12

53 18 0
                                    

Seoyeon mencampakkan beg sekolahnya ke lantai biliknya. Kemudian dia terus merebahkan tubuhnya ke atas katil. Wajahnya disembamkan ke bantal miliknya.

"Sung Hanbin pabo!" dia menjerit.

Dan kemudian, air matanya mengalir laju.

"Mianhei Seoyeon, aku keluar dengan diorang. Kitorang nak celebrate sebab dah settle and berjaya selesaikan program ni tanpa sebarang masalah,"

"Celebrate? Wah! Habis tu janji kau buat tu, boleh lupakan macam tu je lah!"

Seoyeon yang sudah duduk memukul-mukul bantalnya. Membayangkan bahawa yang dipukulnya itu adalah Sung Hanbin.

Telefon bimbit yang berada di saku blazer sekolahnya dikeluarkan dan nombor teman lelakinya itu didial.

"Seoyeon ah,"

"Kau dekat mana?"

"Diorang ajak pergi karaoke. Bising lah kat sini. Call nanti boleh?"

"Karaoke? Tadi kata nak makan je,"

"Ya, itu plan asal. Tapi tiba-tiba Minju dengan Nana ajak pergi karaoke. Kami ikut je lah,"

Seoyeon mengepal penumbuknya.

"Fine. Pergi lah, menyanyi puas-puas sampai terkeluar anak tekak tu!"

Panggilan terus dimatikan. Dan dia mendial nombor telefon Minjeong pula.

"Hello bestie! Are you okay baby girl?" suara ceria Minjeong kedengaran di hujung sana.

"Minjeong ah, kalau aku break up dengan Hanbin, okay ke?"

"Yaa! Kau biar betul? Kenapa tiba-tiba? Apa yang jadi?" nada ceria Minjeong bertukar cemas.

"Aku penat lah jadi bodoh. Asyik menunggu orang yang tak pernah ada masa untuk aku,"

Seoyeon menunduk.

"Seoyeon ah, jangan lah buat keputusan terburu-buru. Apa kata kau tenangkan fikiran kau dulu, relaks. Okay?"

"Aku dah tak mampu Minjeong. Aku dah penat. Penat sangat,"

Attention Where stories live. Discover now