❤️Bab 16❤️

127 5 0
                                    

Faramy membuka pintu utama rumah teres dua tingkat itu. Khaisara teruja melihat hiasan dalaman rumah suaminya itu. "Wah, cantiknya! Awak yang decorate sendiri ke rumah ni?" tanya Khaisara sambil meletakkan beg tangannya di atas sofa. Faramy tersenyum melihat kerenah isterinya yang seperti anak kecil itu.

"Ya, sayang. Abang decorate sendiri rumah ni. Abang harap sayang suka," ujar Faramy. Padahal dia memang tahu Khaisara sukakan hiasan rumah yang berkonsepkan moden dan kontemporari.

"Mestilah suka. Saya memang in love sangat dengan decoration macam ni," balas Khaisara sambil matanya tidak lepas daripada memandang segenap ruang tamu rumah Faramy itu. Faramy merapati isterinya.

"In love dengan decoration rumah aje? Dengan tuan rumah ni?" usik Faramy. Jantung Khaisara mula berdegup laju. Ah, sudah! Sebelum aku kena serang sakit jantung, baik aku ubah topik. Khaisara berfikir sendiri.

"Eh, saya nak tengok ruang dapur kejap. Mesti cantik jugak macam ruang tamu ni kan?" Khaisara mula bergerak ke arah ruang dapur yang berada di ruang paling belakang rumah itu. Faramy mengukir senyuman apabila dia perasan wajah isterinya itu merah padam tadi.

Dia mengekori langkah isterinya ke arah dapur. Seperti tadi, Khaisara begitu teruja melihatnya. Mata Faramy tidak lepas dari memandang Khaisara. "Sayang," panggil Faramy. Khaisara menoleh ke arah suaminya.

"Kenapa?" Faramy tidak menjawab, sebaliknya dia menarik tangan Khaisara sebelum berjalan ke tingkat dua. Khaisara hanya mengikut tanpa banyak soal. Faramy berhenti di hadapan pintu bilik. Mungkin bilik dia kot? fikir Khaisara.

"Dulu, ni bilik abang sorang. Sekarang, ni bilik abang dengan Adra." Faramy membuka pintu bilik sebelum membuka lampu. Sebaik sahaja lampu dinyalakan, Khaisara terpegun melihat hiasan bilik tidur mereka.

Terdapat beberapa kelopak bunga mawar merah dan putih bertaburan di atas lantai. Begitu juga di atas katil. "Cantiknya. Ni pun awak yang decorate?" Faramy masuk ke dalam bilik sebelum menutup pintu.

"Tak, yang ni abang mintak tolong kenalan abang. Dia interior designer dan abang mintak dia decorate bilik kita ni macam bilik pengantin baru. Adra suka tak?" tanya Faramy.

"Suka sangat. Cantik." Khaisara memandang ke arah Faramy yang sedang memegang erat kedua tangannya. "Abang lega sayang suka. Abang risau kalau sayang tak selesa, dengan hiasan bilik pengantin kita ni," luah Faramy.

"Tak, saya....saya suka aje hiasan macam ni. Biar jelah. Tak payah buat apa-apa dah," balas Khaisara.

"Jadi ni kira honeymoon kita ke?" usik Faramy. Sekali lagi jantung Khaisara berdegup laju. Mana pulak aku nak lari ni? Toilet! "Awak, saya nak buang air lah. Sekejap eh?" Khaisara terus menarik tangannya dari pegangan Faramy sebelum masuk ke dalam bilik air di dalam bilik mereka.

Faramy tahu isterinya itu malu. Tetapi dia tidak mahu memaksa Khaisara. Lagipun dia hanya bergurau sahaja tadi, sengaja hendak melihat reaksi isterinya. Sementara itu, di dalam bilik air, Khaisara tidak henti-henti tersenyum di hadapan cermin.

"Kenapa, wahai jantungku? Setiap kali dia buat macam tu, aku berdebar-debar, macam kena renjatan elektrik pun ada. Aku dah mula terima dia ke?" Khaisara bermonolog sendiri.

Sudah hampir dua bulan dia menjadi isteri Farish Faramy. Setiap hari suaminya itu melayannya seperti seorang ratu tanpa pernah rasa jemu. Nampak ikhlas kasih sayang Faramy padanya.

