❤️Bab 22❤️

129 6 2
                                    

Usai mereka menunaikan solat Asar berjemaah, Kak Fizah sekeluarga meminta diri untuk pulang ke hotel. "Akak tak nak tunggu lagi ke? Awal sangat nak balik hotel?" tanya Faramy sewaktu mereka berada di luar rumah.

"Akak tak naklah kacau daun. Bagi canlah Faramy nak bermanja dengan isteri tersayang," usik Kak Fizah. Wajah Faramy terus berubah merah menahan malu, menyebabkan Kak Fizah tergelak kecil.

"Akak sajalah mengusik. Akak nak kena balik hotel awal sebab malam ni akak dengan family kena balik Jepun." Ketika itu, Khaisara baru keluar dari rumah bersama Shin dan Akira. Kosuke sudah tidur dalam dakapan Khaisara.

"Cepatnya?" tanya Faramy. Kak Fizah tidak menjawab sebaliknya dia mengambil Kosuke dari tangan Khaisara.

"Sorry, Faramy. Sebenarnya kami memang dah sampai Malaysia minggu lepas. Cuma hari ni baru sempat nak ziarah kamu," ujar Hiroyuki.

"Tak apalah, saya faham bang. Hati-hati balik Jepun tu," pesan Faramy.

"InsyaAllah," jawab Kak Fizah dan Hiroyuki serentak. "Shin, Akira, salam auntie dan uncle," arah Hiroyuki.

Akira dan Shin menyalami tangan Khaisara dan Faramy. Khaisara sempat mengucup pipi anak-anak buah suaminya. Baru sahaja mereka berjumpa, Khaisara sudah jatuh sayang pada mereka bertiga.

Khaisara mendekati Kak Fizah sebelum pipi gebu Kosuke dikucupnya, lama. "Kami balik dulu ya? Assalamualaikum," ucap Kak Fizah selepas dia memastikan Shin dan Akira sudah masuk ke dalam kereta sewa mereka.

"Waalaikumussalam," jawab Khaisara dan Faramy serentak.

"Sayonara, oji-san! oba-san! (Selamat tinggal, uncle! auntie!)" jerit Shin dan Akira.

"Sayonara! (Selamat tinggal!)" Faramy dan Khaisara melambai ke arah mereka sehingga kereta sewa Hiroyuki menghilang dari pandangan mata. Mereka masuk ke dalam rumah sebelum duduk di atas sofa di ruang tamu.

"Comel betul anak-anak Kak Fizah tu kan, bang?" puji Khaisara.

"Memang comel. Anak buah abang kan? Uncle diorang ni pun handsome kan?" Khaisara menjeling ke arah suaminya. "Perasan. Diorang tu extra comel sebab papa diorang pun handsome. Abang tak payah perasan sangat ye?" ujar Khaisara.

"Aipp! Apa ni, puji suami orang pulak?" Faramy sudah mula cemburu.

"Betullah, dah suami Kak Fizah tu handsome. Adra pujilah handsome." Gila tak handsome, muka dah iras-iras Miyano Mamoru tau, bisik hati Khaisara.

"Jadi suami sayang ni tak handsomelah?"

"Abang ni cepat betul terasa ya? Abang handsomelah, kalau tak takkan Adra berkenan?" pujuk Khaisara. Faramy mengucup pipi kanan isterinya.

"Abang tau, abang handsome. Sebab tu sayang pilih abang kan?" Faramy sudah mula angkat bakul.

"Sebab nilah Adra tak nak puji abang. Mulalah nak kekwat," kutuk Khaisara.

"Tak kisahlah sayang nak kutuk abang kekwat ke, perasan ke, yang penting Adra sayang abang," ujar Faramy.

"Adra sayang abang, cintakan abang sangat-sangat," ucap Khaisara.

"Abang pun cintakan Adra sangat-sangat," balas Faramy.

