16

61 16 0
                                    

"Kalau aku tak pergi, boleh je kan?"

"Jangan nak jadi gila. Kita dah sampai pun," Minjeong mencapai beg tangannya.

"Ala, baru sampai. Belum masuk lagi,"

"Han Seoyeon!" Minjeong memberi jelingan maut pada gadis itu.

"Okay, fine,"

Seoyeon akur dan ikut keluar dari kereta. Dia menghampiri Minjeong yang sibuk dengan telefon bimbitnya.

"Selfie satu, nak send pada Jiwoong,"

Seoyeon tersenyum ke arah kamera telefon bimbit Minjeong. Dan selepas itu, mereka mula melangkah ke arah kafe di hadapan mereka. Di mana majlis reunion sekolah mereka diadakan.

"Han Seoyeon! Kim Minjeong!"

Masuk sahaja, Shin Ryujin menggamit mereka ke mejanya.

"Kenapa macam ramai sangat je. Bukan kelas kita je ke?" soal Minjeong.

"Kau tak tahu? Ni kan kafe family Beomgyu, jadi dia panggil budak kelas dia sekali," ujar Ryujin.

Minjeong yang mendengar itu memandang Seoyeon.

"Kenapa? Aku okay lah, jangan risau," Seoyeon cuba beriak biasa.

Majlis reunion itu bermula dengan ucapan dari bekas ketua kelas masing-masing. Diikuti dengan sesi bergambar dan selebihnya, masa dihabiskan dengan berbual.

Maklum sahaja, sudah hampir empat tahun sejak mereka tamat sekolah. Kebanyakannya dari mereka semua sudah lama tidak bersua muka jadi terlalu banyak cerita yang dikongsi.

"Aku nak ke tandas,"

Seoyeon bangun dari kerusinya sebelum dia ke bahagian belakang kafe. Setelah selesai, dia ke sinki dan mencuci tangannya.

"Han Seoyeon?"

Dia berhenti sebaik sahaja namanya dipanggil bila dia kembali ke dalam kafe.

"Kim Taerae? Yaa, kau pun ada?" tersenyum dia pada lelaki itu.

"Ya. Aku baru sampai. Kau dah lama kat sini?"

"Dari awal tadi lagi. Kau tahu lah si Minjeong tu, dia mana boleh tak jadi orang terawal,"

"Seoyeon ah, sebenarnya aku datang dengan-,"

"Kim Taerae, aku dah ambilkan air kau-,"

Seoyeon berpaling bila mendengar suara di belakangnya. Dan, malang buatnya bila segelas air tertumpah dan mengenai baju yang dipakainya.

"Oops, mianhei-, Han Seoyeon?"

Seoyeon terkedu melihat Hanbin di hadapannya. Mereka bertatapan buat beberapa ketika, sebelum dia merasakan badannya sedikit sejuk.

"Baju kau,"

Hanbin segera menanggalkan jaketnya lalu diletakkan di bahu Seoyeon. Dia membetulkannya agar menutup bahagian baju gadis itu yang sudah basah.

"Thank you. Nanti aku pulangkan semula,"

Seoyeon melangkah pergi dari situ, tidak ke mejanya kembali, sebaiknya dia terus keluar dari kafe itu.

Attention Where stories live. Discover now