❤️Bab 23❤️

118 6 2
                                    

Faramy sedang leka membuat kerja apabila dia melihat ibu mertuanya datang ke butik pengantin miliknya. Dia terus bangun untuk menyalami tangan Datin Azreen. Namun sebaik sahaja dia hendak mengucup tangan mertuanya, Datin Azreen terus menariknya.

Faramy agak terkilan tetapi dia tidak mempedulikannya. Dia tiba-tiba berasa loya apabila dia berada dekat dengan Datin Azreen.

"Assalamualaikum, mama." Faramy memberi salam. Datin Azreen tidak menjawab.

"Mama sihat?" tanya Faramy lagi sambil cuba menahan rasa loya yang menyinggah di anak tekaknya.

"Kau jangan nak panggil aku mamalah! Aku jijik dengar. Aku datang sini sebab aku nak kau ceraikan anak aku." Datin Azreen terus mengatakan tujuannya datang ke butik pengantin itu. Tanpa apa-apa mukadimah, tanpa apa-apa kiasan.

"Astaghfirullahalazim. Mama, saya takkan ceraikan Adra walau apapun yang jadi. Saya cintakan dia," balas Faramy.

"Apa sebenarnya tujuan kau kahwin dengan anak aku hah? Kau nak gunakan anak aku untuk tutup benda maksiat yang kau buat tu kan?" tuduh Datin Azreen.

"Benda maksiat apa yang mama maksudkan?"

"Manalah tau, kau kan jantan sotong. Mungkin kau ni suka sesama sejenis." Faramy menggelengkan kepalanya apabila mendengar tuduhan berat mertuanya.

"Astaghfirullahalazim. Saya masih tahu halal haram, mama. Saya memang lelaki lembut, tapi saya tak pernah terfikir untuk melakukan dosa besar tu."

"Aku tak peduli. Yang aku peduli sekarang ni, kau ceraikan anak aku." Faramy mula berasa loya semula.

"Saya takkan....ceraikan Adra..." jawab Faramy sebelum menekup mulutnya. Datin Azreen menjegilkan matanya ke arah Faramy.

"Kau ni memang kurang ajar kan? Kau tutup mulut tu kenapa? Nak cakap aku busuk ke?" tuduh Datin Azreen lagi.

Kali ini, Faramy tidak boleh menjawab. Dia terus berlari menuju ke arah bilik air di sudut belakang butik itu. Datin Azreen yang turut merasa loya apabila mendengar Faramy termuntah, terus berlalu dari situ. Tau takut.

💖💖💖💖💖💖💖💖

Khaisara membelek gambar pernikahannya. Hari ini, genap enam bulan usia perkahwinannya bersama Faramy. Khaisara tersenyum melihat gambarnya bersama Faramy. Dia akui Faramy memang kacak, walaupun dia berperwatakan lembut.

"Abang macam tau-tau aje yang abang nak nikah hari tu kan? Abang memang kebetulan pakai baju Melayu putih, sedondon pulak dengan Adra. Abang memang handsome masa tu." Khaisara berbisik sendirian.

Sedang asyik dia merenung gambar perkahwinannya, dia terdengar bunyi ngauman enjin kereta suaminya dari bawah. Khaisara melihat jam di dinding. Baru pukul 11 pagi. Awal betul suaminya pulang hari ini.

Khaisara terus mengambil tudung sarungnya untuk menyambut si suami di luar rumah. Khaisara mengerutkan dahi apabila dia melihat bukan suaminya yang memandu kereta, tetapi staff suaminya yang bernama Rudy.

"Assalamualaikum." Rudy memberi salam.

"Waalaikumussalam. Rudy, mana Faramy?" tanya Khaisara.

"Tu, encik Faramy dah lembik kat sebelah tempat duduk pemandu ni," beritahu Rudy. Khaisara terkejut sebelum melangkah ke arah tempat duduk Faramy itu. Faramy memejamkan mata sambil memicit dahinya.

