09

56 18 0
                                    

"Kau tak nak keluar rehat ke?" soal Taerae pada Hanbin.

"Tak. Aku nak jumpa Seoyeon, nak ajak dia makan sekali," ujar Hanbin.

"Serius? Bukan kau tak suka ke nak jumpa dia waktu kat sekolah macam ni?"

Taerae sedia maklum yang Hanbin memang kalau boleh tidak mahu berjumpa dengan Seoyeon dalam waktu sekolah. Dia tidak mahu ramai yang bercakap tentang itu.

"Ah, dia tengah merajuk dengan aku,"

"Oh, faham. Kalau macam tu, hwaiting! Selamat memujuk,"

Hanbin menghantar pemergian Taerae dengan ekor matanya. Setelah itu, dia mengambil beg bekal miliknya yang memang dia bawa sejak tadi. Dia kemudian bangun dan ke kelas sebelah.

"Cepat lah Han Seoyeon!"

Dia melihat Jiwoong memeluk bahu Seoyeon sambil memaksanya untuk keluar dari kelas.

"Eo, Sung Hanbin!"

Minjeong yang pertama perasan keberadaannya di pintu belakang. Dan Jiwoong serta Seoyeon lantas memandang ke arahnya.

"Aku nak rehat dengan Seoyeon hari ni boleh kan?" soal Hanbin.

"Yaa, Sung Hanbin, kau serius?" Minjeong bersuara terlebih dahulu.

"Ya," Hanbin mengusap belakang lehernya sambil tersenyum.

"Kalau macam tu, Seoyeon, pergi lah!"

Minjeong menolak Seoyeon ke arah Hanbin.

"Enjoy your lunch!"

Kedua Minjeong dan Jiwoong kemudian berlalu pergi dari situ. Meninggalkan Hanbin dan Seoyeon hanya berdua di dalam kelas.

"Kita makan kat rooftop nak?"

Attention Where stories live. Discover now