabut nak mampus sangat ni?!" tanya Idzham Shah dari dalam talian.

"Syabil dengan adik aku diorang dah dapat! Kereta diorang tersadai kat tepi jalan ular tu dengan pintu terbukak takda orang" kata Huzayl Qayyed cuba bertenang.

"Okay, kau stay safe! Aku call Hud sekarang. Pastu aku nak pergi cari location Syabil." kata Idzham Shah terus mematikan talian.

Huzayl Qayyed mengetap gigi menahan amarah. Kau memang cari pasal la orang tua bangka! Nak mampos dah pun still menyusahkan orang!

Telefon dihulur ke Ryzara Nazeqqa. Dia terus menekan minyak untuk melajukan lagi keretanya.

×××

"Kau memang setan la Qizman! Lepaskan aku la babi!" maki Syabil Zafiy kuat.

"Hahahaha! Terima kasih dekat atuk isteri kau tu la! Aku dapat lampu hijau dari atuk dia. Now target aku Ryzara. Actually kalau aku tak dapat Ryzara pun tak apa. Sebab aku tahu dia akan tersiksa jugak kalau Ryslanez dah dapat diorang." jawab seorang perempuan.

HUZAYL RYZARA Where stories live. Discover now