💖💖💖💖💖💖💖💖

Malam itu, Khaisara termenung jauh di halaman rumah sambil menghadap langit malam. Faramy menyedari kelakuan isterinya pada hari itu. Dia berdiri di sisi isterinya. "Sayang, kenapa ni? Abang tengok sejak family Kak Fizah balik, sayang tak happy macam selalu." Faramy bertanya.

"Tak ada apalah, bang. Adra teringatkan budak-budak tu. Rindu dah kat diorang," jawab Khaisara.

"Abang tahu, sayang suka sangat dengan budak-budak. Sayang nak ada anak sendiri kan?" teka Faramy.

Khaisara tidak menjawab, sebaliknya dia teringatkan kata-kata Datin Azreen padanya sebelum ini,

"Ingat, Sara. Mama jugak takkan terima cucu dari keturunan dia. Mama akan pastikan Sara takkan hidup bahagia dengan dia. Faham?"

Kenapa, mama? Apa yang mama benci sangat kat suami Sara ni sampaikan mama tak nak cucu dari keturunan dia? Khaisara berfikir sendiri.

"Sayang, kenapa ni?" Macam biasa Khaisara menggelengkan kepalanya. Faramy memegang kedua-dua bahu Khaisara sebelum memusingkan badan isterinya menghadapnya.

"Adra sayang, mulai hari ni, abang tak nak sayang rahsiakan apa-apa daripada abang. Masalah sayang, masalah abang jugak tau," ujar Faramy.

"Abang, mama cakap dia tak nak Adra mengandungkan anak abang." Khaisara cuba menahan air mata dari jatuh namun gagal. Luluh hatinya setiap kali dia teringat ayat bisa Datin Azreen.

Faramy dapat mengagak kenapa ibu mertuanya tidak mahukan cucu dari keturunannya, namun dia cuba menahan hati. Tipulah kalau dia kata dia tidak terasa dengan kata-kata Datin Azreen itu.

Tetapi ibu mertua pangkat dan darjatnya sama seperti ibu kandung. Faramy akan tetap menghormati Datin Azreen seperti ibunya sendiri.

"Sayang, jangan fikirkan sangat kata-kata mama tu okey? Mama tu tak berniat apa-apapun," pujuk Faramy. Khaisara menggelengkan kepalanya.

"Tak, abang. Mama takkan cakap kalau benda tu bukan dari hati dia. Adra sedih sangat, sebab mama tak nak restu perkahwinan kita." Khaisara membalas.

"Abang yakin, kalau dia dah tengok cucu dia nanti, hati dia akan lembut. Hati manusia ni Allah yang pegang. Jadi kita jangan putus asa untuk doakan mama.

Lebih-lebih lagi Adra yang doakan sebab sayang kan anak dia. Abang tahu, kalaupun Adra marah dengan mama, sayang tetap sayangkan mama kan?"

"Adra tak pernah benci mama, walaupun mama tak pernah fikirkan perasaan Adra."

"Abang tahu. Sayang memang anak yang baik." Faramy memeluk tubuh isterinya, lama. Khaisara membalas pelukan suaminya. Setelah beberapa ketika, Faramy merenggangkan pelukannya.

"Sayang, jom?" ajak Faramy sambil melihat ke arah isterinya.

"Jom pergi mana?" tanya Khaisara.

"Bagi cucu kat mama dengan papa," jawab Faramy sambil tersengih. Khaisara dapat merasakan wajahnya panas. Pantas dia menumbuk perlahan dada suaminya.

"Eii, mengada!" Khaisara mengalihkan pandangan sambil cuba menyembunyikan wajahnya yang sudah memerah itu.

"Abang serius ni tau," balas Faramy. Jantung Khaisara sudah berdegup laju.

"M-malaslah nak layan abang. Nak masuk dulu," ujar Khaisara. Belumpun sempat dia berlalu, dia terasa tubuhnya melayang. "Argh!" Khaisara terjerit perlahan apabila menyedari Faramy sudah mencempung tubuhnya masuk ke dalam rumah.

KAU DAN AKU (complete ✅)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora