08

56 17 0
                                    

Hujung minggu muncul lagi. Dan seperti selalu, Han Seoyeon akan berada di rumah. Cuma bezanya, hari itu dia berseorangan.

Ibu bapanya terpaksa ke hospital kerana perlu menggantikan doktor yang menghadiri kursus di luar daerah.

Dan Jiwoong juga tiada kerana keluarga lelaki itu pulang ke kampung halaman mereka selama dua hari. Jadi tinggal lah Seoyeon sendiri, menghabiskan waktunya.

"Lapar," perutnya diusap.

Jam di dinding diperhatikan. Sudah jam tiga petang.

"Tak salah kan kalau aku cuba call Hanbin,"

Telefon bimbit dicapai dan nombor lelaki itu terus didial. Kurang sepuluh saat, panggilannya dijawab.

"Hanbin!"

"Eo, kenapa Seoyeon ah?"

"Dah habis kerja?"

"Tak. Aku cuti lah hari ni,"

Seoyeon terdiam.

"Kenapa tak cakap? Kau tahu tak, aku hampir mati kebosanan kat rumah ni. Makan pun belum," adu Seoyeon.

"Kenapa tak makan? Kau kan ada gastrik. Nanti sakit macam mana?"

Seoyeon tersenyum. Suka mendengar bebelan dari Hanbin.

"Kalau aku ajak kau keluar boleh? Kita pergi makan. Nak tak?" soal Seoyeon ceria.

"Aku penat lah Seoyeon,"

"Tapi aku lapar," Seoyeon mencebik, walau dia tahu lelaki itu takkan dapat melihat riak rajuknya saat itu.

"Nak makan apa? Aku pesankan,"

"Tak nak. Aku nak makan dengan kau,"

Keluhan kecil terdengar di hujung sana.

"Aku betul-betul malas nak keluar hari ni Seoyeon ah. Aku pesankan pizza boleh? Ke nak ayam goreng pedas? Atau kau ada nak makan makanan lain?"

"Eo. Ada, aku teringin nak makan macam-macam. Tapi, aku nak makan semua tu dengan kau," ujar Seoyeon sebelum dia terus mematikan talian.

"Susah sangat ke nak ajak makan sekali," air matanya dilap.

Sakit hati dengan Sung Hanbin, kepalanya disembamkan di bantal. Dia menangis sepuasnya.

"Tengok, dia takde pun nak call semula ke apa? Bencinya!"

Attention Where stories live. Discover now