❤️Bab 1❤️

447 10 2
                                    

"Amy pondan!"
"Amy sotong!"
"Amy lembik!"

Faramy menutup telinganya apabila mendengar rakan-rakan sekelasnya mengejek fizikalnya yang lembut seperti sotong itu.

"Hoii!! Korang ni tak habis-habiskan nak kacau dia!" Kedengaran suara Khaisara bergema di koridor sekolah. Nasib baik semua guru sedang menghadiri mesyuarat di bilik mesyuarat yang berada di tingkat tiga sekolah itu.

"Kalau kitorang kacau si sotong ni pun, apa kena mengena dengan kau, perempuan?" Salah seorang pelajar lelaki bertanya.

"Apa kena mengena dengan aku? Orang yang kau ejek ni, bestfriend aku tau tak? Kalau korang tak nak aku report kat Cikgu Sabri, baik korang blah!"

Mendengar sahaja nama Cikgu Sabri selaku guru disiplin yang sememangnya terkenal dengan imej garang beliau, segera tiga pelajar lelaki itu mencicit lari meninggalkan Faramy dan Khaisara.

Khaisara menggelengkan kepala sebelum melangkah ke arah Faramy yang perlahan-lahan menurunkan kedua tangannya daripada telinga.

"Kau okey tak, Amy?" Tanya Khaisara.

"Aku okey. Thanks, Khai." Faramy membalas.

"Kau ni, cubalah tunjuk sikit kelelakian kau. Macam mana tak kena buli, kena ejek dengan budak-budak tak cukup akal tu." Bebel Khaisara. Faramy hanya tersengih, menampakkan giginya yang putih tersusun rapi.

"Alah kau ni. Diorang bergurau jelah dengan aku."

"Bergurau apanya? Kalau kau rasa diorang tu bergurau, kenapa kau tutup telinga kau tadi? Kau tak tahan kan kena ejek?" Khaisara menebak.

"Aku malas nak dengar ejekan diorang, sebab tu aku tutup telinga. Kau tak payahlah panjangkan isu ni, Khai. Aku okeylah." Faramy meyakinkan gadis itu.

"Suka hati kaulah, Amy. Weh, jom lepak kat port biasa kita petang ni?" Ajak Khaisara.

"Boleh jugak, lepas Asar tau, sebelum Maghrib kena balik!" Faramy mengingatkan. Khaisara mengangguk tanda faham.

Faramy begitu menjaga waktu solat walaupun dia berperwatakan lembut. Itulah orang putih kata, don't judge a book by it's cover.

💖💖💖💖💖💖💖💖

Khaisara terkejut apabila terdengar bunyi kaca jatuh di atas lantai. Segera dia berlari ke arah dapur, risau jika apa-apa yang buruk terjadi kepada Nek Toknya.

"Nek tok! Nek tok okey ke?" Khaisara bertanya. Nek Melah mendongak memandang cucunya yang baru pulang dari sekolah itu seraya tersenyum.

"Sara, berapa kali nek tok pesan, masuk rumah bagi salam dulu. Bertuah punya cucu." Bebel Nek Melah. Khaisara tersengih.

"Sorry, nek tok. Assalamualaikum nek tok kesayangan hamba." Khaisara memeluk erat tubuh Nek Melah.

"Waalaikumussalam. Awal kamu balik hari ni, Sara? Tak ada kelas tambahan ke?" Tanya Nek Melah. Cucunya itu bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi, jadi sekolah mereka memang sediakan kelas tambahan setiap Isnin hingga Khamis.

"Hari ni kan hari Jumaat, nek tok. Tak ada kelas tambahan hari ni," jawab Khaisara sebelum duduk di kerusi meja makan.

"Nek tok lupalah pulak. Biasalah dah tua ni, penyakit nyanyuk selalu menyerang," gurau Nek Melah.

"Eh, siapa cakap nek tok dah tua? Nek tok muda lagi lah. Nek tok tak nak cari pengganti arwah tok wan ke? Hehehe." Khaisara tersengih ke arah Nek Melah.

"Ada jugak yang kena tenyeh dengan sambal belacan ni karang. Kamu pergi mandi dan siap-siap untuk solat sekarang, sebelum nek tok tenyeh kamu dengan sambal betul-betul."

Khaisara segera masuk ke dalam biliknya untuk mengambil tuala dan membersihkan diri. Nek Melah menggelengkan kepala melihat kelakuan cucu tunggal kesayangannya.

"Ikut perangai papanya lah ni. Suka menyakat orang." Nek Melah mengomel sendiri.

Usai makan tengah hari, Khaisara dan Nek Melah bersiap untuk menunaikan solat Zuhur berjemaah.

"Nek tok....~" Khaisara memanggil, manja. Nek Melah sudah faham jika Khaisara sudah mengeluarkan suara manja begitu, pasti ada sesuatu yang dia mahukan.

"Hah, apa pulak kali ni?" Nek Melah mengangkat keningnya. "Nak keluar lepak dengan Amy boleh?" Tanya Khaisara.

"Nek tok dah agak dah. Pergilah, tapi siapkan kerja sekolah dulu. Lepas Asar baru boleh keluar."

"Okey, nek tok. Thank you so much, I love you. Muahhh..muahhh..." Khaisara mengucup kedua pipi Nek Melah.

💖💖💖💖💖💖💖💖

Khaisara mendekati perlahan Faramy yang sedang menunggunya. "Huarghh!!!" Khaisara menyergah Faramy menyebabkan sahabatnya itu melatah.

"Oii, mak kau meletop!" Khaisara tergelak melihat telatah Faramy itu.

"Hahaha, kau ni kelakarlah, Amy. Muda-muda dah melatah ye?" Khaisara menyakat.

"Hisy, kau ni Khai! Nasib baik aku takda sakit jantung. Kalau tak, kau hilang member baik kau ni," bebel Faramy.

"Macam aku kisah..." Khaisara membalas.

Faramy mengangkat keningnya. Jujur dari hati Khaisara, sahabatnya itu memang kacak. Cuma dia lembut. Pemikiran skeptikal masyarakat, lelaki lembut adalah pondan. Entah apa-apa je, fikir Khaisara.

"Ooh, jadi kau tak kisahlah kalau aku takda nanti?" Faramy bertanya.

"Kau merepek apa, gila? Kau sorang je bestfriend aku, weh. Kalau kau takda, siapa nak jadi kawan aku?" Khaisara membalas.

"Gurau jelah..." Faramy tersengih.

"Ke kau yang suka kalau aku takda nanti?" Khaisara bertanya kembali.

"Hisy, kalau tak cakap benda merepek bukan kau lah kan? Kau je yang sudi berkawan dengan aku yang lembut ni. Kalau kau takda, sunyilah aku nanti," balas Faramy.

Khaisara tersengih, menampakkan lesung pipitnya di pipi sebelah kanan. Cantik, bisik hati Faramy.

Mereka berdua memang rapat sejak kecil lagi. Oleh kerana Faramy berperwatakan lembut, Khaisara selalu membela dan mempertahankannya daripada dibuli dan diejek.

Kerana itulah mereka menjadi sahabat karib. Persahabatan yang terjalin sejak sekolah rendah berterusan sehingga sekarang. Doa Khaisara, semoga persahabatan dia dan Faramy kekal sampai bila-bila.

KAU DAN AKU (complete ✅)Where stories live. Discover now