Nahdi bersandar di kepala katil sambil membelek ipadnya. Lirikan matanya masih memandang ke arah Eva yang sedang berbual di telefon. Sudah 5 minit Eva bersama telefon di balkoni bilik itu.
Nahdi yang ralit memandang ke arah Eva terkejut apabila melihat Eva melangkah masuk ke dalam bilik. Dengan cepat, dia terus mengalihkan pandangan ke arah ipadnya.
"Siapa call?" Soal Nahdi dengan deheman perlahan.
"Han" jawab Eva dan duduk di hujung katil.
Nahdi meletakkan ipadnya di meja lampu dan bergerak ke arah Eva. Dia terus menongkat kepalanya dengan tangan kanan dan berbaring menghadap Eva.
"Kenapa pula ni?" Eva sudah pelik dengan sikap Nahdi.
"Dia call sebab apa?" Tanya Nahdi lagi.
"Dia beritahu saya yang cuti saya dah nak habis. Next week saya dah kena masuk bertugas" jelas Eva dan menjarakkan sedikit daripada Nahdi.
Nahdi tergamam. Dia hampir terlupa tentang pekerjaan Eva. Malah cutinya juga sudah hampir ke penghujung. Nahdi terus bangun dan duduk bersila di hadapan Eva.
"Kalau saya tak izinkan macam mana?" Tutur Nahdi dan memandang tepat ke wajah Eva.
"Oh saya lupa. Saya dah ada suami. Saya kena dengar cakap dia kan. Jadi kurunglah saya dekat bilik ni" perli Eva dan memandang ke arah lain.
"HAHAHA. Merajuk pula. Saya izinkan lah. Itu kan pekerjaan awak. Kita berdua ni bermadu" ucap Nahdi dan tergelak.
"Huh? Bermadu? Saya setia orangnya"
"Oh. Setia rupanya. Untung saya kan" usik Nahdi lagi.
Eva terus mengambil bantal dan melempar ke arah muka Nahdi. Geram apabila diusik oleh Nahdi.
"HAHAHAHA. Kita kan bermadu dengan negara. Saya dengan awak sama-sama curang"
"Okay lah tu. Saya pun fikir nak cari lain kalau boleh. Alang-alang dah curang kan" balas Eva pula.
"Eh. Macam tu pula. Tadi kata setia. Apa ni cakap berubah-ubah" Nahdi mula berasa tidak puas hati.
"Sebab kita manusia. Bukan robot" balas Eva dan berlalu ke bilik air.
Dia mahu membasuh wajahnya dahulu. Dari dalam bilik air dia sempat mendengar Nahdi memanggil namanya. Nampak lelaki itu masih tidak berpuas hati.
⚓
Hanbali mengeluh perlahan. Apa yang diberitahu oleh Eva sebentar tadi merisaukan dirinya. Malah pernikahan antara Eva dan Nahdi hampir membuatkan dia membisu.
Dia sudah mengenali Eva sejak mereka bekerja dalam unit yang sama. Malah dia juga sudah mengetahui semua jalan kisah hidup Eva. Semua yang dilakukan oleh Tuan Amri dan Puan Jamilah sudah diketahui olehnya.
"Asyik mengeluh je Tuan" tegur Ghazali yang nampak keadaan Hanbali di luar bilik.
"Kau tak tidur lagi?" Soal Hanbali pelik.
"Saya kena berjaga malam ni Tuan. Baru je bangun"
Hanbali hanya mengangguk faham. Dia juga tidak tahu mahu berbual apa bersama Ghazali. Fikirannya masih memikirkan tentang Eva.
Ghazali yang perasan dengan sikap Hanbali hanya membiarkan sahaja. Dia malas hendak bertanya lebih. Privasi Tuannya usah dia kisahkan.
⚓
Eva melangkah turun ke bawah. Dia tidak sangka dirinya sudah berjaya menyuasaikan diri di rumah Nahdi itu. Mujurlah binaan rumah Nahdi juga sama seperti rumahnya.
Matanya dibawa ke sekeliling ruang. Dia mahu mencari Nahdi. Sejak dia bangun pada pagi tadi, Nahdi sudah tiada di sisi. Mujurlah dia sejenis yang tidur mati dan tidak bergerak. Tidaklah dia terpeluk lelaki itu.
"Stop!!" Jerit Nahdi tiba-tiba dari arah belakang.
Eva yang baru sahaja melangkah terus terhenti. Dia terkejut dengan jeritan Nahdi saat itu. Dengan wajah yang bingung, dia memandang ke arah Nahdi.
"Kenapa suruh saya berhenti?" Soal Eva pelik.
Di depannya, tiada apa-apa pun. Hanya lantai kosong sahaja.
"Saje" balas Nahdi dan memberikan senyuman lebar.
Sekelip mata bahu Nahdi ditumbuk oleh Eva sekuat hati. Nahdi terus mengadu sakit kerana tumbukan yang kuat itu.
"Aduh!!" Adunya sambil mengusap lembut bahunya.
"Main-main pula. Ingat kelakar ke? Kalau saya terjatuh sebab terkejut tadi macam mana? Nak melawak pun tengok la situasi" angin Eva.
Dengan rasa marah Eva terus ke ruang tamu dan duduk bersandar di atas sofa. Nahdi pula yang terkejut dengan perubahan sikap Eva itu.
Perlahan-lahan Nahdi bergerak ke arah Eva. Lembut sahaja dia duduk di sebelah Eva. Risau marah Eva meletus buat kali kedua.
"Sorry. Saya tak patut buat macam tu" pohonnya dengan lembut.
Eva hanya menjeling tajam ke arah Nahdi. Nahdi pula menayangkan senyuman lebar tanda memujuk.
"Kenapa turun ke bawah?" Soal Nahdi apabila sedar dengan kehadiran Eva di situ.
"Saya nak jumpa dengan umi" ucap Eva tanpa nada teragak-agak.
"Serius?" Nahdi mula terkejut. Dia tidak sangka niat Eva adalah untuk bertemu dengan Puan Ain.
"Selama mana pun, saya tak boleh lari daripada berjumpa dengan umi awak. Lagipun saya dah nak masuk kerja semula. Risau ajal saya waktu tu. Dah tak dapat jumpa dengan umi" jelas Eva.
"Apa pula cakap macam tu. Saya kan perisai awak. Awak akan sentiasa dilindungi oleh saya" jawab Nahdi dengan bersungguh.
"Awak pun tahu hidup saya ni bukan bahaya sebab kerja je. Tapi sebab kebencian seseorang" Eva mengeluh perlahan.
Nahdi memandang lama ke wajah putih milik Eva. Mahu dipeluk tubuh Eva tetapi dia tahu wajahnya akan lebam kelak.
"Kan saya dah cakap. Masalah awak adalah masalah saya. Saya akan tolong awak atasi semua tu sama-sama. Jadi jangan risau" pujuk Nahdi dengan penuh kelembutan.
"Maaf. Saya tak percaya pada janji. Saya tak suka berjanji" ucap Eva dan berdiri.
"Esok kita gerak pagi ya. Sebab petang, saya kena jumpa seseorang" pesan Eva dan berlalu naik ke atas.
Nahdi termenung. Dia sedang memikirkan ayat Eva. Dia baru tersedar yang dirinya suka berjanji. Tetapi semua janji itu sia-sia sahaja. Dan hujungnya, kekasihnya dulu bertunang dengan yang lain.
⚓
Husna yang baru sahaja tiba di rumah memandang pelik ke arah Puan Ain. Jam baru sahaja menunjukkan pukul 10 malam.
"Umi tak tidur lagi?" Soal Husna dan bersalaman dengan Puan Ain.
"Umi tak boleh tidur la dik. Umi rasa tak sabar untuk esok" luah Puan Ain dengan nada seronok.
"Kenapa dengan esok?"
"Esok, Along akan balik semula ke sini. Dan dia akan balik dengan isteri dia" ujar Puan Ain dan tersenyum lebar.
"Huh? Bukan Umi kecewa ke dengan Along? Tapi kenapa sekarang ni, Umi macam happy?" Tebak Husna.
Pelik melihat keceriaan Puan Ain.
"Mana ada Umi kecewa dengan Along. Umi nak minta maaf dekat Along dengan perempuan tu. Umi bersalah sebab dah mengamuk hari tu"
Husna mengerutkan dahinya. Dia masih tidak faham dengan apa yang sudah berlaku. Apa yang dia tahu, Alongnya sudah berkahwin.
"Ikut Umi lah. Adik nak rehat" ucap Husna dan berlalu naik ke atas.
Puan Ain hanya tersenyum. Jujurnya dia berasa takut untuk bertemu dengan Eva. Tetapi lama-kelamaan dia berasa tidak sabar pula.
YOU ARE READING
CINTA MATI KOMANDER [ C ] - 4
RomancePertemuan antara dua benua yang berbeza. Tetapi agama yang sama. "Saya akan jaga awak. Awak jangan risau" - Komander Nahdi Sayf. Janji. Janji yang menjadi pengikat mereka berdua. Malah menjadi pegangan buat seorang Komander. "Jangan. Aku harap kau...