19

65 16 0
                                    

"Han Seoyeon!"

Seoyeon segera ke arah Hanbin yang sedang duduk di kerusi yang tersedia di tepi Sungai Han itu.

"Maaf aku lambat,"

"Takde lah, aku yang sampai awal. Excited sebab kau ajak jumpa," Hanbin tersenyum.

"Ini, jaket kau," beg kertas yang dibawa bersama, Seoyeon serahkan pada lelaki itu.

"Kau patut simpan je," ujar Hanbin.

"So, how's life? Haritu tak sempat nak berbual pun," lelaki itu bersuara lagi.

"Okay je. Pergi kerja, balik kerja. Weekend je balik lawat family or hang out dengan Jiwoong dan Minjeong. Lepas tu ulang balik rutin yang sama je,"

"Jiwoong? Dia dah luahkan perasaan dia pada kau belum?"

Seoyeon terdiam buat seketika sebelum dia memandang Hanbin pelik.

"Macam mana kau tahu?" soalnya.

Memang Jiwoong ada meluahkan perasaan pada dia dua tahun lepas. Namun dia terpaksa menolak kerana dia tiada perasaan yang sama pada lelaki itu. Malah, sampai sekarang pun dia tahu Jiwoong masih belum membuang perasaan itu, tetapi dia pura-pura tidak tahu.

"Aku lelaki Seoyeon. Aku faham cara lelaki pandang perempuan macam mana. Walaupun korang kawan baik, tapi aku dapat rasa Jiwoong suka kau," jelas Hanbin.

"Jadi kau terima dia atau tak?" sambung Hanbin.

Seoyeon menggeleng.

"Kau rasa aku boleh lupakan kau?" gadis itu memandangnya.

Giliran Hanbin terdiam.

"Apa maksud kau? Kau tak boleh lupakan aku? Bukan kau putuskan hubungan kita dulu sebab kau penat dengan aku ke? Aku ingat kau dah benci aku,"

Seoyeon mengetap bibirnya.

"Memang. Tapi, itu sebelum aku tahu sebab sebenar kau selalu takde masa untuk aku. Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau sebenarnya sibuk sebab nak perhatian family kau je? Aku ingatkan kau happy je selama ni. Rupanya banyak yang kau lalui dalam family kau. Aku ingatkan aku yang paling tersakiti sebab cuba nak dapatkan perhatian kau. Rupanya kau berganda lagi sakit semata-mata nak dapatkan perhatian dari family kau sendiri,"

Hanbin tersenyum nipis sambil tangannya menyentuh pipi Seoyeon yang sudah basah dengan air mata itu.

"Aku okay je lah. Aku minta maaf sebab selalu buat kau tunggu aku,"

Seoyeon menggeleng.

"Aku yang patut minta maaf sebab pentingkan diri,"

"Aku sayangkan kau Seoyeon. Aku minta maaf sebab tak pertahankan hubungan kita dulu. Bukan sebab aku dah takde perasaan pada kau. Tapi aku tak nak kau siksa diri kau dah asyik sakit je sebab kena tunggu aku," Hanbin meluahkan segalanya.

"Aku pun minta maaf sebab buat keputusan tu dulu,"balas Seoyeon.

"Jadi, boleh kau bagi aku lagi satu peluang? Aku janji, kali ni kau takkan perlu raih perhatian aku lagi. Aku sendiri akan bagi semua perhatian dan masa aku untuk kau. Kau takkan jadi macam orang bodoh lagi yang setiap masa kena tunggu aku,"

"Betul? Aku akan dapat perhatian kau tanpa buat apa-apa?" soal Seoyeon.

"Ya, Han Seoyeon,"

Kepala Seoyeon diusap. Dan gadis itu terus memeluk tubuhnya.

Attention Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon