BAB 50 ⚓

5.7K 310 7
                                    

Nahdi sudah tidak keruan. Hatinya benar-benar resah apabila memikirkan keadaan Eva. Ditambah pula dengan tahap kesihatan Eva yang tidak baik.

"Assalamualaikum" muncul seorang lelaki di luar rumahnya.

Puan Elainor terus bergerak ke pintu dan berasa lega dengan kehadiran Tuan Arnault. Nahdi juga pelik melihat lelaki yang agak berusia itu. Badan lelaki itu juga masih tegap.

"Nahdi. Kenalkan ni Arnault. Daddy tiri Eva" ucap Puan Elainor.

"Assalamualaikum Nahdi" sapa Tuan Arnault sambil menghulurkan tangannya.

Nahdi terus menjawab salam dan menyambut tangan Tuan Arnault. Dia tidak pernah tahu bahawa Eva mempunyai bapa tiri. Dia fikirkan Puan Elainor adalah janda.

"Mari kita duduk dulu. Mama tak nak lengahkan masa. Kesihatan Eva tak baik sekarang ni" ucap Puan Elainor.

Tuan Arnault dan Nahdi hanya menurut Puan Elainor ke arah tempat duduk. Nahdi sudah tidak tenang sejak dari pagi lagi. Hanis juga sudah memaklumkan kepada Hanbali. Dan Hanbali juga akan tiba sebentar sahaja lagi.

"Saya dah minta tolong anak buah saya untuk jejak lokasi Eva sekarang. Beberapa anak buah saya juga dah diarahkan untuk mencari jejak Eva" jelas Tuan Arnault dengan nada tenang.

Nahdi hanya terdiam. Dia tidak sangka bahasa Melayu Tuan Arnault sefasih itu. Air muka Tuan Arnault juga bukanlah seperti orang Malaysia.

"Nahdi jangan terkejut. Daddy Eva ni pernah duduk dekat Malaysia lebih 15 tahun" ujar Puan Elainor apabila melihat wajah Nahdi yang terkejut.

"Don't worry. Saya boleh cakap bahasa Melayu" tambah Tuan Arnault.

Nahdi hanya tersenyum kekok. Malu pula dirinya apabila Puan Elainor perasan dengan wajahnya yang terkejut. Belum sempat Tuan Arnault menyambung, mereka bertiga dicelah dengan salam daripada luar.

"Han dah sampai tu" ucap Nahdi dan terus ke pintu masuk. Dia langsung mengajak Hanbali untuk masuk ke dalam.

Hanbali yang melihat Tuan Arnault di sebelah Puan Elainor terus mengangkat tabik. Nahdi pula pelik dengan tindakan Hanbali.

"Selamat petang, Tuan" ucap Hanbali dengan serius.

"Selamat petang. Drop the formality" tegur Tuan Arnault.

Hanbali hanya mengangguk dan terus duduk di sebelah Nahdi.

"Apa yang dah berlaku sekarang? Macam mana Eva boleh diculik?" Soal Hanbali.

Dia juga keliru dengan kejadian yang berlaku pagi tadi. Hanis sudah menjelaskan situasi itu dan dia masih tidak tahu apa motif penculik tersebut.

"Hanya ada dua keberangkalian. Perempuan jahat tu ataupun Amri sendiri" tutur Puan Elainor. Dia juga sedang cuba menahan marah.

"Tapi Nahdi rasa semuanya angkara Tuan Amri" luah Nahdi.

Dia masih ingat dengan ugutan yang mereka terima sewaktu Eva datang ke rumah Tuan Amri. Kemarahan Tuan Amri ketika itu juga memuncak tinggi.

"Ini semua dah lari daripada perjanjian kami berdua dulu" Puan Elainor mula berasa tidak puas hati.

"Apa maksud mama?" Soal Nahdi. Pelik.

