Puan Jamilah cuba menahan marah apabila terjumpa sebuah dokumen di atas meja Tuan Amri. Wajahnya sudah memerah kerana cuba menahan amuk. Dadanya juga berdegup laju.
"Aku setia dengan kau dari dulu. Tapi ini yang aku dapat?!!" Marahnya dan hampir merenyuk dokumen tersebut.
Puan Jamilah mula merencanakan sesuatu. Dia tidak boleh membiarkan semua itu berlaku. Usahanya selama ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Dia harus mendapatkan miliknya juga.
Telefon dibawa keluar dan dia terus menghubungi seseorang. Selesai menyatakan hasratnya, bibirnya terus mengukir senyum. Dia perlu memusnahkan segala halangan yang ada dalam hidupnya.
⚓
Nahdi duduk bersandar di dalam kereta. Dia baru sahaja selesai menghantar Ruslan. Walaupun sudah berpuluh nasihat yang diberikan oleh Ruslan, semuanya hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dia tidak dapat mencerna semuanya.
Malah Bella yang hanya mendiamkan diri membuatkan hatinya dirobek teruk. Perempuan yang cukup dia sayangi dan korbankan selama ini, semuanya hilang. Dia kehilangan seseorang yang dia cukup cintai.
Air mata lelakinya akhirnya tumpah. Kekecewaan yang diterima cukup mendalam. Kesetiaannya juga dihancurkan hampir lumat. Perkataan tunang yang diucap oleh Lukman cukup menjatuhkan air mukanya.
Dia hanya sekadar kekasih kepada Bella bukan tunang. Dia tidak layak untuk melepaskan kemarahan kepada mereka. Mungkin itu juga adalah salahnya. Menabur janji sehingga membuatkan seorang wanita kecewa.
Matanya memandang ke arah pintu pagar rumahnya yang tersergam indah. Dia tidak tahu sama ada Tuan Zamir dan Puan Ain sudah tahu atau tidak. Dan semestinya adiknya, Husna mengetahui semua itu.
Sebelum turun, dia membaca doa penenang diri dahulu. Dia percaya semuanya mempunyai hikmahnya tersendiri. Beg Habib Jewel tempat duduk belakang dikerling lama. Dan hanya keluhan berat yang lahir.
Nahdi terus melangkah turun dan berjalan masuk ke dalam rumah. Selepas menarik nafas dan memaniskan wajahnya, barulah dia mengetuk pintu rumah.
Dalam seminit sahaja, pintu rumah itu terbuka dan wajah Husna terjengul dengan riak terkejut.
"Along?!!" Jerit Husna dan terus memeluk Nahdi.
Nahdi terus tergelak dan membalas pelukan Husna. Mereka berdua berpelukan di hadapan pintu rumah. Puan Ain dan Tuan Zamir yang terkejut dengan jeritan Husna lantas turun ke bawah.
Puan Ain terus menitiskan air mata apabila melihat Nahdi. Manakala Tuan Zamir tersenyum bangga kerana dia tahu anak sulungnya itu berjaya.
"Umi" ucap Nahdi dan berjalan ke arah Puan Ain.
Puan Ain terus menangis teresak-esak kerana merindui anak lelakinya itu. Setiap solat dia akan berdoa supaya kemenangan berpihak pada Nahdi. Akhirnya Allah makbulkan doanya.
"Anak Umi sihat? Ada sakit dekat mana-mana? Kenapa mata Along macam sembab?" Tegur Puan Ain dengan nada risau.
"Alhamdulillah Along okay je Umi. Cuma semalam tak dapat tidur sikit" ucap Nahdi dan memaniskan wajah.
Selepas itu, dia mencium pula tangan Tuan Zamir. Tuan Zamir menepuk lembut bahu Nahdi tanda bangga.
"Marilah kita duduk. Umi ada banyak benda nak borak" ucap Umi dan menarik lembut tangan Nahdi untuk duduk di ruang tamu.
YOU ARE READING
CINTA MATI KOMANDER [ C ] - 4
RomancePertemuan antara dua benua yang berbeza. Tetapi agama yang sama. "Saya akan jaga awak. Awak jangan risau" - Komander Nahdi Sayf. Janji. Janji yang menjadi pengikat mereka berdua. Malah menjadi pegangan buat seorang Komander. "Jangan. Aku harap kau...