Husna melangkah masuk ke dalam rumah. Dia baru sahaja tiba di rumah pada waktu itu. Tesisnya masih banyak yang perlu disiapkan. Disebabkan itu masanya lebih banyak dihabiskan di library sahaja.
Ketika dia menapak naik ke atas, dia terdengar suara tangisan Puan Ain. Dengan laju Husna menapak naik ke atas. Dia agak terkejut melihat Puan Ain yang menangis tersedu-sedu di bahu Tuan Zamir.
"Kenapa dengan Umi, Abah?" Soal Husna dan turut duduk di sisi Puan Ain dan Tuan Zamir.
"Dah Ain. Itu pilihan Along. Apa yang dia buat, kita kena redha. Dia tengah down sekarang, dan kita perlu sokong dia" pujuk Tuan Zamir dengan lembut.
Husna sudah mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan kata-kata Tuan Zamir.
"Saya rasa bersalah pada mereka berdua. Saya terlalu ikutkan emosi saya sampai saya hampir cederakan dia. Saya rasa bersalah abang" rintih Puan Ain.
Selepas dirinya bertenang, perasaan bersalah terus menusuk ke dalam hatinya. Wajah Eva yang menangis teresak-esak saat dia mencengkam rambut gadis itu bermain di akal fikiran Puan Ain.
Dia tahu Nahdi tidak akan berbohong. Jika Nahdi mengatakan itu salahnya, maka semua itu tidak melibatkan Eva. Tetapi disebabkan rasa marah dan malu, dia langsung menyerang gadis itu.
"Dah-dah. Nanti ada rezeki, awak minta maaf semula dengan dia. Along dah cakap yang dia akan uruskan semuanya sendiri. Dia orang akan kahwin dekat pejabat agama sahaja. Along tak nak war-warkan pernikahan mereka" jelas Tuan Zamir dengan nada kecewa.
Dia perlu mengikut kehendak Nahdi. Jika itu pilihan anak lelakinya, dia tidak boleh mengubahnya.
"Kenapa bang? Sebab saya cakap tak kan restukan hubungan dia orang ke?" Persoal Puan Ain.
"Umi. Abah. Ceritalah dekat Una. Apa yang dah berlaku dekat Along? Kenapa Abah cakap Along nak kahwin?" Desak Husna.
Dia pula yang berasa geram dengan situasi itu. Terasa seperti dipinggirkan pula.
"Along kamu akan berkahwin nanti. Petang tadi dia ada bawa kekasih dia" ucap Tuan Zamir dengan senyuman.
"Kekasih? Biar betul abah. Along baru je dapat tahu yang Bella bertunang. Sekarang Along pula yang nak bernikah?" Husna mula terkedu.
"Rezeki Along dapat jumpa jodoh dia dengan cepat. Kita jangan persoalkan. Dah, kamu pergi masuk bilik. Dah lewat sangat ni" tegur Puan Ain.
Dia risau jika Husna menyampaikan perkara itu kepada Bella jika mengetahui hal sebenar. Dia tahu sikap anak gadisnya itu bagaimana. Pantang diberitahu rahsia besar.
"Tapi esok, umi kena ceritakan juga dekat Una. Una nak tahu kenapa Along boleh jumpa perempuan lain secepat ini" Tutur Husna dan berlalu keluar dari bilik orang tuanya.
Tuan Zamir hanya menggelengkan kepala. Anak gadisnya yang seorang itu memang cepat merajuk. Tidak boleh jika menolak dirinya daripada perbincangan serius.
"Esok saya nak call Along. Saya nak minta dia datang sini semula dengan gadis tu. Saya nak minta maaf" ucap Puan Ain.
"Nama gadis tu Eva" tambah Tuan Zamir dan tersenyum.
Puan Ain yang mendengar nama itu juga tersenyum. Dia tidak sangka dirinya akan menerima menantu sepantas itu. Dari air muka gadis itu, dia tahu gadis itu masih polos dan baik. Tetapi akalnya yang penuh dengan emosi, merosakkan segalanya.
⚓
Eva dan Nahdi duduk di meja makan dengan wajah yang sembab. Masing-masing baru sahaja selesai menangis di dalam kereta. Mereka berdua masih terkejut dengan penerimaan Tuan Zamir dan Puan Ain.
YOU ARE READING
CINTA MATI KOMANDER [ C ] - 4
RomancePertemuan antara dua benua yang berbeza. Tetapi agama yang sama. "Saya akan jaga awak. Awak jangan risau" - Komander Nahdi Sayf. Janji. Janji yang menjadi pengikat mereka berdua. Malah menjadi pegangan buat seorang Komander. "Jangan. Aku harap kau...