Eva melompat turun daripada bot yang dinaiki. Kakinya terus laju berlari ke arah Sarah yang sudah menanti di sebuah bangku.
Sarah terus mendepakan tangannya dan memeluk Eva. Erat dia memeluk Eva yang langsung menangis di dalam dakapannya. Belakang Eva diusap lembut.
"Kau kuat. Aku percaya tu" pujuknya lembut.
Eva hanya menangis teresak-esak. Mujurlah masih ada sahabatnya yang sudi membantu. Walaupun Sarah bekerja jauh dengannya, Sarah tidak pernah melupakan dirinya. Setiap masa yang terluang, pasti Sarah akan menghubunginya.
"Dah. Dah. Lap air mata kau. Aku nak kau rehat je dekat Pulau ni. Buang dulu masalah kau" pujuk Sarah dan mengesat air mata Eva di pipi.
Eva hanya tersenyum seolah kanak-kanak kecil yang berjaya dipujuk oleh si ibu. Mereka berdua terus berjalan bersama-sama ke sebuah chalet.
"Kau rehat la dulu malam ni. Esok aku bawa kau jalan-jalan" ucap Sarah dan meletakkan beg pakaian Eva di sisi katil.
"Kau tak kerja ke?"
"Aku kan bos. Boleh cuti bila-bila masa" tutur Sarah dan ketawa.
"Aku lupa" ungkap Eva.
Dia hampir terlupa yang Sarah adalah pemilik kepada sebuah restoran steamboat di Pulau Pangkor itu. Tambah pula restoran Sarah hanya dibuka pada waktu petang sehingga malam.
Eva berdiri di balkoni bilik sambil menikmati angin malam. Dia beruntung kerana dikurniakan kawan sebaik Sarah. Pada mulanya Sarah mahu mengajaknya untuk tidur di rumah Sarah tetapi tidak jadi. Kata Sarah, dia mahu memberi ruang pada Eva untuk berehat sendirian.
⚓
Nahdi turun ke bawah selepas selesai menunaikan solat subuh. Dia terus berjalan ke dapur selepas mendengar bunyi air di sinki.
Puan Ain yang sedang khusyuk mencuci pinggan tersentak apabila pinggangnya dirangkul dari belakang. Puan Ain hanya tersenyum kerana mengetahui bahawa Nahdi di belakangnya.
"Along dah lapar ke?" Soalnya dan meletakkan pinggan di rak.
"Tak sangat Umi. Abah mana?" Pelukan dileraikan untuk memberi Puan Ain laluan untuk mengelap tangan.
"Abah kamu ada dekat depan tu. Minum kopi dulu. Marilah kita makan sama dulu" ajak Puan Ain dan bergerak ke meja makan.
"Along ajak abah kejap. Adik?"
"Adik kamu tu bangun pun pukul 11 pagi. Tak payah lah kejut. Dia berjaga sebab nak siapkan tesis dia" ucap Puan Ain dan meletakkan nasi ke dalam pinggan.
Nahdi terus mengangguk dan bergerak ke arah ruang tamu. Dia berjalan bersama dengan Tuan Zamir untuk ke meja makan.
"Berapa lama Along cuti?" Soal Tuan Zamir.
"Sebulan Abah. Tapi Along masih kena pergi ke Lumut juga nanti" Nahdi meneguk air mineral sedikit.
"Sekarang ni, Along rehat la dulu. Pergi bercuti ke apa. Umi tak nak Along duduk dekat rumah je" pesan Puan Ain.
Dia risau jika Nahdi asyik terfikir tentang Bella. Dia tidak mahu Nahdi murung dan bersedih. Dia mahu anaknya itu bangkit semula.
"Along pun bercadang nak pergi bercuti Umi. Umi dengan Abah nak ikut?" Ajak Nahdi.
Bosan juga jika dia sendiri yang bercuti.
YOU ARE READING
CINTA MATI KOMANDER [ C ] - 4
RomancePertemuan antara dua benua yang berbeza. Tetapi agama yang sama. "Saya akan jaga awak. Awak jangan risau" - Komander Nahdi Sayf. Janji. Janji yang menjadi pengikat mereka berdua. Malah menjadi pegangan buat seorang Komander. "Jangan. Aku harap kau...