"Ya Allah, abang! Abang tak sihat ke ni?" Faramy tidak mampu menjawab apabila dia terasa pening. "Encik Faramy muntah-muntah kat butik tadi kak. Lepas tu dia pengsan. Itu yang saya bawak dia balik tu," cerita Rudy.

"Tak apalah. Kita bawak dia masuk rumah dulu." Rudy membantu Khaisara memapah Faramy masuk ke dalam rumah. Mereka membaringkan Faramy di atas sofa ruang tamu. "Thanks tau, Rudy. Ni nak balik butik macam mana?" tanya Khaisara.

"Ada sorang lagi staff ikut dari belakang. Saya balik dengan dia nanti," balas Rudy. Khaisara mengangguk. "Terima kasih sekali lagi tau." Rudy mengangguk sebelum meminta diri. Kagum betul dia dengan isteri majikannya. Walaupun anak orang kaya, namun dia tidak pernah menyombong diri.

Khaisara melekapkan belakang tapak tangannya di atas dahi Faramy, cuba merasa suhu badan. Tak panas pun, bisik hati Khaisara. "Abang, abang okey tak ni? Abang salah makan ke?" tanya Khaisara.

"Abang belum makan apa-apa lagi." Khaisara mengagak pasti perut suaminya masuk angin.

"Perut abang masuk angin agaknya. Adra call Doktor Imran ya, untuk check abang?" Faramy menggelengkan kepalanya.

"Tak payahlah, sayang. Abang nak tidur sekejap, nanti eloklah," balas Faramy.

"Okeylah. Abang rest dulu, Adra pergi masak makan tengah hari kejap ya?" Khaisara terus bangun untuk masak makanan tengah hari. Faramy memegang tangan isterinya.

"Adra temankan abang sampai abang tidur boleh? Sayang bangun aje tadi abang terasa loyalah pulak," adu Faramy. Khaisara berasa pelik dengan kelakuan suaminya.

"Okey, Adra teman abang sampai abang tidur." Khaisara duduk di sisi sofa sambil memicit kepala suaminya. Risau dia melihat keadaan suaminya.

💖💖💖💖💖💖💖💖

Sewaktu Khaisara sedang memasak makan tengah hari, Faramy masuk ke singki ruang dapur sebelum dia memuntahkan isi perutnya. Khaisara terus meletakkan senduk sebelum melangkah ke arah suaminya. Perlahan-lahan belakang tubuh suaminya digosok.

"Abang, abang okey tak ni?" tanya Khaisara, risau. Faramy hanya memuntahkan air sahaja, disebabkan perutnya memang kosong.

"Abang loyalah. Sayang masak lauk sotong ke?" tanya Faramy selepas dia membasuh mulut dan mukanya.

"Haah. Kenapa?"

"Abang tak naklah lauk sotong. Abang tak boleh telanlah. Sayang masakkan abang ayam masak merah boleh?" tanya Faramy. Kali ini, Khaisara lebih pelik dengan suaminya. Setahunya Faramy memang tak suka makan lauk ayam masak merah. Kalau masak, dia okey saja.

"Err, okey. Nanti Adra masak lauk ayam masak merah." Khaisara hanya menurut. Faramy tersenyum lemah sebelum melangkah ke arah sofa semula.

'Pelik betul abang ni. Tak pernah-pernah dia reject lauk sotong, tiba-tiba hari ni lain pulak.' Khaisara terus menyimpan sotong yang masih belum terusik di dalam peti sejuk.

Dia terus menyambung masak makanan tengah hari sebelum teringatkan sesuatu. 'Aku dah dua bulan tak datang period kan?' Khaisara terus membuka telefon bimbitnya sebelum membuka aplikasi Period Tracker. Betullah! Dah dua bulan tak datang. Khaisara berbisik sendiri.

KAU DAN AKU (complete ✅)Where stories live. Discover now