HUZAYL RYZARA | 56

3.3K 121 3
                                    

Selepas kematian Huzeyn Qayyum. Huzayl Qayyed bukanlah Huzayl yang dahulu. Dia menjadi seorang yang amat beku. Keras kepala. Hubungannya dengan Syed Ismail juga makin regang.

Huzayl Qayyed duduk berbaring pada katilnya sambil memandang siling biliknya yang ada pantulan cermin.

Tiba tiba dia teringat kata kata terakhir Huzeyn Qayyum dihospital dahulu. Dia mengambil surat pertama yang bersampul berwarna ungu lembut.

Dia membaca satu persatu. Hatinya beku. Perasaannya seperti sudah mati. Pagi itu dia terus pergi ke sekolah private dimana Ryzara Nazeqqa bersekolah.

Dia menulis nama tarikh dan tandatangan pada pondok guard sekolah private itu. Terpegun juga dia melihat sekolah itu.

Dia berjalan pada blok kelas aliran yang diambil Ryzara Nazeqqa. Dia tahu semuanya tentang perempuan itu kerana Huzeyn Qayyum memintanya baca buku diari milik Huzeyn Qayyum. Semua pasal Ryzara sudah tertulis pada diari itu.

Selepas dia mengenal pasti mana satu tempat duduk Ryzara Nazeqqa. Dia meletakkan surat berwarna ungu lembut di bawah meja perempuan itu yang ditulis oleh Huzeyn Qayyum sendiri.

Waktu itu waktu rehat jadi tiada siapa di dalam kelas. Huzayl Qayyed terus beredar daripada situ dan terus balik kerumah.

Selepas sahaja waktu rehat Ryzara Nazeqqa perasan ada satu surat berwarna ungu lembut di bawah mejanya. Ya, Huzayl Qayyed memang sengaja ingin meletakkan disitu kerana lebih mudah nampak.

"Siapa pula bagi surat ni? Nak ngorat aku ke?" kata Ryzara Nazeqqa. Dia membuka sampul surat tersebut.

Baru sahaja dia membuka surat itu. Dia terbau satu minyak wanyi. Dia menghidu kertas tersebut. Ya, bau wangi tersebut datang dari kertas ini.

Dia membuka kertas bersaiz A4 tersebut. Dia masih berdiri di tempatnya lalu kemudian membaca satu persatu isi di dalam surat itu.

Assalamualaikum, Ku Ryzara Nazeqqa Ku Fiz Hairi.

Aku ada sesuatu nak bagi tahu kau. Maybe ini surat terakhir aku untuk kau sebelum aku pindah ke luar negara.

So mula mula sekali aku nak cakap. Kau lupakan jelah aku. Aku dah takda hati dekat kau. Kau useless terlampau naif dan bodoh.

So aku taknak la stay dengan kau yang bodoh ni. So i out. Aku dah tak sanggup nak dengan kau.

Aku mengaku selama ni aku tak ikhlas. Aku dengan kau pun sebab kau lawa. Kau cantik. But now i found someone more pretty and sexy than you.

Kalau aku stay dengan kau pun aku tak dapat apa pun. Kau miskin takda harta langsung walaupun kau daripada keluarga keturunan Ku. So takda sebab aku nak stay dengan kau.

Kau dah boleh benci aku. Kau buang la aku. Aku dah tak kesah pasal kau lagi perempuan. Pergi hidup dengan tenang tanpa aku. Aku dah tak perlukan kau.

From your ex,
Syed Huzeyn Qayyum

Terus perempuan itu menangis sebaik sahaja dia menghabiskan ayat pada surat tersebut. Hatinya sebak. Kenapa tiba tiba lelaki ini membenci dirinya.

HUZAYL RYZARA Where stories live. Discover now