15

58 18 1
                                    

"Sung Hanbin, tunggu lah!"

"Siapa lambat, dia kena belanja!"

Hanbin berlari sambil menuruni anak tangga di tepi padang sekolah itu. Tinggal dua anak tangga terakhir, dia melompat sehingga ke bawah.

"Arghh!"

"Mianhei,"

Dia terkejut bila seorang pelajar perempuan berada di hadapannya. Uniform gadis itu sudah basah gara-gara minuman yang dibawanya tertumpah akibat dilanggar Hanbin.

"Dah basah," gadis itu mengibas bajunya.

Hanbin mula serba salah. Lebih-lebih lagi kerana uniform sekolah gadis itu basah di bahagian dadanya menyebabkan ianya menjadi jarang.

"Pakai ni,"

Jaket yang tersarung di tubuhnya ditanggalkan lalu diberikan pada gadis itu.

"Thank you. Lain kali hati-hati, jangan main lompat je,"

Gadis itu melangkah pergi sambil menyarungkan jaket milik Hanbin ke tubuhnya.

"Sekejap! Boleh saya tahu nama awak," lengan gadis itu ditahan.

"Seoyeon. Han Seoyeon," balas gadis itu.

"Saya Sung Hanbin," Hanbin menarik senyum.

"Saya tahu. Rasanya satu sekolah kenal Sung Hanbin," ujar Seoyeon sebelum dia pergi dari situ.

"Woi, laju betul kau lari!"

Taerae muncul dengan nafas tercungap-cungap.

"Taerae yaa, kau ingat tak aku cakap yang aku takde rasa nak bercinta zaman sekolah ni?"

"Ingat. Kau kata bercinta zaman sekolah ni buang masa je. Kenapa?"balas Taerae.

"Aku nak tarik balik kata-kata tu. Aku rasa aku dah jatuh cinta. Love at the first sight,"

"Huh?"

Hanbin membuka matanya dan memori setahun lalu yang bermain di fikirannya mula menghilang. Memori saat dia pertama kali bertemu Seoyeon.

Dan sejak itu, dia sentiasa memerhatikan gadis itu dari jauh. Sehingga lah dia dicabar Taerae untuk menegur Seoyeon dan mendapatkan nombor telefonnya.

Selepas berjaya mendapatkan nombor gadis itu, dia memberanikan diri untuk berkawan dengan Seoyeon. Hingga akhirnya, hubungan kawan bertukar menjadi kekasih.

"Uri, heeojija"

Kata-kata yang keluar dari Seoyeon siang tadi kembali menjengah. Dia mengeluh perlahan.

Attention Where stories live. Discover now