BAB 1 ⚓

11.8K 441 36
                                    

PANGKALAN TLDM LUMUT, PERAK

Beberapa orang prebet berjalan dengan nafas yang agak kuat. Mereka baru sahaja selesai memanaskan badan. Pada setiap petang, mereka akan melakukan aktiviti untuk memanaskan tubuh badan.

"Tuan. Ada panggilan dari unit pejabat" muncul seorang prebet di hadapan Nahdi.

Nahdi yang sedang mengesat peluh mengangguk perlahan. Tanpa menunggu lama, dia terus berlari ke arah unit pejabat. Di bilik Laksamana, sudah terdapat 2 orang lelaki yang sedang menanti kehadirannya.

"Selamat petang Tuan!" Tabiknya dengan kemas.

Dua orang pegawai atasan itu mengangguk perlahan dan membenarkan Nahdi untuk duduk di kerusi kosong. Nahdi terus mengambil tempat di hadapan Laksamana itu.

"Kami ada tugas baru untuk pasukan kamu. Kawasan perairan Sabah telah dicerobohi oleh beberapa lanun dari luar. Mereka telah masuk secara haram dan telah merosakkan harta benda penduduk kampung yang berada di pinggir laut. Disebabkan itu, kami mahu pasukan kamu untuk ke sana dan menyelesaikan masalah ini" jelas Laksamana Fuad.

Nahdi yang mendengar berasa berdebar. Baru sahaja mereka berehat selama sebulan selepas kes di bahagian sempadan. Sekarang, mereka perlu ke Sabah pula.

"Baik Tuan, arahan diterima" jawab Nahdi dengan penuh yakin.

"Tapi, kami tak nak ada kecederaan penduduk setempat seperti mana kes pencerobohan di Lahad Datu, 6 tahun yang lepas. Rahsiakan masalah ini daripada orang luar. Pastikan masalah ini selesai dalam keadaan senyap" tambah Laksamana Dani.

Wajah ketat yang sememang menjadi penghias wajahnya dipandang dengan renungan tajam oleh Nahdi. Nahdi sedar, jika Laksamana Dani memesan seperti itu, jelas terlihat ada isu yang berbangkit 6 tahun yang lalu.

"Baik Tuan. Saya faham" ucap Nahdi dan berdiri semula.

Tabik diberi dan dia terus keluar. Nampaknya dia perlu menggerakkan pasukannya secepat yang mungkin. Jika mereka lambat, isu itu akan menjadi lebih gawat.

Aizat membilas rambutnya yang baru sahaja dicuci. Dia baru sahaja selesai membersihkan diri. Selepas itu, mereka mahu bergerak ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah.

Sedang Aizat tekun mengeringkan rambutnya, muncul Nahdi dengan wajah yang serius ke dalam bilik. Aizat sudah dapat meneka bahawa pasti ada berita yang tidak enak atau tugas baru.

"Kenapa Tuan?" Soal Aizat.

Panggilan Tuan itu sudah melekat di bibirnya sejak dahulu. Walaupun pangkatnya sudah hampir setara dengan Nahdi.

"Ada tugas baru. Lepas Isyak, panggil budak-budak berkumpul dengan dewan" arah Nahdi dan berlalu ke bilik air.

Aizat terus mengangguk faham. Sudah dapat diteka olehnya daripada awal. Pasti ada misi baru. Dia hanya berdoa semoga misi mereka kali ini tidak berat walaupun ianya mustahil.

Puan Ain meletakkan sepinggan kuih ke atas meja kecil itu. Tuan Zamir pula tekun membaca berita di surat khabar. Sesekali dia akan menghirup teh panas di sebelah.

"Nahdi ada call abang tak?" Soal Puan Ain sambil mengait kopiah kecil itu. Itu sememangnya menjadi hobinya.

"Takde pula. Kenapa?"

CINTA MATI KOMANDER [ C ] - 4Where stories live. Discover now