❤️Bab 30❤️

127 6 0
                                    

"Maksud abang, mama pura-pura aje?" soal Khaisara. Faramy merenung wajah isterinya. "Sayang, abang cuma rasa aje. Tapi kalau mama dah betul-betul berubah, alhamdulillah. Sayang jangan fikir sangatlah apa yang abang cakap tadi ya?"

"Abang, kalau mama cuma pura-pura, kenapa dia buat semua ni? Kenapa dia layan kita baik sangat?" tanya Khaisara. Faramy tiada jawapan untuk itu, walaupun dia boleh syak apa tujuan Datin Azreen itu.

"Abang tak pasti, sayang. Kita doa aje, semoga mama memang betul-betul berubah." Sedikit sebanyak, kata-kata Faramy itu menimbulkan sedikit rasa curiga di hati Khaisara pada mamanya.

Namun, dia cuba menepis segala fikiran negatif yang hadir di fikirannya. Mama takkan buat macam tu kat aku kan? Betul kan? Khaisara mula berperang dengan hati sendiri.

Sementara itu, Datin Azreen tersenyum puas melihat barang-barang bayi di dalam sebuah bilik yang sengaja dia sediakan untuk anak Khaisara.

Dia sengaja membelikan banyak barang bayi supaya apabila anak Khaisara mati nanti, Khaisara akan menjadi gila meroyan apabila melihat barang bayi yang tidak sempat diguna itu.

Dia yakin, jika Khaisara sudah gila meroyan, pasti Faramy akan menceraikannya. Mak jenis apa Datin Azreen ni? Sanggup dia korbankan masa depan anaknya hanya sebab dia tidak sukakan Faramy.

'Sara yang paksa mama buat macam ni. Malam ni, Sara peluklah suami Sara tu sebab esok, mama akan pastikan Sara akan kehilangan semuanya.' Datin Azreen mengukir senyuman sinis.

Dia kembali ke bilik tidurnya sebelum bersiap untuk makan malam. Sabar, Reen. Lagi satu hari aje kau akan tengok drama meloyakan anak menantu kau. Lepas ni, goodbye. Datin Azreen tersenyum apabila dia teringatkan rancangannya.

💖💖💖💖💖💖💖💖

Setelah memastikan tiada orang di kawasan tangga, Datin Azreen menuangkan air sabun sebanyak yang mungkin pada lima anak tangga di bawah. Dia yakin, jika Khaisara tergelincir di anak tangga kelima itu, pasti dia akan jatuh terhentak dengan kuat.

Datin Azreen segera bersembunyi apabila dia terdengar suara Khaisara dari tingkat atas. Dia berdiri di sebalik pintu masuk ruang dapur. Bibik Nona tiada di situ pada waktu itu kerana dia sudah menyuruh Bibik Nona mengemop bilik loteng di tingkat tiga.

Jika apa-apa terjadi pada Khaisara dan kandungannya, Bibik Nona yang akan disalahkan. Hebat betul rancangan Datin Azreen. Dia menunggu Khaisara menuruni anak tangga.

Seperti yang dijangka, Khaisara turun dan sebaik sahaja dia terpijak tangga yang dilumuri air sabun itu, dia hampir tergelincir namun sempat dipaut oleh Faramy yang kebetulan menuruni anak tangga di belakang Khaisara.

"Sayang? Sayang okey tak?" tanya Faramy. Datin Azreen mengepal penumbuk sebelum menumbuk dinding dapur itu. Mujur tidak kuat, jika tidak pasti dia terkantoi.

"Adra okey. Ya Allah, nasib baik tak terjatuh," balas Khaisara. Faramy melangkah penuh berhati-hati menuruni anak tangga itu. Pelik pula dia, mengapa boleh ada air sabun di atas anak tangga.

"Sayang tunggu situ, jangan turun lagi," ujar Faramy sambil menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Sebaik sahaja kakinya jejak di atas lantai marmar, dia menghela nafas lega. "Sayang tunggu dulu. Bagi abang cuci tangga ni kejap."

Baru sahaja Faramy hendak melangkah ke arah dapur, Datin Azreen keluar dari ruangan dapur seperti tidak tahu apa-apa.

"Eh, kenapa kecoh-kecoh ni?" tanya Datin Azreen.

"Ni, ada air sabun atas anak tangga ni. Banyak pulak tu, ma. Faramy pergi cuci kejap. Mama tengokkan Adra ya? Jangan bagi dia turun tangga tu," pesan Faramy.

"Ha, yelah, yelah." Datin Azreen menjawab acuh tak acuh. Faramy terus berlalu untuk mengambil kain dan mop dari stor di luar dapur. Datin Azreen menoleh ke arah Khaisara yang masih menunggu suaminya di tangga.

"Sara, meh sini. Mama tolong pegangkan Sara. Sara turun perlahan-lahan," ujar Datin Azreen. Dia tetap mahu Khaisara menuruni anak tangga yang licin itu. Khaisara menggelengkan kepalanya.

"Tak apa, ma. Sara tunggu abang cuci tangga ni." Khaisara menolak namun Datin Azreen tetap memaksanya untuk turun.

"Sara, mama kan ada. Sara nak takut apa? Cepat, mama tolong." Khaisara mula berasa tidak sedap hati dengan mamanya. Dia menggeleng lagi. Kenapa mamanya tetap mahukan dia menuruni anak tangga yang licin itu? Padahal mamanya tahu dia sedang mengandung.

Tatkala itu, Faramy datang bersama kain dan baldi di tangan. "Abang cari mop tapi tak jumpa. Sayang tunggu kejap tau." Faramy terus mengelap air sabun itu. Pelik juga dia bagaimana boleh ada begitu banyak air sabun di atas anak tangga.

"Oh, tadi mama nampak bibik bawak mop kat tingkat tiga. Dia nak cuci tingkat tiga tu rasanya." Khaisara sudah mula berasa pelik. Takkan Bibik Nona sengaja hendak buat dia jatuh?

Sewaktu Faramy hendak memerah kain yang penuh dengan air sabun di dalam baldi yang diletak di atas lantai, dia terperasan seluar yang dipakai Datin Azreen ada percikan air sabun berwarna sama yang sudah kering di hujung seluar itu.

'Takkan mama sanggup.....' Faramy tidak terkata apa. Dia meneruskan kerjanya tanpa berkata apa-apa.

Setelah memastikan anak tangga tersebut sudah kering, Faramy memandang isterinya. "Okey, sayang. Sayang turun, tapi hati-hati tau. Meh, abang pegang tangan sayang." Khaisara menghulurkan tangannya pada suaminya.

Dalam Khaisara masih berhati-hati menuruni anak tangga itu, dia tidak perasan terdapat sisa sabun masih ada di atas tangga kedua terakhir. Dia tergelincir namun sempat disambut Faramy.

"Kenapa sayang? Ada air sabun lagi ke?" tanya Faramy.

"Haah, mungkin ada lagi yang tak kering tu. Nasib baik abang sempat sambut," balas Khaisara. Waktu itu Bibik Nona baru turun dari tingkat tiga.

"Hah, bik! Apa buat kerja comot macam ni? Bodoh ke apa?! Nasib baik Sara tak jatuh tau tak?!" Bibik Nona terpinga-pinga apabila tiba-tiba dimarahi oleh Datin Azreen. Khaisara dan Faramy terkejut mendengar nada Datin Azreen itu.

Kalau betul pun Bibik Nona tertumpahkan air sabun itu, tak perlulah dia menengking bibik sebegitu rupa. Datin Azreen terus naik ke biliknya di tingkat dua. Khaisara dan Faramy berpandangan sesama sendiri.

KAU DAN AKU (complete ✅)Where stories live. Discover now