04

74 19 2
                                    

"Nah,"

Seoyeon menyambut huluran air tin yang baru dibuka Hanbin buatnya itu. Kini, mereka berdua sedang berada di tepi Sungai Han sambil menikmati ayam goreng yang dipesan Hanbin tadi.

"Thank you,"

"Sorry, sebab semalam aku lupa. Aku tertidur waktu tengak semak kertas kerja yang diorang buat," Hanbin bersuara dengan nada serba salah.

"Banyak sangat ke kerja korang? Mesti penat kan?" soal Seoyeon.

"Selagi program tu tak selesai, selagi tu lah kerja takkan selesai,"

"Maksudnya, kita akan makin jarang lah boleh jumpa?" soal Seoyeon.

Hanbin terdiam. Dia faham maksud Seoyeon. Ini kerana, sejak dia menerima jawatan sebagai presiden majlis pelajar, masanya buat gadis itu kian terbatas.

"Seoyeon ah, kita dah pernah cakap kan tentang ni?"

Seoyeon mengetap bibirnya sambil mengangguk. Ya, dia sendiri sudah sedia maklum akan hal itu. Sebelum dia bercinta dengan Hanbin pun, dia tahu betapa sibuknya lelaki itu.

Di sekolah, Hanbin merupakan pelajar yang aktif dengan kelab dan sukan. Sebut sahaja Sung Hanbin, semua orang mengenalinya kerana dia sering terlibat dalam pelbagai aktiviti di sekolah.

"Hanbin ah, weekend ni kalau aku ajak kau teman aku beli hadiah untuk Appa aku boleh?" Seoyeon cuba mengubah topik.

Hanbin mengusap belakang lehernya.

"Seoyeon ah, aku belum beritahu kau ya?"

"Beritahu apa?"

"Start minggu ni, setiap kali weekend, aku kerja part time dekat kedai Uncle aku. Jadi-,"

"Jadi lepas ni weekend pun kau akan busy? Okay, faham,"

Seoyeon menanggalkan plastik sarung tangan yang digunakan sewaktu makan tadi.

"Aku dah kenyang. Jom lah balik,"

Hanbin nampak perubahan di wajah gadis itu.

"Seoyeon ah, kau marah?"

"Kalau aku marah pun, takde apa yang berubah kan? Takpe Hanbin, aku faham. Macam Jiwoong cakap, aku yang pilih kau. Jadi, aku kena terima yang kau ni seorang yang banyak komitmen dan selalu takde masa. Aku faham,"

Attention Where stories live. Discover now