❤️Bab 24❤️

114 6 0
                                    

Faramy terasa badannya makin lemah. Risau betul Khaisara melihat keadaan suaminya. "Abang, kita pergi klinik ya?" ajak Khaisara. Faramy menggelengkan kepalanya. "Tak apalah, sayang. Abang nak rehat aje, kepala abang pening sangat." Faramy membaringkan tubuhnya di atas katil selepas selesai solat Zuhur.

"Abang, jangan tidur lagi. Kita makan dulu?" ajak Khaisara.

"Abang tak seleralah sayang. Tekak abang loya sangat. Tapi sayang pergilah makan. Abang tak nak sayang sakit," ujar Faramy.

"Adra pun tak nak abang sakit." Khaisara mula hendak menangis. Faramy terus memegang tangan isterinya.

"Sayang, jangan menangis macam ni. Sayang jangan risaukan abang," balas Faramy.

"Adra tak nak makan kalau abang tak makan." Faramy kasihan melihat isterinya dan akhirnya dia mengalah. "Okey, jom kita pergi makan." Khaisara tersenyum sebelum memaut lengan suaminya.

Faramy cuba menahan rasa loya setiap kali makanan masuk ke dalam mulutnya. Memang dia yang meminta Khaisara untuk memasak lauk ayam masak merah. Tetapi apabila dia hendak menyuapkan makanan ke mulut, dia terasa loya tiba-tiba.

"Abang masih loya lagi ke?" tanya Khaisara. Faramy mengangguk lemah, menyebabkan Khaisara berasa bersalah kerana memaksa suaminya tadi.

"Okey, kalau abang tak nak makan lagi, jangan paksa diri. Abang rehat okey? Nanti Adra bawakkan ubat untuk abang," ujar Khaisara. Faramy tidak menjawab sebaliknya dia bangun dari kerusi meja makan, sebelum membaringkan diri di atas sofa ruang tamu.

Khaisara mengemas meja makan sebelum masuk ke ruang dapur. Dia membuka laci tempat menyimpan peti kecemasan. Puas dia mencari ubat tahan sakit namun tidak jumpa. "Dah habis ke? Aduh, hari tu kan masa aku kemas first aid kit ni ubat dah expired. Lupa pulak nak beli," bisik Khaisara sendirian.

Dia melangkah ke arah Faramy yang sudah tertidur itu. Serba-salah pula dia hendak mengejutkan suaminya itu. Tetapi dia perlu meminta izin Faramy jika hendak keluar walaupun hanya untuk membeli ubat.

Khaisara duduk bersimpuh di sisi sofa sebelum menepuk perlahan bahu kiri Faramy. "Abang? Sorry kalau Adra kacau abang tidur. Adra nak mintak izin keluar sekejap boleh?" Faramy membuka matanya.

"Sayang nak pergi mana?" tanya Faramy.

"Nak beli ubat. Ubat dah tak ada," jawab Khaisara.

"Okey. Tapi sayang bawak kereta abang ya? Abang risaulah kalau sayang pergi dengan teksi atau grab," balas Faramy. Khaisara mengangguk.

"Okey, Adra bawak kereta abang. Adra janji, Adra akan balik cepat." Khaisara berlalu sebelum bersiap untuk ke farmasi.

💖💖💖💖💖💖💖💖

Usai membeli ubat, dia baru teringat yang dia terlupa membeli alat menguji kehamilan. "Aduh, terlupalah pulak nak beli! Tapi, takpelah. Alang-alang dah dekat dengan klinik tu pergi jelah klinik terus. Yang nak test pregnant ke tak tu, aku. Bukan suami aku." Khaisara bermonolog sendiri.

Khaisara menyimpan ubat tahan sakit di dalam beg tangannya sebelum melangkah ke arah klinik yang berhampiran kawasan deret kedai itu. Sementara menunggu namanya dipanggil untuk pemeriksaan, dia menerima Whatsapp daripada papanya.