Khaisara akui, hatinya mula terbuka untuk menerima Faramy sebagai suami dan dia sudah mula jatuh cinta pada suaminya itu. Tapi, perlu ke dia ucapkan dulu perkataan keramat itu? Hish, malulah! Khaisara menutup muka dengan kedua-dua belah tangannya. Terasa panas wajahnya akibat menahan malu.

"Sayang? Sayang okey tak kat dalam tu?" laungan Faramy itu membuatkan Khaisara tersedar. "Y-ya... saya okey," jawab Khaisara.

"Sayang, abang tak ada niat pun nak buat sayang malu tadi. Sorry tau. Keluarlah, sayang abang." Khaisara kembali tersenyum apabila mendengar cara panggilan Faramy padanya itu.

"Okey. saya nak keluar dah ni." Khaisara memandang cermin sebelum menarik nafas, cuba bertenang. Apabila dia membuka pintu, kelihatan Faramy sedang merenung ke arahnya.

"Kenapa awak tengok saya macam tu?" tanya Khaisara.

"Saja. Abang rindu kat sayang." Pipi Khaisara terasa lenguh. Mana tidaknya, asyik tersenyum saja daripada tadi. Dia memainkan jari-jemarinya pada hujung baju. Tersenyum Faramy melihat perbuatan isterinya itu.

"Adra sayang...." Faramy berbisik.

"Ke..kenapa?"

"Jomlah, kita solat dulu. Waktu Maghrib nak masuk ni," ajak Faramy. Khaisara menganggukkan kepalanya. Ingatkan apalah tadi. Buat saspens je, bisik hati Khaisara.

"Okey. Saya nak pergi ambik beg baju kejap." Belum sempat Khaisara melangkah ke arah pintu, Faramy menangkap lembut lengan isterinya.

"Sayang tak payah susah-susah. Tu, beg baju sayang. Abang ambik dalam kereta masa sayang dalam toilet tadi." Khaisara menoleh ke arah beg pakaian mereka tidak jauh dari katil.

"Kenapa tak panggil saya tadi? Kesian awak, kena angkat beg saya yang berat tu sorang-sorang."

"Tak apa, sayang. Abang tak nak sayang susah. Abang okey jelah angkat beg sayang yang berat tu."

"Thank you."

"You're most welcome, my bidadari syurga." Berbunga hati Khaisara mendengarnya.

💖💖💖💖💖💖💖💖

Setiap kali selesai solat, Faramy tidak pernah lupa menghadiahkan kucupan di dahi Khaisara. Khaisara bersyukur kepada Allah kerana menemukan dia dengan jodoh sebaik Faramy. "Sayang, tadi kakak abang call dari Jepun. Diorang nak balik bercuti kat sini."

"Okeylah tu. Saya pun dah lama tak jumpa Kak Fizah," jawab Khaisara, teruja. Semasa hari perkahwinan mereka, kakak Faramy tidak dapat hadir kerana dia sudah berpindah ke Tokyo mengikut suaminya.

"Tulah, Kak Fizah tak sempat datang masa hari kita nikah." Faramy menundukkan wajahnya. Khaisara berasa bersalah.

"Awak, saya betul-betul mintak maaf, sebab saya paksa awak kahwin masa tu."

"Dahlah, sayang. Kita tak payah ingat benda lepas. Kak Fizah okey aje. Lepas majlis tu, abang terus beritahu dia hal sebenar. Sayang tak payah risaulah." Faramy cuba menenangkan isterinya.

"Bila Kak Fizah nak datang?"

" Dia cakap bulan depan. Tapi abang tak pastilah bila."

"Tak sangka kan, jodoh Kak Fizah rupanya dengan orang Jepun. Mesti suami dia handsome kan?" Faramy memandang isterinya.

"Sayang, abang taulah sayang minat  sangat dengan segala anime Jepun tu. Tapi sayang jangan nak lebih-lebih pulak eh?"

"Lebih-lebih apa?" Khaisara meleret senyuman nakal.

"Jangan bagi abang jealous. Nanti susah sayang nak pujuk abang."

KAU DAN AKU (complete ✅)Where stories live. Discover now