"Waktu mama bercerai dengan Amri. Dia dah janji untuk jaga Eva dengan baik. Mama tak dapat hak penjagaan untuk Eva sebab mama tak bekerja. Mama terpaksa pulang ke negara asal mama. Tapi Amri dah janji yang dia akan berikan keluarga yang bahagia buat Eva. Tapi selepas Eva habis SPM, Eva ada hubungi Mama. Eva beritahu mama yang Amri selalu pukul dia kalau dia tak dengar cakap papa dia. Tambah pula isteri baru Amri tu tak suka dengan Eva. Mama rasa bersalah sangat dekat Eva tapi mama masih tak mampu nak bawa dia bersama dengan mama. Beberapa tahun, Mama hanya mampu mendengar luahan daripada Eva. Dan selepas Eva dah mula bekerja, kewangan mama baru stabil. Semuanya berkat pertolongan Daddy. Eva juga pernah jumpa dengan Daddy dekat Malaysia. Jadi dia dah cukup rapat dengan Daddy. Cuma Eva hanya boleh berahsia tentang Daddy kerana tak nak Amri tahu. Tapi bila mama tahu apa yang Amri buat dekat Eva bila Eva dah kahwin. Mama tak boleh duduk senang. Eva bukan tanggungjawab dia lagi, tapi Eva bawah tanggungjawab kamu, Nahdi. Amri takde hak nak atur hidup Eva lagi. Mama nakkan anak tunggal mama bahagia. Mama kesian dekat Eva. Bermacam yang dia dah lalui" luah Puan Elainor dengan sebak. Air matanya juga menitis jatuh.

Tuan Arnault lantas memaut bahu isterinya. Dia juga sentiasa membantu Puan Elainor jika isterinya mengalami kemurungan kerana terlalu risau tentang Eva. Dia juga sayangkan Eva sama seperti anak kandungnya.

Nahdi juga berasa pedih di hatinya apabila mengenangkan zaman remaja Eva yang sering dipukul. Barulah dia tahu kenapa Eva bersikap kasar dan tidak suka apabila berada dekat dengan mana-mana lelaki. Perwatakan Eva itu sudah membuatkan Eva tidak suka berada dekat dengan mana-mana lelaki.

"Daddy. Tolong Eva. Nahdi minta tolong sangat. Nahdi nak Eva kembali dalam keadaan selamat" luah Nahdi dengan air mata yang mengalir.

Tuan Arnault dan Puan Elainor mula berasa sedih. Hanbali juga merasakan hal yang sama. Dia juga tersentuh dengan cerita hidup Eva.

Tiba-tiba bunyi telefon Puan Elainor berbunyi. Puan Elainor lantas mengangkat dengan rasa yang berdebar. Panggilan tersebut adalah daripada Tuan Amri sendiri.

"Mana anak aku?" Soal Puan Elainor dengan kasar.

Nahdi mula berasa risau. Dia tahu itu adalah panggilan daripada Tuan Amri.

"Kau gila ke!! Itu anak kau. Kenapa kau buat dia macam tu!!" Tengking Puan Elainor sambil berdiri.

Nahdi sudah tidak tenang. Dia risau jika Tuan Amri melakukan sesuatu yang buruk kepada Eva.

"Okey. Aku akan tarik balik tuduhan atas kes tu"

Kata-kata Puan Elainor membuatkan Tuan Arnault dan Nahdi terkejut. Mereka terkejut dengan keputusan Puan Elainor ketika itu.

Selesai bergaduh dengan Tuan Amri, Puan Elainor terus memandang ke arah Nahdi. Nahdi mula berasa tidak sedap hati.

"Nahdi percaya dekat Eva?" Soal Puan Elainor.

"Percaya mama"

"Nahdi sayang dan cinta anak mama?"

"Sayang mama. Hanya Eva yang mampu jadi isteri dunia akhirat buat Nahdi" jawab Nahdi lagi.

"Amri minta untuk Nahdi datang ke basement Empire. Classic. Mama tak tahu apa niat dia. Tapi dia dah janji untuk tak apa-apakan Eva kalau Nahdi ke sana. Mama cuma nak Nahdi berfikir baik-baik. Kebahagiaan Eva adalah Nahdi. Mama harap kamu setia dengan anak mama. Selamatkan dia" pesan Puan Elainor dengan senyuman kendur.

"Baik mama. Nahdi akan bahagiakan Eva. Nahdi akan jaga dia sehingga hujung nyawa Nahdi sendiri. Tapi kenapa mama nak tarik kes tu? Itu kan rancangan mama dari dulu" soal Nahdi semula.

"Mama tak kan mengalah. Mama akan fight juga untuk buktikan yang Amri bersalah. Apa yang dia buat dah menyalahi undang-undang" ucap Puan Elainor dengan serius.

Nahdi lantas melepaskan nafas lega. Mujurlah Puan Elainor tidak menarik semula kes tersebut. Hanya dengan itu sahaja mereka dapat diamkan Tuan Amri buat selamanya.

"You. I need you helps" ucap Puan Elainor pada Tuan Arnault.

"Anything for you and my daughter" jawab Tuan Arnault.

Puan Elainor hanya tersenyum. Dia perlukan bantuan Tuan Arnault dan juga Hanbali. Mereka juga diperlukan bagi menyelesaikan masalah ini.

CINTA MATI KOMANDER [ C ] - 4Where stories live. Discover now