-Assalamualaikum. Sara, bila nak balik sini? Dah lama rasanya Sara tak balik rumah papa ni.-

-Waalaikumussalam. InsyaAllah nanti Sara balik rumah papa. Sekarang ni abang tak berapa sihat. Dia demam.-

-Dah bawak dia pergi klinik belum? Ke nak papa mintak tolong Doktor Imran untuk datang check?-

Baru sahaja Khaisara hendak membalas, kedengaran suara jururawat memanggil namanya untuk masuk ke dalam bilik pemeriksaan.

"Assalamualaikum." Khaisara memberi salam pada doktor wanita yang tersenyum memandangnya.

"Waalaikumussalam." Tanpa melengahkan masa, Khaisara terus memberitahu doktor tentang perihalnya yang sudah lewat datang haid.

Setelah selesai segala urusan pemeriksaan, Khaisara melangkah keluar dari bilik doktor itu dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Dia teringat dia masih belum membalas Whatsapp terakhir Dato' Khairil.

-Tak perlu pun, papa. Bukan abang yang kena check, tapi Sara. Papa akan jadi datuk betul tak lama lagi!- Khaisara tidak sabar hendak pulang ke rumah untuk memberitahu berita gembira ini kepada suaminya.

-Datuk betul? Seriuslah, Sara? Papa akan dapat cucu?-

-Ya, papa. Sara tak sabar nak balik, nak bagitahu abang. Tapi, papa jangan bagitahu mama lagi tau. Biar Sara sendiri yang bagitahu.- Risau betul Khaisara dengan penerimaan mamanya tentang berita itu nanti.

-Okey, sayang. Jaga diri dan kandungan tu baik-baik. Sampaikan salam papa kat menantu kesayangan papa tu, tau.- Khaisara tersenyum. Alhamdulillah, papa boleh terima anak ni, bisik hati Khaisara.

"Adra Khaisara binti Khairil!" Khaisara mematikan lamunannya apabila terdengar jururawat memanggil namanya untuk mengambil ubat.

💖💖💖💖💖💖💖💖

Khaisara masuk ke dalam rumah selepas memberi salam. Faramy membuka matanya sebelum menjawab salam. Khaisara duduk di atas sofa sebelum menghulurkan ubat tahan sakit yang disimpan di dalam beg tangan ke arah suaminya.

"Sorry, abang sebab Adra lambat balik. Adra singgah klinik tadi," beritahu Khaisara sambil menghulurkan segelas air yang memang sedari tadi ditinggalkan untuk Faramy sebelum dia keluar tadi.

"Sayang singgah klinik? Sayang pun tak sihat ke?" tanya Faramy, risau. Dia memegang erat tangan isterinya.

"Lebih kuranglah. Doktor cakap, Adra kena buatan orang," balas Khaisara.

"Hah? Buatan siapa? Siapa yang sanggup buat isteri abang ni?" Faramy mula tidak senang duduk. Rasa loya dan pening cuba diabaikan.

"Abang, janganlah risau macam ni. Tak apa, Allah dah bagi balasan pun kat orang tu. Sekarang ni, dia tengah sakit. Padan muka dia." Khaisara cuba menahan tawa.

"Sayang, tak baik tau cakap orang macam tu. Jahat mana pun orang tu kat kita, kita tak boleh doakan benda tak baik kat orang," balas Faramy.

"Okey, sorry. Adra cuma rasa geram sebab dialah Adra kena tanggung lama sakit ni," ujar Khaisara.

"Kita berubat dengan ustaz ya?"

"Tak payah, dah terlewat dan ustaz pun takkan boleh buat apa-apa." Khaisara bersuara seolah-olah berputus asa.

"Kenapa pulak?"

"Sebab dah ada dalam ni," jawab Khaisara sambil mengusap perutnya yang belum menunjukkan bentuk itu.

KAU DAN AKU (complete ✅)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang