BAB 13 ⚓

5.7K 352 38
                                    

Eva mengambil kotak first aid yang terletak di atas kabinet. Kotak dibuka dan dia mengeluarkan minyak panas dan beberapa kapas.

Lengan baju diselak sehingga ke siku. Terdapat beberapa titis darah yang jatuh ke atas meja kacanya itu. Satu keluhan berat dilepaskan dari bibirnya.

Eva terus mencuci darah itu dan membalut tangannya dengan kain kasa. Begitulah dirinya jika pulang daripada rumah agam milik Tuan Rahim.

Selesai membalut luka itu. Dia terus mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor seseorang dicari laju.

"Hello babe. How are you?" Balas seorang wanita apabila panggilan itu berjawab.

"I'm fine" jawab Eva dengan nada lemah.

"Kau okay tak ni? Kau ada operasi lagi ke?" Soal Sarah.

"Tak de. Aku dekat rumah. Dapat cuti rehat"

"Jadi sekarang ni mesti kau baru balik dari rumah papa kau kan? Dan benda sama jadi lagi?" Tebak Sarah.

Dia sudah cukup kenal dengan hidup Eva. Hanya perkara sama yang berlaku jika Eva pergi ke rumah Tuan Rahim.

"Aku rindu dekat kau" luah Eva tiba-tiba. Matanya sudah berair sejak Sarah menjawab panggilannya itu.

"Okay. Kau datang sini. Aku akan sediakan tempat untuk kau rehat" ucap Sarah dengan laju.

"Aku penat Sarah. Terlalu penat. Aku nak balik dekat mama aku" rintih Eva dengan nada sayu.

Sarah yang mendengar ayat Eva juga tidak sampai hati. Air matanya terus mengalir turun.

"Sabar Eva. Aku ada. Kau datang jumpa aku. Aku tunggu" pujuk Sarah dengan lembut.

"Terima kasih Sarah. Petang ni juga aku gerak pergi sana"

"Baik. Aku tunggu kau. Hati-hati" pesan Sarah sebelum mereka menamatkan panggilan itu.

Eva duduk di balkoni rumahnya dan melihat pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur itu. Walaupun terlihat riuh di bawah, hatinya tetap sunyi. Dia lebih rela beroperasi daripada duduk di situ.

Nahdi turun daripada keretanya dan membetulkan sedikit rambutnya. Begitu juga dengan Ruslan. Mereka baru sahaja tiba di Pavilion.

"So sekarang ni kau nak pergi kedai mana?" Soal Ruslan dan berjalan seiring dengan Nahdi masuk ke dalam.

"Aku nak pergi Habib Jewel terus. Malas nak singgah tempat lain" ucap Nahdi langsung.

Ruslan hanya mengangguk dan memerhati beberapa gadis yang sering menoleh ke arah mereka berdua.

"Kenapa dia orang tak habis-habis toleh ke kita? Aku pakai baju terbalik ke?" Soal Ruslan. Pelik.

"Bukan salah baju. Tapi salah muka" sindir Nahdi dan terus melangkah masuk ke dalam Habib Jewel itu.

Ruslan terus memegang wajahnya. Salahkah wajahnya itu. Terlalu buruk?

Ruslan menjenguk dari tepi sahaja Nahdi yang sedang berbincang dengan pekerja di situ. Rantai yang dibawa keluar oleh Nahdi membuatkan dahi Ruslan berkerut.

"Apa pula tu?" Soalnya apabila melihat Nahdi memberikan cincin yang terdapat di rantai itu.

"Aku nak dia orang create semula cincin baru daripada cincin ni" jelas Nahdi dan menyerahkan cincin itu pada pekerja.

"Special sangat ke cincin tu?" Ruslan sudah menguap kerana masih mengantuk.

"Ni cincin pertama Bella bagi aku sebab kita orang bercinta. Jadi special la untuk aku"

CINTA MATI KOMANDER [ C ] - 4Where stories live. Discover now