BAB 38 ⚓

5.3K 321 44
                                    

Bunyi tembakan dilepaskan berulang kali. Eva cuba untuk mengawal nafasnya. Pihak musuh mereka kali ini bukanlah calang-calang orang. Mereka sudah terbiasa dalam membunuh orang.

"Eva. Gerak ke posisi timur" arah Hanbali melalui walkie talkie mereka.

Eva terus menjenguk sedikit situasi di luar. Keadaan yang tiba-tiba sunyi itu membuatkan suasana menjadi sedikit lain. Malah derapan kaki juga dapat didengar di telinganya.

Bisikan beberapa orang lelaki juga dapat didengar dari hujung telinga Eva. Dadanya sudah berdegup kencang. Tiba-tiba dadanya terasa sakit yang mencengkam.

Beberapa tembakan yang dilepaskan secara tiba-tiba mengejutkan Eva. Dia terus mengintai dari tempatnya. Dari matanya dia dapat melihat dua orang lelaki yang sudah rebah ke atas tanah berdebu itu.

"Keluar sekarang Eva!!" Arah Hanbali dengan nada marah.

Eva yang sedang cuba untuk mengawal nafasnya berasa sulit untuk berdiri. Dia tidak tahu kenapa dirinya berasa seperti itu. Debu yang banyak itu mengehadkan pernafasannya.

"Eva!!" Ucap Hanbali sekali lagi sehingga tempat yang Eva duduki itu ditembak dari arah luar tanpa henti.

Pandangan Eva saat itu terus kelam dan kali terakhir dia melihat adalah seseorang yang berlari masuk ke arahnya. Malah suara Hanbali juga didengarnya sebelum matanya terpejam.

Nahdi mendongak memandang ke arah langit. Langit yang tadi bewarna biru kini beransur berubah kepada warna hitam. Hatinya tiba-tiba berasa tidak sedap.

"Tuan?" Tegur Aizat yang kebetulan baru sahaja keluar daripada khemah.

"Sekarang dah masuk asar ke?" Soal Nahdi.

"Aah Tuan. Baru je masuk. Mungkin kejap lagi, Abu akan laungkan azan" jelas Aizat.

"Tuan teringat dekat isteri Tuan ke?" Soal Aizat.

Mereka semua sudah mengetahui tentang pernikahan Nahdi sewaktu cuti dahulu. Tetapi tiada siapa yang bertanya atas sebab apa Nahdi tidak mengajak mereka semua. Masing-masing tidak berani untuk bertanya.

"Kita dah berapa lama dekat sini?" Soal Nahdi.

Angin pantai itu menampar lembut wajahnya. Hari nampaknya bakal hujan. Cuaca juga sudah semakin dingin. Malah angin juga menjadi kuat.

"Dah nak masuk 4 bulan, Tuan" jawab Aizat.

"Ban*sat tu masih belum nak beri penjelasan dekat kita" maki Nahdi apabila mengingat tentang Tuan Lipple yang menjadi dalang pemerdagangan manusia di Sabah dahulu.

Aizat hanya menelan air liur. Dia tidak berani untuk mencelah. Risau dirinya akan dimarahi pula.

"Bila Raiz nak sampai?"

"InsyaAllah malam ni Tuan"

"Yang tu pun satu. Lembab. Tak habis-habis dengan awek Filipine dia" marah Nahdi dan terus bergerak masuk ke dalam khemah.

Aizat hanya mengeluh perlahan. Semua itu berlaku disebabkan sikap Raiz yang bertugas sambil lewa. Katanya Tuan Lipple itu tidak bersalah dan layak dilepaskan.

Hal tersebut telah membangkitkan kemarahan Nahdi. Mereka berdua juga sudah bergaduh. Hampir sahaja bertumbuk. Aizat hanya berdoa supaya semuanya diselesaikan dengan baik.

CINTA MATI KOMANDER [ C ] - 4Where stories live. Discover now